7 Aspek Penting Semasa Berpantang!

Friday, September 16, 2016 2 Comments A+ a-

"Menjadi seorang ibu adalah belajar tentang kekuatan yang tidak kau tahu kau miliki,
dan menghadapi ketakutan yang tidak kau pernah kau tahu kau ada."

Alam keibuan memegang tempat yang teristimewa dalam perjalanan hidup anda - saat yang akan anda sentiasa ingat tidak kira betapa sukar pun ia. Keletihan mengandung, kesakitan bersalin dan berulang-ulang meneran semuanya jadi berbaloi apabila anda mendengar tangisan pertama bayi anda.

Dalam tempoh selepas bersalin ini, setiap ibu mahukan segala yang terbaik untuk bayi mereka, tetapi jangan lupa bahawa kesihatan ibu juga sama penting atau mungkin lebih lagi.Tempoh selepas bersalin dikenali sebagai tempoh berpantang, adalah masa untuk ibu-ibu berehat, memulih dan mengembalikan tenaga dan kesihatan mereka. Walaupun terdapat banyak tradisi dan khurafat semasa berpantang, hanya satu matlamat sahaja yang diutamakan oleh semua budaya; untuk memulihkan kembali kesihatan tubuh ibu dan menguatkan dirinya untuk menjaga bayinya.

Ibu yang kuat sering dikaitkan dengan bayi yang sihat dan gembira, jadi ibu-ibu harus bermula dengan langkah yang betul iaitu menjaga diri mereka sendiri.

Bayi yang Sihat Bermula dengan Ibu yang Sihat

Tahniah!
Anda kini seorang ibu; tetapi jangan lupa, walaupun bayi anda adalah keutamaan no 1 anda, anda tidak sepatutnya mengabaikan kesihatan diri sendiri, terutamanya sebaik sahaja selepas bersalin dan sepanjang tempoh berpantang. Sebagai ibu baru, badan anda telah melalui banyak fasa dalam tempoh 9 bulan yang lalu. Sudah tiba masa untuk membantunya mendapatkan kembali tahap tenaga, dan membina kekuatan serta kesegaran untuk tahun-tahun mendatang!

7 Aspek Penting Semasa Berpantang

1. Diet Yang Sihat Dan Berkhasiat
Masa berpantang adalah masa terbaik untuk ibu-ibu mendapatkan nutrien bagi meningkatkan lagi kesihatan mereka selepas melahirkan. Makanan seperti halia, bawang putih, minyak ikan, kurma merah, vitalea dan ostematrik memberikan kehangatan kepada badan, membuang gas dan menyuburkan badan, manakala ikan air tawar disyorkan untuk penyembuhan dalaman. Makanan ikan sejuk seperti timun, tembikai dan kelapa harus dielakkan kerana ia dipercayai boleh memudaratkan limpa dan perut. Pengambilan makanan pedas, alkohol dan kopi juga perlu dikurangkan.

2. Rehat Badan Anda
Rehat adalah bahagian yang sangat penting selepas bersalin agar seluruh tubuh dan minda dapat dipulihkan. Melahirkan anak bukanlah sesuatu yang mudah dan perubahan badan anda juga berlaku dengan cepat, kini adalah masa untuk segala-galanya kembali kepada normal secara perlahan-lahan.

3. Nikmati Urutan Selepas Bersalin
Lebih daripada sekadar bersantai, urutan tradisional Melayu untuk ibu selepas berssalin dipercayai dapat meningkatkan peredaran darah, membuang lokia, membantu 'mengangkat' rahim, memecahkan lemak dan membentuk semula badan.

4. Menyusu Bayi Adalah Perkara Terbaik
Susu ibu adalah salah satu anugerah terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh bayi, malah boleh berubah berdasarkan umur dan keperluan bayi anda. Sekiranya anda bercadang untuk menyusukan bayi anda, adalah dinasihatkan untuk bermula dengan segera bagi merangsang pengeluaran susu. Sejenis sup tradisional Cina yang dipercayai dapat meningkatkan bekalan susu ibu adalah sup ikan yang direbus bersama betik muda atau hijau, halia, air dan garam sehingga airnya bertukar menjadi warna 'susu'.

5. Dapatkan Sokongan Emosi
Sebagai ibu yang baru, anda mungkin berassa keliru dengan pengalaman asing ini. Jangan simpan kebimbangan dan kerisauan anda, sebaliknya carilah ketenangan dengan berkongsinya berssama seseorang. Berbincanglah dengan ibu-ibu lain, kumpulan sokongan, ibu bapa atau pasangan anda.

6. Tidur Yang Mencukupi
Salah satu cara terbaik untuk memulihkan badan anda adalah melalui tidur. Walaupun mungkin kelihatan mustahil dengan adanya bayi, cuba cari masa untuk tidur sekejap kerana tidur bukan sahaja dapat merehatkan badan, tetapi turut membantu mengawal emosi dan mengelakkan kemurungan.

7. Hubungan Dengan Bayi
Gunakan masa istimewa ini bersama bayi anda dan bina ikatan yang kuat antara satu sama lain. Melihat senyuman pertama mereka dan mendengar ketawa pertama mereka membuatkan alam keibubapaan anda sangat berharga.

Seri Ibu

Pemakanan seimbang adalah salah satu cara terbaik untuk ibu-ibu mendapatkan kembali kessihatan mereka di samping membekalkan susu ibu yang kaya dengan nutrien kepada bayi. Vita-Lea Iron Formula Shaklee merupakan salah 1 multivitamin yang paling lengkap. Ia juga merupakan supplement Organik yang mudah diserap.
Jika anda sedang menyusukan, pengambilan kalsium juga penting untuk mengekalkan kesihatan tulang kerana wanita sering dikatakan kehilangan 3-5% jisim tulang semasa menyusukan. Tambahkan kalsium anda dengan Ostematrix.
Semasa berpantang, ibu sering berdekatan dengan bayi mereka dan tidak boleh dibiarkan jatuh sakit sama sekali! Bukan sahaja bayi anda boleh turut sakit, tetapi tahap tenaga anda juga akan berkurangan untuk menjaga bayi anda. Oleh itu Sustained Release Vita-C Plus meningkatkan imuniti anda untuk pengalaman selepas bersalin yang lebih lancar.


Set Berpantang & Menyusu Shaklee Lengkap!

Jika berminat untuk mendapatkan Set Berpantang & Menyusu Shaklee
boleh hubungi saya di talian 012-956.9686 atau boleh membuat belian atas talian dengan menekan button Buy Now di bawah





2 comments

Write comments
Umi Kalsom
AUTHOR
September 16, 2016 at 6:20 PM delete

Info yang sangat berguna untuk saya yang bakal bersalin tak lama lagi. Tq for sharing.

Reply
avatar
September 19, 2016 at 8:29 PM delete

alhamdulillah...terima kasih kerana sudi membaca blog yang tidak seberapa ini :)

Reply
avatar