10 Fakta Yang Perlu Diketahui Mengenai Virus Zika
Epidemik virus Zika kini mencapai tahap merbahaya dengan Pertubuhan Kesihatan Dunia mengisytiharkannya sebagai masalah kecemasan di peringkat global. Ini meletakkan di tahap berbahaya seperti wabak Ebola yang menyerang Afrika Barat tahun lalu. Setakat ini 4000 kes bayi dengan kecacatan kepala mengecil, microcephaly dilaporkan di Brazil sejak Oktober tahun lalu. Penyakit ini merencatkan tumbesaran kepala dan otak. Setakat virus Zika sudah dikesan di 32 buah negara di seluruh dunia. Artikel ini ditulis bagi memberikan pencerahan mengenai virus yang sebelum ini jarang kita dengar.1. Apakah Zika?
Zika ialah virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes. Ini ialah spesis nyamuk yang turut menyebarkan virus denggi dan Chikungunya . Sebelum kes dikesan di benua Amerika Selatan, kes hanya dikesan di Afrika, Kepulauan Pasifik dan juga Asia. Ia kali pertama ditemui di Uganda pada tahun 1947 pada populasi monyet . Kes pertama melibatkan manusia pula dikesan pada tahun 1954. Di Malaysia, ia kali pertama dikesan pada tahun 1978. Pada waktu tersebut ia turut dikesan di Indonesia dan Pakistan. Di bawah ialah gambar virus Zika. Ianya hanya sebesar 40 nanometer.
2. Dimanakan Virus Zika dikesan?
Berikut ialah senarai terkini negara-negara yang melaporkan mengesan jangkitan virus Zika
Benua Amerika
- Barbados
- Bolivia
- Brazil
- Colombia
- Puerto Rico
- Costa Rica
- Curacao
- Republik Dominican
- Ekuador
- El Salvador
- French Guiana
- Guadeloupe
- Guatemala
- Guyana
- Haiti
- Honduras
- Martinique
- Mexico
- Nicaragua
- Panama
- Paraguay
- Saint Martin
- Suriname
- U.S. Virgin Islands
- Venezuela
Benua Oceania dan Kepulauan Pasifik
- American Samoa
- Samoa
Benua Afrika
- Cape Verde
Asia
- Thailand
- Indonesia
- Singapura
- Malaysia
3. Apakah Simptom Yang Ditunjukkan?
Antara simptom yang ditunjukkan oleh penghidap ialah
- deman panas
- pening kepala
- konjuktivitis
- kesakitan pada sendi
- ruam
4. Berapa lamakah tempoh jangkitan?
Setakat ini tempoh jangkitan virus adalah di-antara beberapa hari sehingga seminggu.
5. Siapakah yang paling berisiko?
Wanita yang mengandung dan bercadang untuk mengandung adalah dua golongan yang paling berisiko tinggi. Virus boleh dipindahkan kepada kandungan dan menyebabkan berlakunya kecacatan tumbesaran kepala dan otak yang diberi nama microcephaly.
6. Sekiranya anda kini sedang mengandung, adakah anda perlu risau?
Ibu-ibu yang masih di dalam trimester pertama adalah golongan paling berisiko tinggi. Para saintis masih tidak mengetahui bagaimana virus ini dipindahkan ke dalam plasenta. Risiko di kalangan ibu-ibu selepas trimester pertama berkurangan namun mereka dinasihatkan supaya mengelakkan dari melawati negara-negara yang telah disenaraikan di perkara ke-2 di atas.
7. Apakah sebenarnya 'microcephaly'?
Microcephaly ialah kerencatan pertumbuhan kepala dan otak penghidapnya. Ia hanya boleh dikesan di dalam rahim pada penghujung trimester kedua. Bayi yang menghidap microcephaly akan membesar dengan masalah kerencatan akal. Di dalam kes yang lebih serius, kematian akan berlaku kerana otak gagal mengawal fungsi asas organ tubuh. Sebelum berlakunya epidemik Zika, sebanyak 150 kes microcephaly dikesan di Brazil. Sejak Oktober tahun lalu lebih dari 4000 kes dilaporkan di negara ini. Zika bukanlah satu-satunya sebab berlakunya microcephaly. Virus Rubella, penyalahgunaan dadah dan genetik luar biasa juga boleh menyebabkannya berlaku.
8. Adakah Zika membawa MAUT?
Tidak seperti jangkitan denggi yang boleh menjurus kepada demam denggi berdarah, setakat ini masih tiada kes kematian dilaporkan melibatkan Zika. Kes paling serius hanya melibatkan masalah lumpuh sementara dalam kalangan penghidap.
9. Apakah rawatan Zika?
Tiada rawatan spesifik melainkan membanyakkan meminum air dan berehat.
Juga ada kajian menyatakan pengambilan vitamin C dapat meningkatkan serangan imuniti
Baca SINI
Baca SINI
10. Adakah wujud Vaksin
Setakat ini tidak ada virus yang dapat mengelakkan jangkitan. Sungguhpun begitu kerana pengisytiharan kecemasan yang dilakukan Pertubuhan Kesihatan Dunia, vaksin Zika kini sedang dibangunkan. Kos untuk menghasilkan vaksin biasanya menelan belanja ratusan juta dan bakal mengambil masa bertahun-tahun sebelum diluluskan. Memandangkan tiada vaksin yang boleh diambil, apakah yang boleh kita lakukan bagi mengurangkan risiko dijangkiti Vika?
- menggunakan ubat nyamuk bagi menghalau nyamuk.
- memakai seluar dan baju lengan panjang bagi mengurangkan kebarangkalian digigit
- menutup tingkap rumah.
- menyapu krim halau nyamuk
- memasang perisai dengan pengambilan suplement untuk meningkatkan imun tubuh
Tingkatkan Imuniti Badan
Pengambilan Vitamin Shaklee Seperti Nutriferon, Perfomace Drink & Sustained Vitamin C+ dapat meningkatkan ketahanan badan kita daripada diserang virus.Kita mampu menghindar dengan mengambil langkah berjaga-jaga
Di sini Ebby share fungsi-fungsi supplement tersebut
Perfomance Drink
- Meningkatkan daya ketahanan badan
- Mengekalkan paras gula
- Mengelakkan badan kehilangan air
- Membekalkan daya tenaga dan ketahanan fizikal
Nutriferon
- Membantu mempertingkatkan keseluruhan sistem imun
- Membantu melindungi tubuh daripada virus, mikrob, termasuk influenza, flu, denggi dll
- Menggalakkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi dengan baik untuk membunuh bakteria
- Merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman.
Sustained Vita-C+
- Membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman
- Membantu meningkatkan sistem imun
- Mengelakkan badan mudah diserang penyakit
Tambahan
Herbal Blend
Berminat untuk dapatkan set di atas?
Boleh beli atas talian dengan menekan butang Buy Now
atau hubungi saya 012-9569686
6 comments
Write commentscantik template salwa saleh nih
ReplyTemplate jah comel..😊
ReplyKito baru buleh mugo nyo..he³😝
bahaya nye..nice share
Replysharing is caring...
ReplyYa Allah semoga kita di lindungi dari virus merbahaya ini
Replyameen...
Reply