Menyediakan Ruang Untuk SI PERMATA HATI
"Anak-anak adalah anugerah Tuhan, diutus hari demi hari untuk berkhutbah tentang cinta, harapan dan perdamaian." - James Russell Lowell
Bayi adalah satu keajaiban terbesar dalam hidup sebagai pengikat kasih sayang antara anda dengan pasangan anda. Apabila anda bersedia untuk memasuki fasa baharu sebagai ibu bapa dalam hubungan anda, bersedialah untuk menemukan makna baharu bagi cinta; cinta yang tidak bersyarat dan tidak mementingkan diri sendiri.
Memulakan sebuah keluarga dan menyediakan diri antara satu sama lain untuk menyambut kehadiran orang baharu memerlukan banyak persediaan, usaha dan komunikasi bagi membina sistem sokongan yang kuat.
Binalah asas yang kukuh untuk keluarga yang sihat dan bahagian dengan membuat perancangan awal.
Bersedia Untuk Menyambut Bayi Anda
Baby Or Beer? |
- Berbincang dengan pasangan anda sama ada ingin memulakan keluarga sekarang atau 1,3 atau 5 tahun akan datang.
- Periksa kewangan anda - adakah anda sudah bersedia dari segi kewangan?
- Menyediakan diri antara satu sama lain secara fizikal - mengekalkan berat badan yang sihat bagi mengelakkan ketidaksuburan.
- Memikirkan tetang penjagaan bayi - pengasuh, ibu bapa / mertua dan lain-lain
- Merancang kerjaya - adakah anda berdua akan terus bekerja atau membuat pekerjaan sambilan, siapa yang akan menjaga bayi pada sebelah malam dan sebagainya
- Pertimbangkan jika anda berdua sudah bersedia untuk menghadapi gaya hidup baharu.
Kesihatan Fizikal
Kehamilan mungkin mudah untuk sebilangan orang, tetapi kepada sebilangan yang lain ia merupakan satu perjuangan. Berikut adalah 7 perubahan gaya hidup yang mudah untuk membantu anda meningkatkan peluang mengandung.
7 Cara Meningkatkan Peluang untuk Hamil
1. Tidur awal dan dapatkan cukup rehat
- Tidur membantu anda untuk berehat dan mengawal perubahan mood. Ia juga menghasilkan hormon liptin yang mempengaruhi ovulasi dan kitaran haid.
2. Bersenam secukupnya
- Senaman berimpak rendah seperti berjalan pantas, bermain golf atau aerobiks ringan dapat membantu anda mengekalkan berat badan yang sihat dan meningkatkan peluang untuk hamil. Berat badan yang berlebihan atau obes mengurangkan peluang untuk hamil, selain meningkatkan risiko keguguran, diabetes gestasi dan tekanan darah tinggi
3. Relaks, bertenang
- Tekanan boleh mengubah kitaran ovulasi dan pengeluaran hormon, seterusnya mengurangkan keupayaan anda untuk hamil. Bertenanglah dan biarkan ia berlaku secara semulajadi.
4. Jaga kebersihan bahagian intim
- Jangkitan yis (kulat) dan bakteria di kawasan intim wanita boleh menjejaskan kesuburan. Oleh itu gunakan produk pembersihan yang baik dengan herbal dan minyak semulajadi untuk menghilangkan kotoran dan bakteria berbahaya secara lembut tanpa menjejaskan bakteria yang baik
5. Bertukar kepada tuala wanita antibakteria
- Semasa haid, tahap pH kawasan intim anda akan menjadi lebih beralkali dan mudah terdedah kepada jangkitan bakteria. Beralih kepada tuala wanita antibakteria, anti-jangkitan dan anti-kelembapan boleh meningkatkan peluang untuk hamil.
6. Pastikan kitaran haid yang tetap
- Elemen paling penting untuk hamil ialah memastikan haid anda sihat dan tetap. Tanpa kitaran yang tetap, bukan sahaja sukar menentukan tempoh masa ovulasi anda, tetapi ia juga bermakna pengeluaran telur anda lebih perlahan.
7. Lindungi kesuburan lelaki
- Nasihati pasangan anda supaya tidak meletak telefon pintar di poket depan atau di tali pinggang - atau di mana sahaja yang hampir dengan alat sulitnya - bagi mengelakkan sperma daripada terdedah kepada gelombang elektromagnet dan haba.
Menentukan Jendela Kesuburan Anda
"Masa merupakan elemen paling penting bagi pasangan yang merancang untuk hamil. Jendela kesuburan setiap wanita adalah berbeza, tetapi jangan bimbang, berikut adalah beberapa tip bagaimana untuk mencari jendela kesuburan anda berdasarkan kitaran haid anda."
- Ovulasi biasanya berlaku 2 minggu sebelum haid berikutnya. Jika haid anda tetap, anda boleh meramalkan tempoh ovulasi anda dengan tepat.
- Kira-kira 6 hari sebelum ovulasi adalah tempoh paling optimum untuk mencuba untuk hamil. Peluang untuk hamil dalam tempoh 3 hari sebelum ovulasi dan semasa ovulasi adalah sebanyak 27-33%
- Semasa ovulasi, mukus faraj biasanya lebih licin dan jernih.
- Dapatkan aplikasi pengesanan haid pada telefon pintar anda untuk merekod kitaran haid anda, menentukan ovulasi dan jendela kesuburan anda, seperti Period Calendar, Period Tracker, MonthPal dan My Cycles.
"Ketidaksuburan melibatkan kira-kira 15% daripada penduduk Malaysia dan kira-kira 50-80 juta penduduk dunia. Ia merupakan satu masalah yang sangat biasa!"
Bagaimana Jika Saya Tidak Hamil Selepas 6 Bulan?
Berikut adalah apa yang anda perlu tahu tentang ketidaksuburan.
Pernahkah anda mengalami kesukaran untuk hamil walaupun selepas mencuba untuk beberapa bulan? Mungkin anda juga telah mencuba pelbagai teknik, posisi dan cara, tetapi masih tidak berjaya? Adakah ia normal? Ebby akan membantu anda menjawab soalan-soalan berikut :Apakah ketidaksuburan?
Ketidaksuburan adalah :
- Ketidakupayaan untuk hamil setelah mencuba selama 1 tahun untuk mereka yang berumur 35 tahun ke bawah.
- Ketidakupayaan untuk hamil setelah mencuba selama 6 bulan untuk mereka yang berumur 35 tahun ke atas.
Apakah ketidaksuburan bergantung kepada jantina?
Bertentangan dengan kepercayaan biasa, ketidaksuburan bukan semata-mata isu wanita, tetapi merupakan masalah yang dihadapi oleh lelaki dan juga perempuan. Menurut persatuan Perubatan Reproduktif Amerika, kira-kira 40% daripada ketidaksuburan bgi pasangan sebenarnya atau disumbangkan oleh lelaki.
Sebab-sebab ketidaksuburan:
- Umur (>38 Tahun)
- Kitaran haid yang tidak teratur
- Hormon tidak seimbang (lelaki dan wanita)
- Jumlah sperma rendah / morfologi (bentuk kepala) / motiliti (kelajuan sperma)
- Kerosakan tiub
- Keabnormalan rahim / uterus
Mengatasi Ketidaksuburan
Apakah yang boleh dilakukan jika anda masih tidak hamil selepas beberapa tahun?
Apakah terapi konvensional yang boleh didapati di hospital / pusat rawatan?
Perubatan Tradisional Cina (TCM) - Dua Kali Lebih Berkesan!
Menurut satu tinjauan di dalam jurnal Complementary Therapies in Medicine, wanita yang dirawat dalam perubatan tradisonal Cina dalah dua kali lebih berkemnungkinan untuk hamil dalam tempoh 4 bulan berbanding mereka yang menjalani IVF atau mengambil ubat kesuburan.
Sejak zaman purba, orang Cina telah menggunkan herba untuk menyuburkan badan, menguatkan tenaga 'qi' dan memulihkan keseimbangan dalam sistem organ untuk kesihatan yang optimum. Jika anda mengalami ketidaksuburan - lelaki atau wanita - memulihkan badan anda dengan perubatan tradisional Cina mungkin akan memberi banyak manfaat dan juga boleh meningkatkan kessihatan umum anda.
Kelebihan Perubatan Traditioanal Cina
- Bahan-bahan / herbal semulajadi dengan sedikit atau tiada kesan sampingan
- Berkesan dan selamat
- Rawatan holistik untuk seluruh badan
- Mensasar dan merawat masalah dari akar, bukan hanya gejala
Selain itu, Shaklee juga mempunyai produk yang selamat digunakan untuk membantu merawat masalah kesuburan di kalangan pasangan
Untuk Isteri
- GLA Complex - Membantu badan wanita untuk menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang berfungsi memberi ruang untuk sperma untuk terus hidup di dalam tiub fallopio sehingga 5 hari. Ia juga mengatur kitaran haid bagi memudahkan wanita mengetahui waktu ovulasi (subur) sekaligus meningkatkan lagi peluang untuk hamil.
- Alfafa Complex - Membantu dalam hal-hal kewanitaan. Membantu mengurangkan keputihan sekaligus merapatkan vagina.
- B Complex - Mengandungi asid folik yang amat diperlukan bagi wanita yang merancang untk hamil. Asid folik di awal kehamilan amat penting utnuk mengelakkan bayi dari mengalami spina bifida (sumbing tulang belakang).
- ESP (Energizing Soy Protein) - Membantu untuk membaiki dan membentuk tisu rahim. Selain itu ESP juga membantu penghasilan sel ovum dan sel sperma yang berkualiti sekaligus meningkatkan kesuburan dan peluang untuk hamil.
Untuk Suami
- Vitamin E Complex - Lebih dikenali sebagai “VITAMIN CINTA”. Kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai tenaga yang lebih dan menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengamalkan vitamin E. Manakala bagi wanita pula, pengambilan vitamin E sekurang-kurangnya selama 3 bulan akan membantu meningkatkan “sexual desires” dan menikmati hubungan cinta dengan lebih baik. Antioksidan yang seimbang dalam vitamin E menghalang penghasilan radikal bebas akibat stress. Nitrik oksida pula membantu melancarkan peredaran darah pada alat sulit lelaki dan membantu ereksi dengan lebih baik. Oleh itu,vitamin E amat membantu kaum lelaki yang mengalami tekanan kerja dan masalah kesihatan.
- Zinc Complex - Membantu dalam pembangunan organ-organ seks dan menguatkan sperma. Hal ini menghasilkan sperma lebih kuat dan berkualiti.
- Coq Health - Untuk kesuburan lelaki yang mempunyai masalah kualiti sperma. Terdapat kajian yang menunjukkan lelaki yang mengambil CoQ10 selama 6 bulan didapati kualiti air mani dan kuantiti sperma didapati bertambah. Didapati juga kuantiti sperma yang aktif juga bertambah di dalam lelaki yang mengamalkan CoQ10. Coqhealth Shaklee mempunyai fungsi antioksidan. Coq Health juga bertindak membekalkan tenaga kepada sperma. Keadaan ini meningkatkan pergerakan sperma. Sperma yang aktif meningkatkan kebarangkalian untuk bersenyawa dengan ovum.
Jadi, ingat kita hanyalah mampu merancang
Tuhan yang pemberi Rezeki.
Berminat untuk membeli SET KESUBURAN SHAKLEE boleh tekan pada gambar di bawah...
Ops Bulan September ni ada Promosi Cantik
Set Tanpa Zinc Domplex & CoQ Health Tablet
Boleh hubungi Ebby untuk dapatkan PROMO buy 6 free 1
or buy 2 get 5% less
email : ebby.shaklee@gmail.com
whatsapp : 012-9569686
Testimoni Set Kesuburan Shaklee:
ok sebelum berundur diri, video dibawah ni khas buat mereka yang ada masalah HAID tidak teratur,
jom tengok