Kek Minyak
Thanks noxxa kerana membantu..
Yeay..esok cuba kek lain dan lain lagi...
Sape yang berminat nak join kutu noxxa @ nak beli noxxa cash boleh hubungi saya...
Nak resepi kek ni..?
Nanti mama free mama update resepi plak...
1 Rejab...hari ni kami, mama & papa kepada 4 N.A.A berpuasa..
Fikir punya fikir apa lah mama nak masak tuk berbuka nanti..tunggu punya tunggu masa y sesuai untuk ke dapur...auni dan afrina pon tido..apa lagi...cari resepi..memula nak buat ayam nandos..tapi bahan tak mencukupi.. so mama tanya papa melalui whatsapp..dia kata percik...
Apa lagi sap sup sap..tekan HP 15
Stir Fry 1minit
Siap
1st Rajab...lagi 2 bulan kita akan bertemu ya Ramadhan...
Ku harap sempat bertemu Ramadhan tahun ini...
Kawan-kawan semua da ganti puasa belum...
Bagi yang berpuasa hari ini...selamat berpuasa...
Sekarang ni asik nak kaji PC Noxxa je..ye la saya baru ada kan? Hiks3x
Seronok sebenarnya...da guna buat masak macam2 rini mencuba buat caremel kukus...
Nak share jugak resepinya 😊 semoga bermanfaat bagi newbie2 macam saya 😁
Bahan-Bahan :
▫Gula (3sudu besar)
▫Telur 7/8 biji
▫Susu pekat (1/2 tin)
▫Susu cair (1/2 tin)
▫Esen Vanila (1 sudu kecil)
▫Daun Pandan (nak bagi bau semerbak)
Cara-caranya :
◾ cairkan gula di dalam loyang sehingga warna keperangan..tutup api kemudian ratakan..biarkan sejuk..
◾Telur, susu cair, susu pekat, esen vanila kepuk atau mix atau guna blend sehingga sebati
◾tuang ke dalam loyang yang sama berisi gula hangus tadi masukkan daun pandan
◾kukus dalam PC Noxxa selama 15minit..
👉kita tak de tungku nak lapik loyang...kita basahkan kain lapik dalam periuk buh bawah loyang la maknanya...
Da siap masuk peti sejukkan..da sejuk keluarkan..boleh makan...nyum nyum nyum😋
Hasilnya memuaskan tekak..en somi siap tanya macam mana buat..masa bila buat..kejap dah boleh makan..ahaks...
Psstt sbb dlu isteri dia ni tau buat guna instant powder je..x yah kukus2 trus siap masuk peti..😁
Wahh boleh kata new hobby gituh...kikiki...target esok mesti jadi sebiji kek mengguna kan PC Noxxa...
Chaiyok2 sila serap idea y menarik...resepi da terkumpul hanya tunggu mencuba...ahaks..nanti kita share sini k...
Lagi 5 belum ckup...Wind, Earth, Lightning, Fire, Ochobot
Anak suka makan ayam..mama xde idea dah nak masak ayam macam mana..rini tengok sos barbeku ada dalam peti yang lebih itu hari..apa lagi perap la drummet ni ngan sos..pastu panaskan pemanggang ajaib ni...taraa susun je...tggu hasil nya nanti kita meratah atau makan ngan nasi pon sodap...kuah tak ada..kicap kipas udang kan ado..hehe...😝
Selamat tengah hari...jom makan tengah hari resepi mudah dan cepat dan pastinya disukai ramai...😊
Tips mudah...BBQ kalau lagi hangit lagi ngancam..x percaya cuba lah...
Selamat mencuba
Posted via Blogaway
Yeay akhir nya penuh 20sticker...so apa lagi..lelaju p tukar kat 7E...dapat lah patung pertama ni...balik papa pasang2 siap...tadaaa...comey jgak patung ni..hihihi..so semangat la mama nak mengumpul 9-9 jenis anak beranak BoboiBoy ni...hehehe...
Nak share Term & Conditions nya :
👉Stickers are issued from 10 Mar to 4May 2015
👉Last date of redemption is 11May 2015 (while stock last basis)
👉Every RM6 purchase in a single receipt is entitled to one (1) sticker
👉One (1) extra sticker if there is a minimum purchase of one (1) featured product within every RM6 purchase in a single receipt
👉RM6 purchase exclude tobacco,gift card,reload and in-store service payment
👉Only original stickers are accepted for redemption
👉Each collector card is redeemable one only and combination of card are not allowed
👉No selection of BoBoiBoy 3D Puzzle Figurine variant allowed, one package is opened, it is considered redeemed and cannot be exchanged or replaced
👉The redemption of BoBoiBoy 3D Puzzle Figurine is on a while stock last basis
👉7-Eleven Malaysia reserves the right on all final decisions and to amend the term & conditions without prior notice
👉Collectors card may also be download at 7Eleven.com.my
☑Product subject to availability and limited to 350,000 pieces only
☑Ptoduct are shown for illustration purposes only
☑Product subject to availability and while stock last
Sahabat...satu perkataan yang senang di sebut tetapi susah nak cari...
Kawan...mudah jumpa di mana sahaja...senang dikira..
Sahabat hanya boleh di kira di mana waktu kita kesusahan..
Ada sahabat yang boleh di ibaratkan sebagai keluarga...
Allah maha mengetahui segala-galanya...
Dia berikan kita ujian..dia datangkan kita sahabat untuk memberi pertolongan...
Terima kasih sahabat😘
Semoga Allah membalas jasa baik kalian semua..tak terbalas dengan ucapan...😍
credit to Dr Zubaidi Ahmad
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Agak hot la bila mana artikel lama dalam blog Dr.Zubaidi Ahmad mula di timbulkan menjadi isu semula. Apa yang hot sangat tu kan? Meh sini nak share apa isu yang hot itu 😃?
APAKAH ALFAFA MERBAHAYA KEPADA IBU YANG MENYUSUKAN ANAK?
👉Sebelum anda ingin mengamalkan sebarang produk yg berasaskan alfafa (medicago sativa), pastikan ia dihasilkan daripada DAUN sahaja kerana ia lebih SELAMAT dan menurut petikan diatas, ia berkemungkinan selamat. Elakkan mengamalkan serta mengambil produk alfafa yang dihasilkan daripada BENIH (sprout) alfalfa kerana ia tidak selamat dan menurut artikel di atas, berkemungkinan tidak selamat untuk penggunaan jangka masa panjang yang boleh menyebabkan reaksi yang sama dengan penyakit autoimun 'lupus erythematosus'
👉paling penting, pastikan ia ditanam secara organik.
👉Alfafa adalah tumbuhan herba yang banyak faedah. Sangat-sangat berharga dan telah di guna pakai sejak bertahun-tahun dahulu. Tetapi, kita perlu yakin dan kenal pasti proses penanaman serta proses penghasilan alfafa itu sendiri
👉Shaklee menanam sendiri pokok alfafa, menjalankan proses sendri dan menjaga kualiti alfafa untuk diproses menjadi tablet. Shaklee hanya menggunakan daun alfafa yang dikeringkan dengan udara secara semulajadi.
👉Jika anda ada mengamalkan apa-apa ubatan daripada doktor, kerana di khuatiri ubatan doktor yang anda makan itu akan kurang kesannya. Jadi, saranan terbaik adalah, anda perlu dapatkan pandangan serta nasihat doktor jika anda ingin mengambil alfafa sebagai supplement harian anda.
👉Seperti yang tertulis dalam artikel Dr.Zubaidi Ahmad (klik link di atas untuk baca artikel) Ibu yang menyusukan anak mungkin tidak selamat ambil alfafa dalam kuantiti yang banyak. Tetapi, adakah anda akan makan alfafa Shaklee ini dalam kuantiti yang benyak setiap hari? Jadi, adalah sangat penting untuk anda dapatkan cara pemakanan terbaik dan betul daripada pengedar Shaklee anda. Kerana, pengambilan supplement tidak kira supplement shaklee atau apa-apa juga supplement untuk menambah susu ibu atau lain-lain tujuan, kita perlu dapatkan konsultasi yang baik dan bukannya beli dari apa-apa jenis suppelement serta beli daripada siapa-siapa dan kita memandai makan sendiri. Itu sangat tidak di galakkan. Distulah sebenarnya anda yang meletakan bahaya untuk diri anda sendiri.
Buat ibu yang menyusukan anak, anda perlu jelas bahawa apa juga vitamin yang diambil termasuk vitamin dari Shaklee bukannya faktor utama yang menyebabkan pengeluaran susu meningkat. Ibu-ibu perlulah memahami bahawa vitamin bukanlah cara untuk membanyakkan susu ibu. Vitamin diambil demi memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat dan secara langsung mampu membekalkan susu ibu kepada bayi.
Kejayaan penyusuan antaranya adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu iaitu "LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSUIBU DIHASILKAN"
Supplement adalah untuk kita membina kesihatan yang baik dan bukan bertujuan untuk merawat apa-apa penyakit. Perlu jelas kenapa dan untuk tujuan apa kita mengambil apa jua jenis supplement. Mengambil supplement membantu kita mendapatkan semula khasiat yang kekurangan dalam badan kita akibat daripada kita yang tidak dapat menjaga pemakan seharian kita. Selain itu, persekitaran hari ini juga adalah antara salah satu sebab kita perlu mengambil supplement. Melainkan jika anda memang yakin, anda mampu untuk setiap hari mendapatkan kesemua nutrien yang di perlukan tubuh.
SLE tidak boleh ambil alfalfa kerana alfala mengandungi sejenis asid amino L-canavanine yang menyebabkan pesakit SLE menjadi keradangan
Wanita mengandung tidak dinasihatkan mengambil alfalfa kerana alfalfa boleh induce kedatangan haid & menyebabkan keguguran
Anemia tidak boleh ambil alfalfa kerana ia boleh memusnahkan sel darah merah.
P/S:
Tidak semua alfalfa adalah sama, kebanyakan alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.
Posted via Blogaway
Today Nur Afrina Aliya genap 2Tahun...
Ada keta kancil kawan papa pinjamkan, so papa bawak kami keluar jalan2 minum Cendol Durian kat Old Town Cendol. Pastu layan sate kambeng..hehe..x de kek..asalkan besday gurl happy..
Permata hati mama papa...😍
"wean-off" 1 perkataan yang senang di sebut tapi berat untuk di laksanakan..tanyalah mana2 ibu yang fully breastfeed nak2 yang direct feeding mesti tahu bagaimana rasanya nak bercerai. Ye la 2 tahun melekap kan?
Tapi..mama da berjanji dengan Nur Afrina Aliya ni dari dalam perut..dan tiap kali memyusu waktu mama akan ulang..perjanjian kita 2tahun je tau sayang...so malam tadi cuba la kan..tengok la gambar2 di atas nun..
Last2 sape yang mengalah? Semestinya mama la yang mengalah..ok..kita cuba lagi hari ni...
Mama x kuat bila kamu merayu...bila kamu meminta...tenung muka yang tiada dosa...yang belum mengerti apa2..
Feeling: serba salah di buatnya😥
Doa mama semoga di permudahkan 😉
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
T.B Nur Afrina Aliya 8 April 2013 - 3.77kg
السَّلاَمُ عَلَيْكُم syg...
2Tahun lepas mama lahirkan kamu sorang2 kat HSNZ..mudahkan bunyinya..hehehe..tp hanya mama y tau bagaimana mama harungi saat2 indah itu..😂 rindunya saat2 itu hanya dia yang tahu..
Rindu saat kamu dalam tummy mama tendang2 pusing2..
Perjalanan 2Tahun menyusukan kamu begitu indah...kamu berkongsi susu bersama2 adik kamu Nur Auni Addeena...yeay..mama berjaya mnyusukan kamu sehingga sekarang...
Orang tua2 cakap eh ❌ boleh menyusu waktu mengandung...mama pekakkan telinga..sbb mama tahu..adik kamu lg kuat..sedangkan iucd pon dia tembus..inikan menyusu..hehehe😅 smpai sblm masuk LR pon mama masih mnyusukan kamu..yehaa..kalo blh bawak masuk LR pon mama hangkut...wakaka 😝 percaturan Allah begitu indah..bsalinkan adik kamu tgh hr..ptg mama da blh keluar wad..so kamu x pernah tputus mnyusu...
Sampai skrg kamu masih minum susu mama..ayoo org suruh STOP...Tp tiap kali kamu mnyuarakan "Auni mama?" Mama paham soalan kamu kenapa auni blh sdgkan kamu x blh ye...ok truskan lah selagi mama larat...
Takpe "Set Menyusu & Kurus Shaklee kan ada!"
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
Mama nak share ngan mommies2 berkerjaya mahupun yang tiada kerja macam mama yang anak ramai ni...
Periuk ni sangat ajaib..semua dalam 1 lah boleh cakap..apa yang mama maksudkan dengan semua tu?
Apa yang periuk ni boleh buat sampai mama cakap ajaib sangat tuh?
☑mengukus
☑menggoreng
☑menumis
☑membakar
☑memanggang
Apa lagi ye nak senarai? Senang citer nak masak nasi boleh..nak masak lauk boleh..goreng mee boleh...bakar kek boleh kukus kuih boleh...
Eh eh eh...lupa nak mention...
Mama x jual periuk ni tau...hehehe😄
Mama just bg review sbb kerja mama kini menjadi mudah..
X de dapur besar..xpayah guna dapur gas..smua guna sebiji periuk ni...
Lepas ni nak tambah inner dalamnya lah...😎
Baru x perlu salin2 dah..satu tuk nasi..satu tuk lauk..satu tuk kek...
Lagi satu lupa nak mention...
Jimat masa uolss!!!
Rebus telur pon x yah guna air...goreng nasi guna beras je tau..masak pulut x payah rendam...sama jgak goreng bihun x payah rendam...7minit siap...
K la mama bebel x guna...korang beli n cuba sendiri...nantj review bawah ni k...😍