Showing posts with label Berpantang. Show all posts
Showing posts with label Berpantang. Show all posts

Set Berpantang Moden Terbaik

Sekarang ni rata-rata bakal ibu-ibu akan menggunakan google atau FB group untuk mencari maklumat. Macam itu jugak ebby, 1 masa dulu ebby jugak google untuk mendapatkan sesuatu maklumat dan bertanya pula di group-group tertentu. Maka, akan keluarlah macam-macam jenama set pantang yang di rekomen. Rambang mata nak pilih kan?

Tapi, hari ni ebby nak share mengenai set pantang shaklee. Waktu melahirkan 2 orang anak ebby Afrina dan Auni memang ebby menggunakan set pantang shaklee dan sehingga sekarang pun masih pengguna setia vitamin-vitamin shaklee.

Seperti yang kita tahu, kebanyakkan set bersalin yang berada di pasaran mengandungi herba. Dan kalau baby joundice atau lebih dikenali dengan nama demam kuning, doktor tak benarkan kita ibu yang menyusukan anak untuk mengambil apa-apa herbal. 

Dengan set bersalin shaklee, anda tak perlu risau kerana ianya bebas herbal & dijamin selamat untuk ibu & bayi. Boleh diambil seawal sejam selepas proses kelahiran (ibu yang makan ya, bukan bayi...jangan salah faham pulaks). Tempoh berpantang anda akan menjadi sangat mudah kalau anda mengambil set berpantang moden daripada Shaklee ni.

Set Berpantang Moden Terbaik Shaklee, Set Berpantang, Set Berpantang bukan Jamu, Set selepas bersalin, Set berpantang shaklee, Berpantang, Bersalin, Set berpantang shaklee kuala terengganu, set berpantang shaklee ready stock, set bersalin shaklee kuala terengganu
Set Berpantang Moden Terbaik Shaklee
Set ini mengandungi 6 jenis Vitamin;

VITALEA

Mengandungi 28 jenis vitamin termasuk Vitamin A,B,C,D,E, kalsium, zinc, iron dan sebagainya. Juga dikenali sebagai multivitamin. Vitalea berfungsi untuk memberi tenaga kepada ibu yang baru bersalin & sekali gus bayi yang menyusu juga akan mendapat khasiatnya.

B-COMPLEX

Ia memberikan anda mood gembira. Sangat penting bagi mengelakkan angin meroyan semasa berpantang. B Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh badan bagi menggantikan vitamin B yang hilang semasa proses mengandung & kehamilan. Vitamin B adalah penting bagi menjaga kesihatan jantung, sintesis, DNA, memberi tenaga & mengurangkan stres bagi ibu yang sedang berpantang.

Lazimnya, ibu berpantang kekurangan tidur kerana jadual tidur bayi yang tidak menentu di samping bayi yang kerap menangis. Tambahan pula tubuh badan kita masih dalam proses untuk recover selepas 9 bulan 10 hari mengandung & melalui proses kelahiran yang memenatkan. Oleh itu, B-Complex adalah satu kemestian untuk ibu berpantang.

VITAMIN C

Ia merupakan Anti oksidan, menguatkan sel, menjaga kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah ibu yang baru melahirkan.

ESP

Memberikan tenaga & memekatkan susu. Merupakan sumber Protein yang mengandungi 9 jenis asid amino perlu badan.

OSTEMATRIX

Kaya dengan kalsium. Ia membantu kita mengatasi masalah sembelit dan membekalkan kita kalsium yang mencukupi. Ibu yang menyusukan bayi memerlukan kalsium yang secukupnya supaya gigi tidak bergoyang dan tidak mudah sakit-sakit badan.

ALFAFA

Ia sangat penting untuk kita, wanita yang ingin bahagian intimnya sentiasa seperti anak dara kerana ia terkenal sebgai jamu moden. Ia juga bertindak sebagai milk booster. Banyak khasiat alfafa ni tau.

OMEGA GUARD

Omega Guard yang kaya dengan EPA dan DHA juga mengandungi Omega 3. Ia merupakan minyak ikan yang terbaik didunia. Omega Guard juga berfungsi sebagai anti inflamasi. Dalam masa yang sama sangat bagus untuk ketahanan badan dan untuk otak juga jantung.

Berminat nak dapatkan set berpantang moden terbaik Shaklee boleh hubungi Ebby sekarang atau boleh membuat belian atas talian dengan menekan Buy Now di bawah.



Rawatan Meruang Faraj Yang Wanita Wajib Tahu

Pernah dengar word 'Meruang' tak? Dulu waktu kawan sebut ebby ni terpinga² tak tau apa² (kah³)

kali ni nak kongsi tips untuk wanita yang ramai tak tahu tapi ebby pernah buat cuma tak tahu apa istilahnya. Harap² lepas ni kita dapat amalkan untuk kebaikan diri sendiri.

Apa itu meruang faraj?

Meruang faraj ialah memasukkan jari telunjuk ke dalam faraj & mengorek keluar sisa kotoran dari dalam faraj. Dilakukan ketika mandi hadas selepas haid atau setiap kali selepas bersama suami.

Bagi wanita di dalam pantang, meruang faraj perlu dilakukan untuk memastikan tiada darah nifas yang tertinggal di dalam faraj bagi tujuan untuk beribadat kelak.

Wanita yg rajin meruang faraj dgn air sireh ataupun minyak serai wangi mampu memiliki faraj yang bukan sahaja bersih malah TIDAK BERBAU seperti ada ada kuntuman bunga yang tengah segar mewangi. Wangi ke?he³…itu kena tanya suami uols laa

Bidan dahulu kala sangat menitikberatkan kemantapan dan kebersihan faraj setiap kali habis tempoh berpantang kerana dapat Mengelakkan keluarnya bau bangkai dari faraj akibat kotoran darah nifas yg tertinggal, Mencegah dari keputihan, Salah satu usaha mencegah dari penyakit kelamin kerana jangkitan atau penyakit puan seperti cyst, fibroid, polaps mahupun kanser pangkal rahim, Memantapkan tiang seri kenikmatan suami isteri & penting untuk Kesihatan rahim dapat dipelihara jika kebersihan dijaga rapi.

POSISI MERUANG

1. Duduk di atas toilet bowl
2. Berdiri dengan 1 kaki di angkat atas toilet bowl
3. Mencangkung dengan satu lutut ke bawah

CARA MERUANG

1. Bersihkan jari dengan pencuci tangan (Hand Sanitizer)

2. Masukkan jari anda sedalam mungkin (sehingga ruas ke 3 jari-lihat gambar) sambil rilekkan paha , perut dan bahagian ari². Jika korang anak dara, memadai jika masukkan jari sehingga ruas pertama sahaja. Jangan berlebih karang pecah dara pulak jangan salahkan hakak pulak.

3. Korek dicelah² dinding dalam faraj. Kalian akan rasa bahagian menggerutu. Pusing dan korek keluar segala lendir, keputihan, lebihan darah atau sisa mani.

- Melalui proses ini…kalian akan dapat merasa “kemantapan” tiang seri. Jika bahagian dinding dalam terasa keras menggerutu seperti gigi…maka ia bermaksud faraj anda sangat2 memuaskan hati suami. Jika faraj anda terasa longgar, tiada gigi dan berlecak….maksudnya faraj anda tidak rapi.

4. Selepas dikorek. bilas sehingga bersih.

Lepas dah meruang, bilas dan lap kering. Lakukan setiap pagi dan malam sebelum tidur.

Ini juga merupakan cara² untuk memastikan kita bersih dari berhadas besar. Jika ada lagi darah selepas diruang farajnya beberapa kali. wanita itu tidak wajib solat.

Selamat mencuba!

Ops buat ibu² yang gemar bertangkas, korang boleh cuba bertangkas dengan alfafa shaklee. Ibu² dalam pantang tu sangat² la recomended.

Kalau dulu bertangas menggunakan kunyit hidup, jintan manis, halba, garam kasar dan perahan air limah nipis sekarang lebih mudah dengan adanya alfafa atau blh mencampurkan bahan² asas dengan alfafa.

Harga alfafa RM53.75 (330biji), RM97.50 (700biji)

Berminat untuk dapatkan alfafa atau supplement shaklee boleh hubungi di talian

Jugak boleh whatsapp ebby dengan menekan butang INI 


7 Aspek Penting Semasa Berpantang!

"Menjadi seorang ibu adalah belajar tentang kekuatan yang tidak kau tahu kau miliki,
dan menghadapi ketakutan yang tidak kau pernah kau tahu kau ada."

Alam keibuan memegang tempat yang teristimewa dalam perjalanan hidup anda - saat yang akan anda sentiasa ingat tidak kira betapa sukar pun ia. Keletihan mengandung, kesakitan bersalin dan berulang-ulang meneran semuanya jadi berbaloi apabila anda mendengar tangisan pertama bayi anda.

Dalam tempoh selepas bersalin ini, setiap ibu mahukan segala yang terbaik untuk bayi mereka, tetapi jangan lupa bahawa kesihatan ibu juga sama penting atau mungkin lebih lagi.Tempoh selepas bersalin dikenali sebagai tempoh berpantang, adalah masa untuk ibu-ibu berehat, memulih dan mengembalikan tenaga dan kesihatan mereka. Walaupun terdapat banyak tradisi dan khurafat semasa berpantang, hanya satu matlamat sahaja yang diutamakan oleh semua budaya; untuk memulihkan kembali kesihatan tubuh ibu dan menguatkan dirinya untuk menjaga bayinya.

Ibu yang kuat sering dikaitkan dengan bayi yang sihat dan gembira, jadi ibu-ibu harus bermula dengan langkah yang betul iaitu menjaga diri mereka sendiri.

Bayi yang Sihat Bermula dengan Ibu yang Sihat

Tahniah!
Anda kini seorang ibu; tetapi jangan lupa, walaupun bayi anda adalah keutamaan no 1 anda, anda tidak sepatutnya mengabaikan kesihatan diri sendiri, terutamanya sebaik sahaja selepas bersalin dan sepanjang tempoh berpantang. Sebagai ibu baru, badan anda telah melalui banyak fasa dalam tempoh 9 bulan yang lalu. Sudah tiba masa untuk membantunya mendapatkan kembali tahap tenaga, dan membina kekuatan serta kesegaran untuk tahun-tahun mendatang!

7 Aspek Penting Semasa Berpantang

1. Diet Yang Sihat Dan Berkhasiat
Masa berpantang adalah masa terbaik untuk ibu-ibu mendapatkan nutrien bagi meningkatkan lagi kesihatan mereka selepas melahirkan. Makanan seperti halia, bawang putih, minyak ikan, kurma merah, vitalea dan ostematrik memberikan kehangatan kepada badan, membuang gas dan menyuburkan badan, manakala ikan air tawar disyorkan untuk penyembuhan dalaman. Makanan ikan sejuk seperti timun, tembikai dan kelapa harus dielakkan kerana ia dipercayai boleh memudaratkan limpa dan perut. Pengambilan makanan pedas, alkohol dan kopi juga perlu dikurangkan.

2. Rehat Badan Anda
Rehat adalah bahagian yang sangat penting selepas bersalin agar seluruh tubuh dan minda dapat dipulihkan. Melahirkan anak bukanlah sesuatu yang mudah dan perubahan badan anda juga berlaku dengan cepat, kini adalah masa untuk segala-galanya kembali kepada normal secara perlahan-lahan.

3. Nikmati Urutan Selepas Bersalin
Lebih daripada sekadar bersantai, urutan tradisional Melayu untuk ibu selepas berssalin dipercayai dapat meningkatkan peredaran darah, membuang lokia, membantu 'mengangkat' rahim, memecahkan lemak dan membentuk semula badan.

4. Menyusu Bayi Adalah Perkara Terbaik
Susu ibu adalah salah satu anugerah terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh bayi, malah boleh berubah berdasarkan umur dan keperluan bayi anda. Sekiranya anda bercadang untuk menyusukan bayi anda, adalah dinasihatkan untuk bermula dengan segera bagi merangsang pengeluaran susu. Sejenis sup tradisional Cina yang dipercayai dapat meningkatkan bekalan susu ibu adalah sup ikan yang direbus bersama betik muda atau hijau, halia, air dan garam sehingga airnya bertukar menjadi warna 'susu'.

5. Dapatkan Sokongan Emosi
Sebagai ibu yang baru, anda mungkin berassa keliru dengan pengalaman asing ini. Jangan simpan kebimbangan dan kerisauan anda, sebaliknya carilah ketenangan dengan berkongsinya berssama seseorang. Berbincanglah dengan ibu-ibu lain, kumpulan sokongan, ibu bapa atau pasangan anda.

6. Tidur Yang Mencukupi
Salah satu cara terbaik untuk memulihkan badan anda adalah melalui tidur. Walaupun mungkin kelihatan mustahil dengan adanya bayi, cuba cari masa untuk tidur sekejap kerana tidur bukan sahaja dapat merehatkan badan, tetapi turut membantu mengawal emosi dan mengelakkan kemurungan.

7. Hubungan Dengan Bayi
Gunakan masa istimewa ini bersama bayi anda dan bina ikatan yang kuat antara satu sama lain. Melihat senyuman pertama mereka dan mendengar ketawa pertama mereka membuatkan alam keibubapaan anda sangat berharga.

Seri Ibu

Pemakanan seimbang adalah salah satu cara terbaik untuk ibu-ibu mendapatkan kembali kessihatan mereka di samping membekalkan susu ibu yang kaya dengan nutrien kepada bayi. Vita-Lea Iron Formula Shaklee merupakan salah 1 multivitamin yang paling lengkap. Ia juga merupakan supplement Organik yang mudah diserap.
Jika anda sedang menyusukan, pengambilan kalsium juga penting untuk mengekalkan kesihatan tulang kerana wanita sering dikatakan kehilangan 3-5% jisim tulang semasa menyusukan. Tambahkan kalsium anda dengan Ostematrix.
Semasa berpantang, ibu sering berdekatan dengan bayi mereka dan tidak boleh dibiarkan jatuh sakit sama sekali! Bukan sahaja bayi anda boleh turut sakit, tetapi tahap tenaga anda juga akan berkurangan untuk menjaga bayi anda. Oleh itu Sustained Release Vita-C Plus meningkatkan imuniti anda untuk pengalaman selepas bersalin yang lebih lancar.


Set Berpantang & Menyusu Shaklee Lengkap!

Jika berminat untuk mendapatkan Set Berpantang & Menyusu Shaklee
boleh hubungi saya di talian 012-956.9686 atau boleh membuat belian atas talian dengan menekan button Buy Now di bawah






Sakitnya Bentan Bersalin



Pengalaman ebby hampir bentan mengajar ebby betapa pentingnya menjaga Pantang Ketika Berpantang Bersalin...

Jangan Sampai Kena Bentan.

6 Fakta Wanita Bersalin Mesti Tahu!

Masalah bentan sering dikaitkan dengan wanita dalam tempoh pantang bersalin. Apakah sebenarnya bentan? Bentan bermaksud sakit semula setelah hampir sembuh semasa proses rawatan selepas bersalin.

Maksudnya jika ibu tidak menjaga diri ketika tempoh rawatan, dia berisiko untuk mengalami sakit semula atau bentan. Ada ibu mengalaminya pada penghujung tempoh berpantang atau selepas selesai melalui pantang.

Tanda dan sebab bentan:

◾ Mengambil makanan sejuk atau terlanggar benda keras. Akibatnya badan berasa sejuk dan seperti hendak pitam. Ia berlaku kerana dalaman badan ibu masih belum sembuh sepenuhnya.

✔ Sekiranya mengalami keadaan ini, sukar untuk ibu sihat dengan segera. Ada yang mengalaminya berminggu-minggu bahkan ada yang sampai berbulan sebelum kembali sembuh.

Jenis bentan:

1. Bentan urat
Badan menjadi lemah seperti demam, bias-bisa urat dan sendi badan seperti lutut menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengah hari, seluruh otot badan tegang dan kejang. Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal lasak. Rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan keadaan ini.

2. Bentan urat peranakan/urat rahim
Sakit di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau terjatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.

3. Bentan urat besar (pinggang)
Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Biasanya ia terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean. Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berdingkit-dingkit.

Bagi mengelakkan ibu terkena bentan, penjagaan diri ketika tempoh berpantang perlu diberi perhatian serius.

☑  Banyakkan berehat
Selepas bersalin, ibu perlu banyak berehat, jangan terlalu aktif membuat kerja rumah atau mengangkat objek berat termasuk memandikan bayi. Minta bantuan daripada suami atau penjaga lain untuk membantu.

☑ Elak jangkitan kuman
Ibu selepas bersalin mudah mendapat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing. Oleh itu jaga kebersihan diri anda untuk mengelakkan jangkitan kuman.

☑ Jaga pemakanan
Pemakanan turut mempengaruhi masalah bentan. Oleh itu pastikan ibu mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat khusus untuk ibu berpantang.

 Antara makanan bersifat sejuk dan boleh menyebabkan wujud angin dalam perut yang mesti dielakkan seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kubis, terung, nangka muda.

Pssttt bentang boleh terkena sehingga usia anak 3Bulan (Jaga Pemakanan dalam pantang sehingga anak berumur 100hari sekurang²Nya)













Posted via Blogaway