Mewujudkan persekitaran yang sesuai untu bayi anda

Tuesday, September 06, 2016 0 Comments A+ a-

Apabila menyebut tentang persekitaran yang ideal untuk baby, kebanyakan kita menganggapnya dengan menghiasi bilik dengan katil bayi dan mainan-mainan gebu. Tetapi tahukah anda bahawa perseitaran terbaik untuk bayi anda sebenarnya bermula di dalam kandungan?
Rahim,yang juga dikenali sebagai uterus, adalah rumah bayi anda selama 9 bulan - ruang di mana mereka menyerap segala nutrien untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka. Di dalam rahim terdapat kantung ketuban yang dipenuhi dengan cecair amnion atau pun air ketuban. Cecair amnion bukan setakat air biasa, tetapi merupakan cecair hidup yang kaya dengan mineral, nutrien dan unsur-unsur lain yang diperlukan dalam memudahkan komunikasi dan replikasi antara sel di dalam sel-sel rahim untuk menghantar nutrien penting kepada membran-membran sel.

Sebagai sebahagian daripada persekitaran dalaman badan kita, paras cecair amnion haruslah seimbang. Jika terdapat sebarang keabnormalan dalam jumlah atau pengeluaran cecair ini, perkembangan janin boleh terhalang dan menyebabkan kecacatan. Paras cecair amnion yang tinggi boleh menyebabkan kelahiran pramatang. Pertumbuhan janin yang berlainan dan kemungkinan berlakunya placentaln abruption atau uri tertanggal dari dinding rahim, manakala paras cecair amnion yang rendah boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.


Fungsi dan kepentingan cecair amnion atau air ketuban

  • Membantu dalam pertumbuhan otot, rangka dan sendi janin
  • Membantu perkembangan paru-paru apabila bayi menyedut dan menghembus cecair
  • Memastikan janin sentiasa hangat dan mengekalkan suhu yang konsisten
  • Berfungsi sebagai pelindung untuk melindungi bayi daripada hentakan atau hentaman
  • Melincirkan bahagian-bahagian badan untuk mengelakkan jari atau jari kaki berselaput

Post Berkaitan :

  1. http://creationofman.net/chapter1_31.html
  2. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/polyhydramnios/basics/complications/con-20034451
  3. http://www.babycenter.com.my/a568740/low-amniiotic-fluid-oligohyramnios
  4. http://study.com/acedemy/lesson/what-is-amniotic-fluid-level-function-composition.html