Cara Merawat Batuk Berdarah dengan Berkesan

Saturday, February 20, 2016 1 Comments A+ a-

Pengenalan Batuk Berdarah

▪ Merupakan darah yang keluar bersama kahak berpunca dari paru-paru
▪ Kuantiti darah bergantung kepada situasi (kemungkinan setitik dua, segaris atau dengan kuantiti yang banyak)
▪ Mempunyai banyak punca dan sebab
▪ Memastikan darah itu keluar daripada paru-paru bukan dari organ yang lain (hidung, perut)
▪ Punca pendarahan sangatlah penting supaya dapat membezakan rawatan, jangka masa sihat dan hasil rawatan


Gejala Batuk Berdarah

Merupakan tanda kebanyakkan penyakit, dari jangkitan kuman sehingga kanser. Pesakit juga mungkin mengalami tanda-tanda seperti berikut:
▪ Sakit dada (ketika menarik nafas)
▪ Penat
▪ Sesak nafas (ketika rehat atau membuat aktiviti ringan)
▪ Demam
▪ Nafas laju
▪ Berpeluh waktu malam
▪ Kurang selera makan
▪ Penurunan berat badan tanpa dirancang

Penyebab Batuk Berdarah

▪ Radang paru-paru (pneumonia)
▪ Tibi
▪ Kanser paru-paru
▪ Bronkitis kronik
Bronchiectasis
▪ Nanah paru-paru
▪ Jangkitan kulat "mycetoma"
▪ Darah beku pada paru-paru (pulmonary embolism)
▪ Paru-paru berair (pulmonary edema)
▪ Jantung lemah (cogestive cordiac failure)
▪ Hipertensi pulmonari
▪ Kongenital atau acquired systemic coagulopathy (leukaemia, thrombotic thrombocytopenic purpura)
▪ Pengguna ubat pencair darah (warfarin, heparin)
▪ Tersedut benda asing ke dalam paru-paru (inhaled foreign body)
▪ Penyakit auto immune dan vasculitis (Wageners Granulomatosis, Goodpasture’s syndrome, systemic lupus erythematosis, Henoch-Schonlein purpura)
▪ Kecederaan kepada paru-paru
▪ Malformasi saluran darah kongenital pulmonari (pulmonary artero-venous malformation)
▪ Salur darah pecah selepas batuk yang kuat


Ujian Yang Dijalankan

▪ Ujian Makmal (kahak, darah, xray paru-paru)
▪ Ujian bronkoskopi (mengesan lokasi pendarahan dan pendarahan tersebut boleh cuba dihentikan)
▪ Imbasan CT
▪ Angiografi pulmonari (mengesan lokasi pendarahan)

Komplikasi

▶ Lemas (asphyxia)
▶ Ketidakstabilan hemodinamik
▶ Anemia (kekurangan darah merah)
▶ Jangkitan kuman paru-paru
▶ Kegagalan buah pinggang


Rawatan

Terbahagi kepada 3:
✔ Menghentikan pendarahan
✔ Memastikan pesakit tidak menyedut semula darah ke dalam paru-paru
✔ Merawat punca penyakit yang menyebabkan batuk berdarah

 Rawatan batuk berdarah bergantung kepada kuantiti darah yang keluar & puncanya. Darah yang keluar dalam kuantiti yang sedikit tidak memerlukan rawatan yang spesifik dan serta merta. Walaubagaimanapun, punca batuk berdarah perlu dikenalpasti dan dirawat.

Contoh:

Keradangan paru-paru (pneumonia) & nanah paru-paru
- Pesakit memerlukan antibiotik

Tibi
- Ubat anti-tibi

Kanser Paru-Paru (mengetahui jenis dan tahap kanser)
- Agen antifibrinolitik (tranexamic acid) merupakan salah 1 pilihan memberhentikan pendarahan.

 Batuk berdarah yang banyak adalah satu keadaan yang serius dan memerlukan rawatan yang segera. Ia boleh menyebabkan kematian berpunca dari lemas(asphyxia). Langkah-langkah yang perlu diambil adalah pergi ke jabatan kecemasan hospital yang berdekatan dengan segera
- doktor akan merawat dan cuba mengenalpasti punca pendarahan. Jika batuk berdarah terlalu banyak sehingga menyekat salur pernafasan, bantuan pernafasan akan diberikan

Cara-cara Menghentikan Pendarahan

 Intubasi bronkial terpilih (Selective bronchial intubation)
▪ tiub pernafasan dimasukkan ke dalam paru-paru yang tidak berdarah dan bantuan pernafasan diberikan kepada paru-paru tersebut. Ini dapat mengelakkan darah mengalir masuk ke dalam paru- paru yang normal

 Bronkoskopi
▪ ubat adrenaline
▪ cecair sejuk
▪ kaedah tamponade
▪ kauterizasi (cauterisation)
▪ laser koagulasi

 Embolisasi salur darah arteri bronkial (bronchial arteri embolisation)
▪ Angiografi pulmonari dibuat untuk mengenalpasti salur darah yang luka dan gam atau gegelung (coil) akan dimasukkan untuk menutup luka tersebut

 Pembedahan
▪ Pembedahan merupakan pilihan yang terakhir di mana paru-paru yang berdarah akan dibuang.

Pencegahan

Tiada pencegahan tertentu untuk menghalang batuk berdarah. Yang penting perlu

▪ Hidup Sihat
▪ Berhenti Merokok
▪ Bersenam
▪ Berjumpa doktor secepat mungkin jika ada masalah batuk berdarah
▪ Pemakanan sihat (pengambilan makanan tanbahan)

Di sini ebby ingin kongsi satu makanan tambahan daripada shaklee

Batuk berdarah, Paru-Paru, rawatan batuk berdarah, Rawatan Shaklee, Shaklee, Shaklee Malaysia, Shaklee Terengganu, Tibi, Tips,
Testimoni bekas pesakit Tibi
Testimoni Batuk dan Penyakit 3 Serangkai
Berminat?
Hubungi


1 comments:

Write comments
February 4, 2018 at 8:22 AM delete

baguslah tips ebby, kirim salam kat abang mizi ye

Reply
avatar