Tips Menyimpan Daging Qurban

Sunday, September 11, 2016 0 Comments A+ a-


Terlebih dahulu ebby ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua teman-teman yang membaca corat coret ebby di sini...




Malam ini ebby ingin berkongsi Tips yang amat menarik untuk kita semua.



Saban tahun, sewaktu perayaan Aidil Adha ini memang persediaan daging melimpah ruah. Anda pasti kebingungan cara untuk menyimpan daging agar lebih tahan lama. Daging juga merupakan bahan makanan yang cepat busuk. Kali ini Ebby akan cuba berkongsi tips untuk menyimpan daging agar lebih tahan lama dan boleh diolah jadi makanan kesukaan.





  1. Potong daging kepada beberapa bahagian. Sesuaikan ketebalan serta jumlahnya dengan keperluan. Misalnya, jika 1 kg daging akan digunakan untuk tujuh hari, potong daging menjadi tujuh bahagian.
  2. Siapkan beg plastik atau bekas plastik kedap udara untuk menyimpan daging.Masukkan daging dalam bekas plastik kedap udara dan tutup rapat. (letak mengikut bahagian-supaya senang)
  3. Simpan daging dalam freezer bersuhu antara -16° ke -24° Celsius.
  4. Sewaktu turunkan daging dari freezer, pindahkan ke chiller bersuhu antara 0°-8° celcius kurang lebih 12 jam.

Tips ini akan membuat daging lebih tahan lama dan tetap mempunyai kualiti yang baik. Yang harus anda perhatikan adalah langkah penyimpanan daging ini perlu dilakukan dengan cepat untuk mengelakkan berlakunya pencemaran bakteria yang membuat daging cepat rosak dan busuk.Cuci daging ketika hendak dimasak. Setelah daging diletakkan di chiller jangan pindahkan ke frezer buat kali ke 2. Ini untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria.  

Selamat Mencuba & Semoga Bermanfaat buat semua!





Saya, suami & anak2 mengucapkan selamat hari raya!

Pesanan kami, makan daging berpada-pada..

Kalau ada Phytocol ST ambil sebelum makan untuk block kolesterol.

Lecithin untuk imulasi/hurai lemak

& Omega Guard mengatasi masalah darah tinggi

Salam Sayang Dari Kami

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya atau boleh dapatkan atas talian dengan menekan butang e-sell..