Showing posts with label OsteMatrix. Show all posts
Showing posts with label OsteMatrix. Show all posts

Promosi September 2018

Yuhuuuu...Hello September...

Sori, lama tak update, ada masalah tak boleh di elakkan..tapi ebby masih active dengan Shaklee uols...

Semalam dah berakhir promosi ogos & now ebby nak update promosi sepanjang bulan ni...


Dan ada 2 extended promotion😇



Berminat untuk dapatkan produk Shaklee atau nak grab promotion shaklee atau berminat menjana pendapatan bersama² kami

Boleh hubungi Ebby
012-956.9686



10 Fakta Menarik Tentang Darah

Image result for darah

10 Fakta Menarik Tentang Darah

  1. Ketika dilahirkan, hanya ada kira-kira secawan darah saja dalam tubuh kita.
  2. Darah membentuk 7% daripada berat badan manusia.
  3. Sel darah merah membekalkan oksigen manakala sel darah putih pula mencari, menyerang dan membunuh segala organisma pembawa penyakit yang masuk ke dalam tubuh, terutamanya bakteria. Nanah sebenarnya berasal daripada sel neutrofil (yang membentuk 65-75% sel darah putih) yang mati selepas membunuh kuman.
  4. Satu pain darah yang anda dermakan cukup untuk menyelamatkan tiga nyawa lain.
  5. Susu lembu dicampur darah ialah salah satu makanan kesukaan masyarakat Masai di Afrika.
  6. Orang Moche (Peru), Scythia (Greek) dan nomad di Rusia meminum darah musuh pertama yang mereka bunuh dalam peperangan sebagai lambang keberanian dan kegagahan.
  7. Terdapat juga manusia yang mempunyai perangai pelik iaitu suka menghisap darah daripada luka seorang manusia lain.
  8. Lelaki mempunyai lebih banyak darah berbanding wanita. Dianggarkan terdapat 4.7 hingga 6.6 liter darah dalam tubuh seorang lelaki manakala perempuan, 3.8 hingga 5.7 liter.
  9. Pada 1928, William Harvey dari Universiti Cambridge telah diisytiharkan sebagai manusia pertama yang mengetahui tentang peredaran darah di dalam tubuh manusia. Namun ramai saintis Eropah tahu bahawa saintis Islam bernama Ibnu Nafis Ali Bin Abi al-Hazamal-Quraisy telah menulis tentang perkara itu 300 tahun lebih awal daripada Harvey.
  10. "Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah Pencipta yang Paling Baik." - Surah Al-Mukminun : 14.


Rekod Dunia: 
Apabila dia memerlukan 13 liter darah untuk sesuatu pembedahan pada umurnya 13 tahun, James Harrison berikrar akan mula menderma darah bila berumur 18 tahun. Warga Australia itu menjadi pemegang rekod dunia apabila dia telah menderma darah lebih 1,000 kali dan menyelamatkan dua juta nyawa. Ini kerana darah Harrison mempunyai antigen istimewa yang menyembuhkan penyakit rhesus.



DAPATKAN VITAMIN SHAKLEE DARIPADA E.M
WHATSAPP : 012-956.9686
EMAIL : ebby.shaklee@gmail.com


7 Aspek Penting Semasa Berpantang!

"Menjadi seorang ibu adalah belajar tentang kekuatan yang tidak kau tahu kau miliki,
dan menghadapi ketakutan yang tidak kau pernah kau tahu kau ada."

Alam keibuan memegang tempat yang teristimewa dalam perjalanan hidup anda - saat yang akan anda sentiasa ingat tidak kira betapa sukar pun ia. Keletihan mengandung, kesakitan bersalin dan berulang-ulang meneran semuanya jadi berbaloi apabila anda mendengar tangisan pertama bayi anda.

Dalam tempoh selepas bersalin ini, setiap ibu mahukan segala yang terbaik untuk bayi mereka, tetapi jangan lupa bahawa kesihatan ibu juga sama penting atau mungkin lebih lagi.Tempoh selepas bersalin dikenali sebagai tempoh berpantang, adalah masa untuk ibu-ibu berehat, memulih dan mengembalikan tenaga dan kesihatan mereka. Walaupun terdapat banyak tradisi dan khurafat semasa berpantang, hanya satu matlamat sahaja yang diutamakan oleh semua budaya; untuk memulihkan kembali kesihatan tubuh ibu dan menguatkan dirinya untuk menjaga bayinya.

Ibu yang kuat sering dikaitkan dengan bayi yang sihat dan gembira, jadi ibu-ibu harus bermula dengan langkah yang betul iaitu menjaga diri mereka sendiri.

Bayi yang Sihat Bermula dengan Ibu yang Sihat

Tahniah!
Anda kini seorang ibu; tetapi jangan lupa, walaupun bayi anda adalah keutamaan no 1 anda, anda tidak sepatutnya mengabaikan kesihatan diri sendiri, terutamanya sebaik sahaja selepas bersalin dan sepanjang tempoh berpantang. Sebagai ibu baru, badan anda telah melalui banyak fasa dalam tempoh 9 bulan yang lalu. Sudah tiba masa untuk membantunya mendapatkan kembali tahap tenaga, dan membina kekuatan serta kesegaran untuk tahun-tahun mendatang!

7 Aspek Penting Semasa Berpantang

1. Diet Yang Sihat Dan Berkhasiat
Masa berpantang adalah masa terbaik untuk ibu-ibu mendapatkan nutrien bagi meningkatkan lagi kesihatan mereka selepas melahirkan. Makanan seperti halia, bawang putih, minyak ikan, kurma merah, vitalea dan ostematrik memberikan kehangatan kepada badan, membuang gas dan menyuburkan badan, manakala ikan air tawar disyorkan untuk penyembuhan dalaman. Makanan ikan sejuk seperti timun, tembikai dan kelapa harus dielakkan kerana ia dipercayai boleh memudaratkan limpa dan perut. Pengambilan makanan pedas, alkohol dan kopi juga perlu dikurangkan.

2. Rehat Badan Anda
Rehat adalah bahagian yang sangat penting selepas bersalin agar seluruh tubuh dan minda dapat dipulihkan. Melahirkan anak bukanlah sesuatu yang mudah dan perubahan badan anda juga berlaku dengan cepat, kini adalah masa untuk segala-galanya kembali kepada normal secara perlahan-lahan.

3. Nikmati Urutan Selepas Bersalin
Lebih daripada sekadar bersantai, urutan tradisional Melayu untuk ibu selepas berssalin dipercayai dapat meningkatkan peredaran darah, membuang lokia, membantu 'mengangkat' rahim, memecahkan lemak dan membentuk semula badan.

4. Menyusu Bayi Adalah Perkara Terbaik
Susu ibu adalah salah satu anugerah terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh bayi, malah boleh berubah berdasarkan umur dan keperluan bayi anda. Sekiranya anda bercadang untuk menyusukan bayi anda, adalah dinasihatkan untuk bermula dengan segera bagi merangsang pengeluaran susu. Sejenis sup tradisional Cina yang dipercayai dapat meningkatkan bekalan susu ibu adalah sup ikan yang direbus bersama betik muda atau hijau, halia, air dan garam sehingga airnya bertukar menjadi warna 'susu'.

5. Dapatkan Sokongan Emosi
Sebagai ibu yang baru, anda mungkin berassa keliru dengan pengalaman asing ini. Jangan simpan kebimbangan dan kerisauan anda, sebaliknya carilah ketenangan dengan berkongsinya berssama seseorang. Berbincanglah dengan ibu-ibu lain, kumpulan sokongan, ibu bapa atau pasangan anda.

6. Tidur Yang Mencukupi
Salah satu cara terbaik untuk memulihkan badan anda adalah melalui tidur. Walaupun mungkin kelihatan mustahil dengan adanya bayi, cuba cari masa untuk tidur sekejap kerana tidur bukan sahaja dapat merehatkan badan, tetapi turut membantu mengawal emosi dan mengelakkan kemurungan.

7. Hubungan Dengan Bayi
Gunakan masa istimewa ini bersama bayi anda dan bina ikatan yang kuat antara satu sama lain. Melihat senyuman pertama mereka dan mendengar ketawa pertama mereka membuatkan alam keibubapaan anda sangat berharga.

Seri Ibu

Pemakanan seimbang adalah salah satu cara terbaik untuk ibu-ibu mendapatkan kembali kessihatan mereka di samping membekalkan susu ibu yang kaya dengan nutrien kepada bayi. Vita-Lea Iron Formula Shaklee merupakan salah 1 multivitamin yang paling lengkap. Ia juga merupakan supplement Organik yang mudah diserap.
Jika anda sedang menyusukan, pengambilan kalsium juga penting untuk mengekalkan kesihatan tulang kerana wanita sering dikatakan kehilangan 3-5% jisim tulang semasa menyusukan. Tambahkan kalsium anda dengan Ostematrix.
Semasa berpantang, ibu sering berdekatan dengan bayi mereka dan tidak boleh dibiarkan jatuh sakit sama sekali! Bukan sahaja bayi anda boleh turut sakit, tetapi tahap tenaga anda juga akan berkurangan untuk menjaga bayi anda. Oleh itu Sustained Release Vita-C Plus meningkatkan imuniti anda untuk pengalaman selepas bersalin yang lebih lancar.


Set Berpantang & Menyusu Shaklee Lengkap!

Jika berminat untuk mendapatkan Set Berpantang & Menyusu Shaklee
boleh hubungi saya di talian 012-956.9686 atau boleh membuat belian atas talian dengan menekan button Buy Now di bawah






Regang, Pejal, Relaks

Kehamilan kadang-kadang boleh memberi tekanan - badan kita berubah dan hormon anda tidak seimbang - itulah sebabnya mengapa anda perlu melakukan aktiviti berimpak rendah seperti senaman dan urutan ringan kerana tekanan boleh menyebabkan masalah tingkah laku kepada anak di kemudian hari.

4 Senaman Mudah Pranatal

Berikut adalah beberapa senaman mudah yang boleh anda lakukan di rumah untuk mengekalkan tubuh yang aktif dan meregangkan pinggul, paha, teras badan dan belakang.

Mengangkat tangan dan kaki
Menguatkan otot-otot pada tangan dan kaki sambil meregangkan tulang belakang untuk merehatkan belakang badan

Lunges
Menyihatkan kaki, mengurangkan bengkak dan penahanan air

Tekan tubi yang diubah suai
Memejalkan lengan, bahu dan otot pelvik untuk membantu semasa bersalin

Regangan bahagian leher
Melegakan tulang belakang, leher dan bahu

Tips mengurut Isteri yang Hamil

Apabila badan perlu membawa berat tambahan, akan adalah lenguh dan sakit di mana-mana terutama di belakang, pergelangan kaki, bahu dan leher. Beberapa tempat agak sukar untuk dicapai, jadi apa kata adakan sesi pengikat kasih sayang dengan suami dan anda meminta dia melalakukan untuk anda?

  1. SAKIT BELAKANG - Suruh isteri berbaring mengiring dan urut perlahan-lahan menggunakan buku jari ke atas dan ke bawah di sepanjang tulang belakangnya
  2. KAKI LETIH - Angkat kakinya dan perlahan-lahan urut dengan gerakan membulat dari betis ke pehanya untuk melegakan bengkak dan/atau penahanan air.
  3. BAHU DAN LEHER - Dengan menggunakan ibu jari, urut perlahan-lahan dalam gerakan membulat pada tengkuknya untuk melegakan kesakitan dan teruskan mengurut di sepanjang otot-otot bahunya untuk melegakan sebarang kelenguhan.

AMBIL PERJATIAN:
  • Jangan gunakan minyak pati atau minyak urutan semasa trimester pertama
  • Elakkan kawasan perut
  • Elakkan titik tekanan seperti buku lali dan pergelangan tangan 
  • Sentiasa gunkan gerakan yang lembut dan tidak terlalu kuat 

http://getfitforbirth.com/a-mothers-emotions-effect-her-unborn-child/

trimester ke-2 (14 minggu)
adalah masa paling sesuai untuk mula bersenam.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik berbincang
dengan doktor anda terlebih dahulu!

  1. Merasakan gerakkan bayi di dalam perut
  2. Payudara semakin membesar
  3. Kesan regangan kulit
  4. Kesakitan di kaki
  5. Sedikit pembengkakan
  6. Sakit belakang, pelvik dan pinggang
  7. Hidung tersumbat, pendarahan hidung dan pendarahan gusi
  8. Kesakitan abdomen
  9. Gigi yang tercabut
  10. Pedih ulu hati
  11. Kontrasi 'Braxton Hicks'
  12. Jangkitan pundi kencing
Untuk huraian lebih detail, boleh tekan SINI

Kempen 'Women You're Amzing'
Ini merupakan bulan ke 3 dan merupakan bulan terakhir promosi untuk WANITA! Kenapa untuk wanita sahaja?



Sebabnya wanita merupakan tulang belakang setiap keluarga. Merekalah yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal rumahtangga, hal ehwal keluarga, makan pakai, anak-anak dan segala urusan rumahtangga. Kadang kala nak uruskan diri sendiri pun tak sempat kan?

Apa yang 'Amazing' sangat set ni ya?

  • Ianya terdiri daripada 5 set pilihan iaitu
  1. Gorgeous Set
  2. Pre Natal Set
  3. Post Natal Set
  4. Amazing Golden Set
  5. NutriWhite Skin Care System Set

*Menariknya dengan pembelian MANA-MANA set di atas kita layak dapat percuma 2 unit paperbag #liveamazing yang sangat comel dan kita juga berpeluang membeli eco friendly jute bag dengan harga RM12.72  (herga normal RM23) sahaja.


Nampak tak? JuteBag yang memang gojes kat blakang 2?
Besar tau...boleh jadi diapers bag n bawak ke hospital waktu bsalin nanti!

Buat suami : "Selain barang kemas, memberikan isteri sesuatu untuk kesihatan beliau pun merupakan 1 reward. Mana taknya, isteri anda kan sedang mengandungkan anak anda!"

Pembelian atas talian sila tekan butang BUY NOW atau boleh pilih butang esell pada side bar dan boleh buat pemilihan produk!


Lain-lain pertanyaan boleh email : ebby.shaklee@gmail.com atau whatsapp saya 012-9569686 (ebby)



7 Tips Mengatasi Masalah Kekajangan Sewaktu Mengandung


Siapa yang hamil pasti pernah rasa kaki kejang kan. Biasanya berlaku waktu pagi, masa bangun dari tidur. Selalunya kejang kaki lebih kerap berlaku sewaktu trimester kedua dan ketiga. Otot yang selalu menegang adalah otot dibahagian betis. Walaupun terasa sangat sakit dan berlanjutan sehingga ke beberapa minit, tetapi kejang kaki ini tidak akan merosakkan otot betis. Namun, jika ia dibiarkan dan berlarutan sehingga bertambah teruk, ia boleh merbahayakan bayi di dalam kandungan dan juga kesihatan ibu.

Kaki kejang ni bahaya sebenarnya. Ia boleh menyebabkan kematian mengejut pada bayi di dalam kandungan dan ada kes ibu juga mati beberapa minit selepas bayinya mati dalam kandungan gara-gara kekejangan yang teruk ni… wahhh… menakutkan, bukan??
Dari segi perubatan, kekejangan ini boleh berlaku disebabkan penambahan berat pada kaki (yela, badan nak menampung berat baby lagi kan). Selalunya kekejangan otot ini berlaku pada waktu malam, sehinggakan sakit atau kekejangan itu boleh mengejutkan kita dari tidur yang nyenyak. Kejang betis paling teruk akan berlaku pada trimester kedua dan ketiga.
Selain itu kejang betis ketika hamil juga mungkin disebabkan: Kelebihan fosforus (didapati di dalam daging yang telah diproses, makanan snek dan minuman bergas). Kekurangan kalsium di dalam aliran darah, Tekanan rahim yang sedang membesar pada saraf kaki.


Menurut babycenter.com antara punca berlakunya kejang kaki semasa mengandung adalah:
  • Bayi semakin berkembang dan menyerap nutrisi seperti kalsium dan magnesium daripada ibu. Jadi simpanan mineral-mineral ini dalam badan ibu menjadi berkurangan 
  • Salur darah besar pada kaki akan tertekan kerana uterus (rahim) yang semakin besar 
  • Kehadiran hormon progestron juga memberi kesan kepada otot kaki
  • Keadaan otot kaki yang letih berkemungkinan daripada keadaan berdiri yang lama, atau ibu terlalu banyak melakukan kerja 


Tips Mudah Atasi Masalah Kekejangan Kaki

Tips #1: Senaman regangan kaki. 

Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.

Tips #2: Senaman tapak kaki. 

Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.

Tips #3: 

Elakkan berdiri atau duduk dengan kaki bersilang untuk jangka masa yang lama

Tips #4: 

Berjalan-jalan setiap hari kecuali jika telah dinasihatkan oleh doktor untuk tidak bersenam.

Tips #5: 

Elakkan terlalu letih . Berbaring di sebelah kiri anda untuk meningkatkan peredaran darah ke kaki.

Tips #6:

Minum air dengan kerap untuk sentiasa terhidrat

Tips #7:

Mandi air panas sebelum tidur untuk merehatkan otot-otot anda.


Apa Nak Buat Ketika Diserang Kejang Kaki?

Sekiranya tidur anda diganggu dengan kejang kaki, pertama sekali yang anda perlu ingat adalah jangan melawan kesakitan tersebut. Apabila kita melawan kesakitan tersebut, otot-otot yang lain akan turut menegang dan merasa lebih sakit.
Cuba regangkan kaki secara perlahan-lahan dengan meluruskan kaki dan menggerakkan jari-jemari kaki ke depan dan belakang beberapa kali. Ianya memang terasa sakit pada mulanya, tapi akan beransur kurang. Selepas itu bolehlah urut otot yang sakit dan bahagian tapak kaki.



Selain itu boleh juga mencuba cara-cara dibawah ini untuk mengelakkan kekejangan ini dari berlaku:



  1. Buat senaman meregang sebelum tidur. Regangkan otot betis anda beberapa kali (seperti yang digambarkan di atas) sebelum anda tidur dapat membantu mengelakkan kekejangan pada waktu malam.
  2. Jangan berdiri untuk jangka masa yang lama atau duduk dengan kaki tersilang.
  3. Putarkan buku lali dan gerak-gerakkan jari kaki apabila anda duduk, di tempat kerja, pada waktu makan malam, atau semasa menonton TV.
  4. Makan makanan kaya dengan kalsium.
  5. Jika anda benar-benar ada masalah dengan kekejangan betis, tanya doktor anda mengenai pengambilan kalsium tambahan. (Tetapi elakkan mengambil kalsium dengan dolomit atau serbuk tulang; ini biasanya mengandungi plumbum, yang boleh diserap melalui plasenta dan memudaratkan bayi anda.)
  6. Elakkan minuman bergas, ia mengandungi banyak fosforus.



Apa Nak Buat Kalau Kerap Kejang Kaki Setiap Hari?


Tapi, kalau dah tiap-tiap hari kena kejang kaki, mesti dah rasa serik nak hamil lepas nie kan. Pada yang dah merasa kena kejang kaki tu, terasa macam kena kejutan elektrik pun ada kan. Kita tak boleh nak jangka pun kejang kaki nie boleh berlaku pada kita. 

Jadi, oleh kerana punca kejang kaki nie disebabkan oleh kekurangan kalsium dan magnesium dalam badan, maka kita perlulah menambah keperluan nutrisi kalsium dan magnesium dalam pengambilan nutrisi harian kita. Kekurangan nutrisi kalsium dan magnesium juga boleh menyebabkan anda sembelit ketika hamil. Otot-otot anda tidak mampu lagi untuk bersifat elastik akibat rahim yang semakin membesar.

Walaupun kita dah minum susu dan mengambil pil kalsium yang dibekalkan dari klinik, tapi sekiranya masih berlaku kejang kaki, ia merupakan petanda bahawa bayi dalam kandungan tidak mendapat kalsium yang secukupnya sehingga bayi terpaksa mengambil nutrisi tersebut dari badan kita. Ini akan membuatkan badan kita kehilangan nutrisi dan menjadi lemah apabila kandungan semakin membesar. Kesihatan bayi juga mungkin akan terjejas.

Jadi, adalah penting untuk kita mencari suplemen kalsium dan magnesium yang sesuai dengan kita yang sedang hamil. Masalah kejang kaki ini boleh diatasi dengan mengambil vitamin OSTEMATRIX. Kenapa???

Kandungan Ostemtarix yang lengkap dengan kalsium, magnesium dan vitamin D membantu ramai ibu-ibu hamil dari mengalami kejang kaki. Bukan sekadar itu, ia juga membantu dari mengelakkan dari sakit pinggang kronik yang biasa dialami oleh ibu hamil.



Testimoni diri sendiri :


"Menggamit memori...Perkenalan aku dan dia...Tahun 2012 ebby dikenal ngan pil ajaib yang diberi nama Ostematrix ni oleh seorang rakan mukabuku..waktu tu mengandungkan Nur Afrina Aliya...

Tau je la kan...masalah ibu mengandung yang OVERWEIGHT??? over berapa tu... 100kg+++Bila berdiri @ berjalan lama tumit kaki mula sakit...Pastu makan bila perlu je sbb jenis tak konsisten kan..plus sayang..nak beli kena cut² duit belanja lain ... Masuk minggu ke 13 mengandung...mula terasa kejang kaki..boleh kata tiap malam..pastu bila ke klinik...doctor cakap kalsium x ckup...dia bekalkan pil kalsium..malangnya...makan sepapan pon x de apa² effect...waktu tu lom repeat beli ostematrix...pastu xde jalan lain..beli la ostematrix..plus pikir nak kena topup kalsium sbb ebby memang jenis TAK MINUM SUSU... 


MIRACLE malam tu ambil 4 biji skali gus sblm tido...kejang² y selalu dtg waktu tidur takde...pastu konsisten la kan..seminggu lebih konsisten...tumit kaki pon dah tak sakit dah...ingat lagi waktu ni kami berempat tidak termasuk baby dalam perut ke Kuching...kami jalan² tanpa menyewa kenderaan...ala² mat salleh tu galas beg dukung anak..tanpa rasa sakit kaki tau...so, apa lagi..konsisten la smpai sekarang... 

Paling best bila mendapat kepuasan waktu tidur...biasa kalau bangun tidur mesti ada je alasan...arghhh jap lagi la..japp lagi la...macam tiada kepuasan...sejak amal ostematrix..bukan saje dapat kepuasan tidur..sakit²
badan ilang...bangun lebih mudah...nak membuang pun..najis tak sembelit...

Kalau kawan² mengandung memang ebby suka sajes suh konsisten dengan ostematrix...sebab sakit waktu bsalin pun lain...ini mgkin sebab keperluan kalsium dalam badan kita mencukupi...


Sekarang..sekali beli 3-4 botol...ada je kawan cakap sembelit...atau sakit badan...b cuba bg try...alhamdulillah..semua akan jatuh cinta sama seperti b yang tak suka susu...😋

Dan kalau nak tau..ni la HOT ITEM untuk semua orang yang amal shaklee...

Kami panggil pil ajaib ... Tak percaya???

Jangan percaya... sebab nya hanya jauhari mengenal manikam...

Kenapalah lambat sangat jumpa Ostematrix ni..
Dulu masa anak sulung sembelit sampai buasir berdarah... sekarang...masalah Sembelit pun ilang...ALhamdulillah...Terima kasih Shaklee..."


Berminat untuk mendapatkan Ostematrix. Sebotol tahan 1-2 bulan!

Boleh hubungi saya di talian 012-9569686 atau buat belian atas talian dengan menekan butang BUY NOW!





Kepentingan Kalsium Buat Ibu Mengandung

"Hello Tulang" - Kalsium Memanggil



"Kalsium terdapat dalam 99% daripada rangka kita termasuk gigi, menjadikannya salah 1 elemen yang paling penting untuk kesihatan, terutama bagi wanita hamil. Kekurangan kalsium dalam kalangan wanita hamil adalah sangat berbahaya kerana bayi mula menarik kalsium daripada tulang ibu; jika ibu mengalami kekurangan kalsium, ia boleh menimbulkan pelbagai komplikasi kesihatan kepada ibu dan bayi."



Tahukah anda bahawa badan kita tidak boleh menghasilkan kalsium?

Tahukah anda ibu-ibu hamil meningkatkan kadar penyerapan kalsium mereka daripada 20% kepada 60% pada trimester ke-2 dan 70% pada teimester ke-3?

Apakah risiko kekurangan kalsium di kalangan wanita hamil?

  • Kelahiran pramatang
  • Praeklampsia (tekanan darah tinggi, penahanan cecair)
  • Kepadatan mineral tulang yang rendah pada ibu dan bayi
  • Pelepasan pesat plumbum dari tulang ke aliran darah
Wanita hamil dengan pengambilan kalsium yang mencukupi dapat mengurangkan risiko praeklampsia sebanyak 45%


Mengapakah kalsium penting semasa mengandung?

Walaupun tambahan kalsium penting untuk semua orang, wanita hamil memerlukan tambahan pengambilan kalsium sekurang-kurangnya 1,000mg sehari untuk mengekalkan kehamilan yang sihat dan kuat. Ini penting terutama semasa trimester ke-2 dan ke-3 di mana tulang bayi yang sedang berkembang pesat.

Kepada Bayi

  • Untuk membina tulang rangka yang kuat termasuk gigi
  • Untuk membina sistem sarah yang sihat
  • Untuk mengembangkan otot dan hati yang sihat
  • Untuk membantu dalam membina kebolehan pembekuan darah yang normal

Kepada Ibu

  • Untuk membantu menyesuaikan diri dengan perubahan rangka semasa hamil
  • Untuk mengelakkan ibu mengalami osteoporosis
  • Untung mengekalkan kesihatan otot, sistem sarah, jantung dan tulang

Tingkatkan Penyerapan Kalsium Anda dengan Ostematrix. Satu tablet kalsium yang bukan sekadar kalsium. Ia dihasilkan secara semulajadi dan dirumuskan dengan nisbah optimum kalsium, magnesium, vitamin D, Boron dan Zink untuk sokongan kalsium yang lebih besar.



Mulalah memaksimumkan pertumbuhan bayi anda dari tempat yang betul - di dalam Rahim!

Belian atas talian? boleh tekan butang bawah atau hubungi saya 012-9569686


Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.

Pengaruhi Jantina Bayi Anda....Secara Semula Jadi

Eh boleh ke tentukan jantina bayi yang bakal dilahikan?

"Ya, memang boleh! Menurut beberapa kajian, ibu bapa boleh bekerjasama untuk mempengaruhi dan "memilih" jantina melalui kaedah semula jadi seperti memanipulassi kimia badan menerusi pemakanan, masa untuk mengadakan hubungan dan lokasi mendepositkan sperma!"


Bagi bayi perempuan...

Langkah 1 - Pemakanan & Gaya Hidup
  • Ibu-ibu perlu mengurangkan pengambilan kalori dan mengelakkan makanan yang mengandungi garam, yis, tauhu, kekacang dan daging merah
  • Ibu-ibu harus berusaha untuk mewujudkan kimia badan yang lebih berasid kerana sperma lelaki tidak boleh hidup dalam keadaan yang berasid
  • Bapa-bapa perlu makan lebih banyak makanan yang beralkali seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan alga.
Langkah 2 - Masa
  • Pasangan perlu melakukan hubungan intim dengan lebih kerap dan berhenti 2-3 hari sebelum ovulasi kerana sperma lelaki mempunyai jangka hayat yang lebih pendek dan akan mati semasa ovulasi, sekali gus meningkatkan kemungkinan untuk hamil bayi perempuan.
Langkah 3 - Lokasi Ejakulasi
  • Pasangan perlu memilih penetrasi cetek semasa hubungan intim supaya sperma boleh diletakkan di pintu masuk vagina yang lebih berasid. Sperma lelaki kurang berdaya tahan berbanding sperma perempuan dan akan mati sebelum sampai kepada telur.

Tips:
Anda boleh membuat badan anda lebih beralkali dengan pengambilan
Vitamin A (Carotomax)
Vitamin C (Sustained Vita-C+)
Vitamin D (Ostematrix)
Vitamin E 

Bagi bayi lelaki...

Langkah 1 - Pemakanan & Gaya Hidup
  • Ibu-ibu perlu mengambil makanan berkalori tinggi, makan sarapan pagi dan makan makanan yang tinggi kalium dan mendapatkan kimia badan yang lebih beralkali
  • Bapa-bapa perlu megambil makanan yang membentuk asid - seperti daging, nasi, mi, dan makanan laut dan elakkan memakai seluar dalam yang ketat dan pemanasan pada kemaluan (komputer riba, telefon dan lain-lain)
Langkah 2 - Masa
  • Pasangan perlu mengadakan hubungan intim betul-betul sebelum ovulasi iaitu semasa sperma lelaki masih ada dan kuat untuk meningkatkan kemungkinan hamil bayi lelaki.
  • Pasangan perlu mengelak daripada melakukan hubungan intim 4 hari sebelum ovulasi
Langkah 3 - Lokasi Ejakulasi
  • Pasangan perlu memilih penetrassi yang dalam semasa hubungan intim supaya sperma boleh diletakkan lebih dekat dengan pangkal rahim yang lebih beralkali dan sesuai untuk sperma lelaki. Ia juga memberi peluang kepada sperma lelaki untuk mendahului kerana sperma lelaki mempunyai jangka hayat yang lebih pendek.

Berminat untuk mencuba dan membuat pesanan produk Shaklee. Kini, pembelian produk Shaklee tersangatlah mudah. Dengan hanya klik button di bawah, anda sudah boleh membuat pembelian secara online seperti mana anda membeli di zalora.com atau lazada.com. Hanya dengan menggunakan kad kredit atau kad debit yang ada logo Mastercard atau Visa, semuanya menjadi mudah dihujung jari anda.🙂



Pendedahan Sebenar Mengenai Bibir Pecah

Punca Sebenar Bibir Kering Bukan Kerana Kurang Minum Air Masak Sebenarnya..

Bibir yang halus kemerahan menjadi idaman setiap wanita dan menjadi kegilaan setiap lelaki bila wanita berbibir cantik tetapi agak malang jika bibir kita kekeringan. Tahukah anda bibir kering mengelupas bukan disebabkan kerana kekurangan air.

Mata kering : Kurang vitamin A, karotin
Bau mulut : Kurang vitamin B6, zinc
Gigi tidak kuat : Kurang vitamin A, kalsium, zat besi
Bibir kering atau mengelupas : Kurang vitamin A, vitamin B2

Anemia, tangan atau kaki dingin : Kurang vitamin B6, asam folat
Mudah lelah dan tidak bersemangat : Kurang vitamin B1, B2, B6
Keguguran atau masalah rambut : vitamin A, vitamin B6, zinc, kalsium

Jom kita baca kepetingan vitamin dan zat-zat dalam badan kita supaya kita boleh elak dari sebarang penyakit terutama bibir kering mengelupas.


1. Ulser dan radang mulut : Kurang vitamin B2

Ulser atau radang biasanya disebabkan kerana dalam tubuh kekurangan vitamin B2 yang dapat membantu penyembuhan luka.

Vitamin B2 sangat penting peranannya bagi kesihatan kulit & rambut, namun ia tidak boleh tersimpan di dalam tubuh dengan sendirinya, oleh kerana itu diperlukan makanan yang bergizi atau suplemen untuk melengkapinya dengan sempurna.

Sumber : Setiap hari setidaknya minum 250cc susu, makanan seperti kacang tanah, dll.

2. Tubuh lemah : Kurangan zink

Ciri-ciri : Kekebalan tubuh menurun, kehilangan nafsu makan, pertumbuhan lembab, rambut gugur, fungsi alat perasa akan menurun.

Jika kamu terasa kurang selera atau tidak lalu makan kemungkinan badan kamu kekurangan zinc.

Sumber : Daging lembu atau kambing kaya akan kandungan zinc, nak senang pi makan steak.hehehe


3. Penyakit mata : Kurang vitamin A

Vitamin A bukan hanya faktor penting yang dapat menjaga kesihatan mata, namun ia juga penting bagi sistem pencernaan dan pernafasan. Vitamin A mampu mencegah bakteria atau virus yang membahayakan tubuh kita.

Oleh kerna itu apabila kamu kekurangan vitamin A, selain dari mata kamu ada perubahan yang teruk,ia juga mampu membahayakan sistem pernafasan dan pencernaan.

Sumber : Setiap hari makan sedikit kerang, sayur sawi atau makan hati 1-2 kali setiap minggu.


4. Mudah emosi : Kurang zat besi

Kekurangan zat besi bukan hanya dapat menyebabkan anemia, namunia juga bisa membuat emosi kamu sangat tidak stabil dan mudah marah serta naik angin tidak menentu.

Zat besi sangat penting untuk membantu tubuh kita memproses sel darah merah, khusus bagi perempuan yang sedang datang bulan, zat besi akan semakin penting untuk menambah kesegaran tubuh dan mencegah emosi yang tidak stabil serta menyebabkan kamu terus dalam keadaan down atau suram.

Sumber : Daging merah seperti daging lembu atau kambing, telur ayam, kacang, sayur hijau, selain itu kamu juga harus perbanyak makan vitamin C yang baik untuk penyerapan zat besi.

5. Kaki bengkak : Kurang kalium

Kalium sangat penting untung mengatur keseimbangan darah dan air di dalam tubuh.

Kekurangan kalium dalam jangka panjang dapat menyebabkan aritmia, keadaan saraf yang tidak normal, seperti ketika kamu kekurangan air setelah bersukan. Kekurangan kalium juga boleh menyebabkan mudah kram, dalam jangka panjang boleh menyebabkan bagian tubuh bengkak, terutama di bahagian kaki.

Sumber : Kita boleh menambah kalium dari pisang setelah bersukan untuk mencegah kram, selain itu buah-buahan dan sayuran juga boleh menambah kalium bagi tubuh.

6. Badan pegal-pegal/sakit : Kurang vitamin D

Orang yang kurang terkena sinar matahari dan kekurangan vitamin D akan lebih mudah mengalami sakit badan atau sengal. Vitamin D nutrisi tubuh yang tidak dapat disintesis, jadi sangat penting untuk memenuhi kebutuhannya.

Vitamin D juga penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi.

Sumber : Mengonsumsi ikan berminyak 2 kali seminggu seperti ikan salmon atau sardin, selain itu kamu juga harus berjemur di bawah sinar matahari untuk dapat vitamin D, ada sesetengah pakar cahaya matahari sebelum jam 10 pagi waktu sesuai.

Apa² skalipun...vitamin itu penting sekiranya anda jenis yang tak makan ikut piramid makanan...lagi² lah penting nya pengambilan vitamin


Berminat??

Whatsapp 012-9569686
Ebby 919801


🔥KALSIUM TERMENDAP DALAM SALUR DARAH🔥

Dalam salur darah kita, selain kolesterol, yg boleh melekat di dinding salur darah ni ada byk lg benda termasuk kalsium.

Bila kalsium termendap, ia dinamakan calcification. Kesan calcification ni, ia mengeraskan bahagian yg dia termendap tu. Banyak tempat ia boleh termendap selain salur darah sepeerti otak, breast, sendi & buah pinggang. Itu yg jadi batu karang.

Adakah benda ni terjadi sebab kalsium berlebihan? TIDAK.

Mengikut kajian dr Universiti Harvard, pengambilan kalsium takde kaitan dgn batu karang & apa2 saja penyakit dr calcification ni. Makan kalsium ke tak makan ke, sama je risikonya.

Punca utama yg dikenalpasti adalah kecederaan dalaman, jangkitan, genetik, masalah auto-imune, & pernah jalani pembedahan.

Jadi jgn takut nak makan kalsium takut kena batu karang..tak ada.

Adakah ia boleh dirawat?

Menurut  International Journal of Molecular Sciences, mereka ada buat test utk mengkaji penyebab calcification... Kalsium bukan penyebab. Tapi....

- pengawet makanan
- makanan diproses
- lemak trans
- gula

Cuba kurang atau jgn makan benda2 di atas kalau boleh lah...

Utk suplemen, dalam report yg sama mencadangkan:

- Resverstrol (Vivix)
- Omega Guard

Bawa2 la jaga pemakanan ya!

Ouh ya...Bulan ni Promo Ostematrix masih berlansung ya...

Jom tengok testimoni bawah


Berminat nak dapatkan Produk Shaklee?

Hubungi Ebby : 012-9569686

atau boleh buat belian atas talian dengan menekan butang di bawah

Image result for buy now purple