Showing posts with label ESP (Soy Protein Isolate Powder). Show all posts
Showing posts with label ESP (Soy Protein Isolate Powder). Show all posts

Pengalaman Ramadhan dengan Set Puasa Shaklee



2015-2023 kejap je masa berlalu. dah tahun ke 8 kami sekeluarga berpuasa dengan SET PUASA SHAKLEE

Teringat dedulu memula nak cuba Set Puasa Shaklee, Ebby la manusia paling ragu-ragu. Mana tak nya Ebby ni sejenis susah nak telan supplement-supplement jenis cecair mahupun yang bancuh tambahan pulak ebby pernah cuba ESP tahun 2012-2013-2014 tapi takleh telan wooiii siyes tak lalu nak telan dan sejujurnya last-last jadi baja tanah.


Jadi sebab ramai kawan-kawan yang ada pengalaman sama dan dah serik sini Ebby nak share Pengalaman Ramadhan dengan Set Puasa Shaklee sangat-sangatlah luar biasa. Jangan serik mencuba selagi kita tak jumpa taste yang kena dengan tekak kita.

Beauty Mango Smoothie

Macam Ebby sendiri mula jatuh cinta dengan ESP dengan resepi Beauty Mango Smoothie ni dan sejak itulah Ebby mula jatuh cinta dengan ESP ni. rupanya sedap je tak sama langsung dengan pengalaman minum masa tahun 2014 dan sebelumnya. Maklumlah dia punya kandungan pun makin di 'upgrade' kan.

Berbalik kepada pengalaman Ebby berpuasa tahun pertama dengan Set Ramadhan Shaklee dulu terkenal dengan Set 3 Mighty Gem dalamnya ada ESP, MealShake dan Perfomance Drink. Kalau nak ebby cerita tentang rasanya kang ada citerasa kita tak sama. Tapi, Ebby nak cerita tentang apa yang badan kita rasa sewaktu ambil ketiga-tiganya sewaktu sahur.

Ebby memilih untuk mix ketiga-tiganya didalam shaker dan bancuh. Rasanya seperti yogurt oren atau fresh oren susu. Ok, bagi yang ada masalah gastrik teruk macam Ebby atau perut mudah bloated, susah nak sahur (makan awal) ebby sangat-sangat la cadangka  ambil.

  1. Sejak 2015 hingga now boleh kira dengan sebelah tangan je berapa kali ebby kena serangan gastrik atau bloated. Sebab ebby ni sejenis tak boleh sarapan atau makan terlampau awal.
  2. Walau hanya bersahur dengan Protein Shake, perut tak mudah lapar berbanding sahur dengan nasi jam 10 pagi dah mula rasa lapar.
  3. Betenaga sepanjang hari.
  4. Tidak mudah dahaga walaupun berpuasa dalam keadaan cuaca panas.
  5. Boleh turun berat dengan mudah, sedangkan kalau berpuasa tanpa sokongan Set Ramadhan, nak kurangkan berat 100g pon sangat lah susah.
  6. Kulit makin cantik.
  7. Sewaktu 2015 tu Ebby berpuasa sambil tenderm nursing, alhamdulillah walau menyusu 2 orang serentak badan tak mudah penat.
  8. 2018 - 2020 pulak Ebby berpuasa semasa mengandung dan menyusu.
Jadi, kalau nak share pengalaman tersangatlah banyak. Bukan je sewaktu dalam keadaan biasa tetapi sewaktu mengandung jugak menyusu.




Memandangkan bulan Mac 2023 ni kita ada Promosi Set Ramadhan Shaklee, Jika anda berminat nak ambil peluang promosi bolehlah buat pesanan di SINI

Sini Ebby nak share juga pengalaman mereka yang dah amal Set Puasa Shaklee







Sebenarnya banyak lagi sharing dan pengalaman berpuasa daripada mereka yang telah menggunakan Set Berpuasa Shakle ni. Korang semua boleh juga baca entri kawan ebby ni yang share jugak pengalaman beliau berpuasa dengan Set Shaklee. Boleh baca entri ni juga Set Puasa Shaklee Beri Kenyang Lama.



8 Resepi Sedap dan Mudah ESP Shaklee




Assalammualaikum semua 😊 Sebab ebby dah jatuh cinta ngan ESP Shaklee, kiranya produk HOT Shaklee ni kan? so, ebby nak bantu uols yang tak suka minum soya dan juga susu (ebby lah tu!) dulu la, sekarang ni menjadi penggemar setia ESP & Fresh Milk 😉

Makan ESP, Minum ESP, Masker ESP, Tidur ESP, Mandi ESP, Tido Peluk Tong ESP tu ha pastu Mimpi ESP sama 😀! Ceritanya bulan Mac 2016, masa tu Promotion Buy 6 Free 1, ebby beli kengkonon nak jual sbb tau kalau minum 1 tong tu berbulan-bulan amik masa nak abiskan. Tapi macam kena sumpah lak, minum smpai 2-3 tong sebulan berlumba-lumpa ngan encik suami ku yang hensem.

Yang mana duk terbayang-bayang apalah rasa ESP shaklee ni, korang tak yah sibuk duk bayang-bayang yang tak boleh telan bagai lah sebab sesungguhnya ESP ni banyak resepi dan semestinya sedap gila sebenarnya bila di explore. Perlu diingatkan korang jugak jangan lah membayangkan y ESP ni macam SOYA pasar malam mahupun SOYA kotak yang berlambak-lambak di pasaran tu yeah sbb jauh langit dengan bumi tau.

ESP Shaklee tiada bahan pewarna, tiada bahan perasa, tiada gula tambahan dan tiada pengawet maknanya, ianya 100% semula jadi dan Non-GMO Soy!

Ok buat korang-korang yang takut sangat tak boleh telan tu, nah ebby bagi resepinya di sini... bukan 1 @ 2 tetapi 23 resepi yang superb mabeles...

Banana Oat Protein Smoothie

Protein & Fiber Rich Smoothie

Shaklee Mango Smoothie
Kale Boostet Smoothie
Mangosteen Energizer


Summer Strawberry - Basil Smoothie

Beuty Mango Smoothie
Strawberry Lemonade Shake




Tapi INGAT ada 3 PANTANG LARANG terbesar untuk anda semasa membancuh ESP
  1. Jangan membancuh ESP dengan AIR PANAS / AIR SUAM. MESTI menggunakan AIR SEJUK / SUHU BILIK
  2. Jangan membancuh ESP dengan TEH / KOPI
  3. Jangan membancuh ESP dengan minuman berkabornat!
Selagi tidak melanggar pantang larang tersebut, anda bebas mencuba resepi ESP dengan apa sekalipun kerana ESP sangat best! termasuk boleh membuat smootie...ops tak de pulak resepi smootie di atas...

Nanti ebby kongsikan resepi-resepi ESP Smootie pulak ya!

Selamat mencuba!

eh sebelum terlupa, korang tau tak macam mana nak dapatkan ESP ni? kalau tak tau, boleh hubungi EBBY - 012-956.9686 @ email : ebby.shaklee@gmail.com 


Masalah Hormon penyebab Haid Berpanjangan!

Tak pernah seumur hidup saya darah haid berlarutan lebih dari 15 hari.

Tiba-tiba bulan lepas darah saya tak mahu berhenti. Bahkan pada hari ke - 18, darah yang sepatutnya kering menjadi banyak semula.

Saya mula risau, ada fibroid ke? Atau cyst ke?

Atau, penyakit yang ramai wanita takut. Tak berani nak sebut

Lantas saya jumpa pakar sakit puan.

Alhamdulillah doktor check semua ok. Cuma mungkin ada masalah hormon, jadi darah tiba-tiba keluar berlarutan.

Doktor bagi ubat untuk hentikan darah. Doktor bagitau keadaan saya ini mungkin ambil masa lebih 3 bulan untuk pulih kembali.

Stress rasa.

Saya sangat tak selesa bila setiap kali mahu solat, saya perlu bersihkan darah dan tukar pad.

Takkan kena hadap selama lebih 3 bulan?

Saya Google nama ubat tersebut untuk baca side effect ubat.

Long story cut short, saya decide untuk detoks dengan Set Detoks Shaklee terlebih dahulu, ubat hold kejap.

Saya tahu pemakanan saya setakat ini dah tak berapa clean, dan kebanyakan penyakit adalah sebab toksin banyak sangat dalam badan.

Kalau seminggu tiada perubahan, baru saya akan cuba ubat doktor.

Saya mulakan dengan ESP yang dibancuh bersama Nutriferon dan Performance Drink, makan sekali GLA, DTX, Peppermint Ginger, Alfalfa.

Kemudian saya tambah Vitamin C dan Omega Guard.

Saya juga elak makanan bergula, roti putih dan kafein.

Mula-mula bantai je, tapi bila ambil benda-benda tu, nampak darah banyak balik. So saya pause.

Alhamdulillah hari pertama saya makan, darah berkurangan sehingga dah tidak perlu pakai pad.

Hari-hari seterusnya darah semakin sedikit dan akhirnya hanya discharge jernih yang keluar.

Terkini, selepas seminggu konsisten Set Detoks versi saya ini, saya hampir bersih dari darah.

Keputihan petanda darah kering, telah mula muncul.

Syukur alhamdulillah. Syukur.

Tak perlu dah hadap darah tak berhenti 3 bulan.

Jemput comment 'I love shaklee' 😘

Cerita : Khadeejah



Tips Mudah Turun Berat Badan dengan Olahraga

Setiap orang mengimpikan bentuk dan berat badan yang ideal. Bagi mendapatkan badan yang langsing, ramai antara kita sering mengira kalori dalam makanan. Namun, adakah cara itu berkesan dalam mengawal berat badan? Melakukan aktiviti olahraga merupakan satu daripada cara terbaik untuk membakar kalori dalam badan, sekali gus membantu membuang lemak yang tidak diperlukan.

Cara-cara membakar kalori dengan melakukan olahraga

Boleh mengecilkan betis
Lompat tali atau 'rope skipping' tidak hanya untuk kanak-kanak, malah orang dewasa juga boleh melakukan aktiviti itu. Lakukan lompat tali selama 1jam untuk membakar 700-800 kalori.

Larian merupakan aktiviti olahraga terbaik sepanjang masa. Berlari selama 1jam boleh membakar 600 kalori. Semakin tinggi keupayaan berlari, semakin banyak kalori dibakar.

Ada suka berenang?
Jika ya, aktiviti ini boleh membantu membakar 700 kalori dalam masa satu-satu masa.

Lakukan aerobik dalam air untuk mengubah suasana supaya lebih ceria danenyeronokkan ketika bersenam. Aktiviti ini bantu membakar 200-400 kalori.

Berlari atas 'treadmill' atau 'stepboard' adalah cara paling sederhana membakar lemak dalam tubuh. Dengan melakukan selama satu jam anda boleh membakar sehingga 600 kalori.

Tips
⚫Lakukan High Intensity Interval Training untuk tingkatkan daya tahan kardiovaskular. Aktiviti ini juga bermanfaat untuk meningkatkan denyut jantung.
⚫Aerobik adalah aktiviti olahraga yang mudah dilakukan. Aktiviti ini boleh membantu menguruskan badan dengan cepat jika dilakukan secara konsisten.
⚫Menari juga dikategorikan sebagai satu daripada aktiviti olahraga. Menarilah dengan lagu kegemaran anda dan anda pasti terkejut dengan hasilnya jika dilakukan dengan kerap.
⚫Jangan tinggalkan protin dalam proses penurunan berat badan supaya badan tidak menggeleber.

Saya pengedar sah shaklee seluruh malaysia
012-956.9686 (E.M)


7 Aspek Penting Semasa Berpantang!

"Menjadi seorang ibu adalah belajar tentang kekuatan yang tidak kau tahu kau miliki,
dan menghadapi ketakutan yang tidak kau pernah kau tahu kau ada."

Alam keibuan memegang tempat yang teristimewa dalam perjalanan hidup anda - saat yang akan anda sentiasa ingat tidak kira betapa sukar pun ia. Keletihan mengandung, kesakitan bersalin dan berulang-ulang meneran semuanya jadi berbaloi apabila anda mendengar tangisan pertama bayi anda.

Dalam tempoh selepas bersalin ini, setiap ibu mahukan segala yang terbaik untuk bayi mereka, tetapi jangan lupa bahawa kesihatan ibu juga sama penting atau mungkin lebih lagi.Tempoh selepas bersalin dikenali sebagai tempoh berpantang, adalah masa untuk ibu-ibu berehat, memulih dan mengembalikan tenaga dan kesihatan mereka. Walaupun terdapat banyak tradisi dan khurafat semasa berpantang, hanya satu matlamat sahaja yang diutamakan oleh semua budaya; untuk memulihkan kembali kesihatan tubuh ibu dan menguatkan dirinya untuk menjaga bayinya.

Ibu yang kuat sering dikaitkan dengan bayi yang sihat dan gembira, jadi ibu-ibu harus bermula dengan langkah yang betul iaitu menjaga diri mereka sendiri.

Bayi yang Sihat Bermula dengan Ibu yang Sihat

Tahniah!
Anda kini seorang ibu; tetapi jangan lupa, walaupun bayi anda adalah keutamaan no 1 anda, anda tidak sepatutnya mengabaikan kesihatan diri sendiri, terutamanya sebaik sahaja selepas bersalin dan sepanjang tempoh berpantang. Sebagai ibu baru, badan anda telah melalui banyak fasa dalam tempoh 9 bulan yang lalu. Sudah tiba masa untuk membantunya mendapatkan kembali tahap tenaga, dan membina kekuatan serta kesegaran untuk tahun-tahun mendatang!

7 Aspek Penting Semasa Berpantang

1. Diet Yang Sihat Dan Berkhasiat
Masa berpantang adalah masa terbaik untuk ibu-ibu mendapatkan nutrien bagi meningkatkan lagi kesihatan mereka selepas melahirkan. Makanan seperti halia, bawang putih, minyak ikan, kurma merah, vitalea dan ostematrik memberikan kehangatan kepada badan, membuang gas dan menyuburkan badan, manakala ikan air tawar disyorkan untuk penyembuhan dalaman. Makanan ikan sejuk seperti timun, tembikai dan kelapa harus dielakkan kerana ia dipercayai boleh memudaratkan limpa dan perut. Pengambilan makanan pedas, alkohol dan kopi juga perlu dikurangkan.

2. Rehat Badan Anda
Rehat adalah bahagian yang sangat penting selepas bersalin agar seluruh tubuh dan minda dapat dipulihkan. Melahirkan anak bukanlah sesuatu yang mudah dan perubahan badan anda juga berlaku dengan cepat, kini adalah masa untuk segala-galanya kembali kepada normal secara perlahan-lahan.

3. Nikmati Urutan Selepas Bersalin
Lebih daripada sekadar bersantai, urutan tradisional Melayu untuk ibu selepas berssalin dipercayai dapat meningkatkan peredaran darah, membuang lokia, membantu 'mengangkat' rahim, memecahkan lemak dan membentuk semula badan.

4. Menyusu Bayi Adalah Perkara Terbaik
Susu ibu adalah salah satu anugerah terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh bayi, malah boleh berubah berdasarkan umur dan keperluan bayi anda. Sekiranya anda bercadang untuk menyusukan bayi anda, adalah dinasihatkan untuk bermula dengan segera bagi merangsang pengeluaran susu. Sejenis sup tradisional Cina yang dipercayai dapat meningkatkan bekalan susu ibu adalah sup ikan yang direbus bersama betik muda atau hijau, halia, air dan garam sehingga airnya bertukar menjadi warna 'susu'.

5. Dapatkan Sokongan Emosi
Sebagai ibu yang baru, anda mungkin berassa keliru dengan pengalaman asing ini. Jangan simpan kebimbangan dan kerisauan anda, sebaliknya carilah ketenangan dengan berkongsinya berssama seseorang. Berbincanglah dengan ibu-ibu lain, kumpulan sokongan, ibu bapa atau pasangan anda.

6. Tidur Yang Mencukupi
Salah satu cara terbaik untuk memulihkan badan anda adalah melalui tidur. Walaupun mungkin kelihatan mustahil dengan adanya bayi, cuba cari masa untuk tidur sekejap kerana tidur bukan sahaja dapat merehatkan badan, tetapi turut membantu mengawal emosi dan mengelakkan kemurungan.

7. Hubungan Dengan Bayi
Gunakan masa istimewa ini bersama bayi anda dan bina ikatan yang kuat antara satu sama lain. Melihat senyuman pertama mereka dan mendengar ketawa pertama mereka membuatkan alam keibubapaan anda sangat berharga.

Seri Ibu

Pemakanan seimbang adalah salah satu cara terbaik untuk ibu-ibu mendapatkan kembali kessihatan mereka di samping membekalkan susu ibu yang kaya dengan nutrien kepada bayi. Vita-Lea Iron Formula Shaklee merupakan salah 1 multivitamin yang paling lengkap. Ia juga merupakan supplement Organik yang mudah diserap.
Jika anda sedang menyusukan, pengambilan kalsium juga penting untuk mengekalkan kesihatan tulang kerana wanita sering dikatakan kehilangan 3-5% jisim tulang semasa menyusukan. Tambahkan kalsium anda dengan Ostematrix.
Semasa berpantang, ibu sering berdekatan dengan bayi mereka dan tidak boleh dibiarkan jatuh sakit sama sekali! Bukan sahaja bayi anda boleh turut sakit, tetapi tahap tenaga anda juga akan berkurangan untuk menjaga bayi anda. Oleh itu Sustained Release Vita-C Plus meningkatkan imuniti anda untuk pengalaman selepas bersalin yang lebih lancar.


Set Berpantang & Menyusu Shaklee Lengkap!

Jika berminat untuk mendapatkan Set Berpantang & Menyusu Shaklee
boleh hubungi saya di talian 012-956.9686 atau boleh membuat belian atas talian dengan menekan button Buy Now di bawah






Regang, Pejal, Relaks

Kehamilan kadang-kadang boleh memberi tekanan - badan kita berubah dan hormon anda tidak seimbang - itulah sebabnya mengapa anda perlu melakukan aktiviti berimpak rendah seperti senaman dan urutan ringan kerana tekanan boleh menyebabkan masalah tingkah laku kepada anak di kemudian hari.

4 Senaman Mudah Pranatal

Berikut adalah beberapa senaman mudah yang boleh anda lakukan di rumah untuk mengekalkan tubuh yang aktif dan meregangkan pinggul, paha, teras badan dan belakang.

Mengangkat tangan dan kaki
Menguatkan otot-otot pada tangan dan kaki sambil meregangkan tulang belakang untuk merehatkan belakang badan

Lunges
Menyihatkan kaki, mengurangkan bengkak dan penahanan air

Tekan tubi yang diubah suai
Memejalkan lengan, bahu dan otot pelvik untuk membantu semasa bersalin

Regangan bahagian leher
Melegakan tulang belakang, leher dan bahu

Tips mengurut Isteri yang Hamil

Apabila badan perlu membawa berat tambahan, akan adalah lenguh dan sakit di mana-mana terutama di belakang, pergelangan kaki, bahu dan leher. Beberapa tempat agak sukar untuk dicapai, jadi apa kata adakan sesi pengikat kasih sayang dengan suami dan anda meminta dia melalakukan untuk anda?

  1. SAKIT BELAKANG - Suruh isteri berbaring mengiring dan urut perlahan-lahan menggunakan buku jari ke atas dan ke bawah di sepanjang tulang belakangnya
  2. KAKI LETIH - Angkat kakinya dan perlahan-lahan urut dengan gerakan membulat dari betis ke pehanya untuk melegakan bengkak dan/atau penahanan air.
  3. BAHU DAN LEHER - Dengan menggunakan ibu jari, urut perlahan-lahan dalam gerakan membulat pada tengkuknya untuk melegakan kesakitan dan teruskan mengurut di sepanjang otot-otot bahunya untuk melegakan sebarang kelenguhan.

AMBIL PERJATIAN:
  • Jangan gunakan minyak pati atau minyak urutan semasa trimester pertama
  • Elakkan kawasan perut
  • Elakkan titik tekanan seperti buku lali dan pergelangan tangan 
  • Sentiasa gunkan gerakan yang lembut dan tidak terlalu kuat 

http://getfitforbirth.com/a-mothers-emotions-effect-her-unborn-child/

trimester ke-2 (14 minggu)
adalah masa paling sesuai untuk mula bersenam.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik berbincang
dengan doktor anda terlebih dahulu!

  1. Merasakan gerakkan bayi di dalam perut
  2. Payudara semakin membesar
  3. Kesan regangan kulit
  4. Kesakitan di kaki
  5. Sedikit pembengkakan
  6. Sakit belakang, pelvik dan pinggang
  7. Hidung tersumbat, pendarahan hidung dan pendarahan gusi
  8. Kesakitan abdomen
  9. Gigi yang tercabut
  10. Pedih ulu hati
  11. Kontrasi 'Braxton Hicks'
  12. Jangkitan pundi kencing
Untuk huraian lebih detail, boleh tekan SINI

Kempen 'Women You're Amzing'
Ini merupakan bulan ke 3 dan merupakan bulan terakhir promosi untuk WANITA! Kenapa untuk wanita sahaja?



Sebabnya wanita merupakan tulang belakang setiap keluarga. Merekalah yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal rumahtangga, hal ehwal keluarga, makan pakai, anak-anak dan segala urusan rumahtangga. Kadang kala nak uruskan diri sendiri pun tak sempat kan?

Apa yang 'Amazing' sangat set ni ya?

  • Ianya terdiri daripada 5 set pilihan iaitu
  1. Gorgeous Set
  2. Pre Natal Set
  3. Post Natal Set
  4. Amazing Golden Set
  5. NutriWhite Skin Care System Set

*Menariknya dengan pembelian MANA-MANA set di atas kita layak dapat percuma 2 unit paperbag #liveamazing yang sangat comel dan kita juga berpeluang membeli eco friendly jute bag dengan harga RM12.72  (herga normal RM23) sahaja.


Nampak tak? JuteBag yang memang gojes kat blakang 2?
Besar tau...boleh jadi diapers bag n bawak ke hospital waktu bsalin nanti!

Buat suami : "Selain barang kemas, memberikan isteri sesuatu untuk kesihatan beliau pun merupakan 1 reward. Mana taknya, isteri anda kan sedang mengandungkan anak anda!"

Pembelian atas talian sila tekan butang BUY NOW atau boleh pilih butang esell pada side bar dan boleh buat pemilihan produk!


Lain-lain pertanyaan boleh email : ebby.shaklee@gmail.com atau whatsapp saya 012-9569686 (ebby)



Menyediakan Ruang Untuk SI PERMATA HATI

"Anak-anak adalah anugerah Tuhan, diutus hari demi hari untuk berkhutbah tentang cinta, harapan dan perdamaian." - James Russell Lowell

Bayi adalah satu keajaiban terbesar dalam hidup sebagai pengikat kasih sayang antara anda dengan pasangan anda. Apabila anda bersedia untuk memasuki fasa baharu sebagai ibu bapa dalam hubungan anda, bersedialah untuk menemukan makna baharu bagi cinta; cinta yang tidak bersyarat dan tidak mementingkan diri sendiri.

Memulakan sebuah keluarga dan menyediakan diri antara satu sama lain untuk menyambut kehadiran orang baharu memerlukan banyak persediaan, usaha dan komunikasi bagi membina sistem sokongan yang kuat.

Binalah asas yang kukuh untuk keluarga yang sihat dan bahagian dengan membuat perancangan awal.

Bersedia Untuk Menyambut Bayi Anda 
Baby Or Beer?

  • Berbincang dengan pasangan anda sama ada ingin memulakan keluarga sekarang atau 1,3 atau 5 tahun akan datang.
  • Periksa kewangan anda - adakah anda sudah bersedia dari segi kewangan?
  • Menyediakan diri antara satu sama lain secara fizikal - mengekalkan berat badan yang sihat bagi mengelakkan ketidaksuburan.
  • Memikirkan tetang penjagaan bayi - pengasuh, ibu bapa / mertua dan lain-lain
  • Merancang kerjaya - adakah anda berdua akan terus bekerja atau membuat pekerjaan sambilan, siapa yang akan menjaga bayi pada sebelah malam dan sebagainya
  • Pertimbangkan jika anda berdua sudah bersedia untuk menghadapi gaya hidup baharu.

Kesihatan Fizikal

Kehamilan mungkin mudah untuk sebilangan orang, tetapi kepada sebilangan yang lain ia merupakan satu perjuangan. Berikut adalah 7 perubahan gaya hidup yang mudah untuk membantu anda meningkatkan peluang mengandung.

7 Cara Meningkatkan Peluang untuk Hamil

1. Tidur awal dan dapatkan cukup rehat
  • Tidur membantu anda untuk berehat dan mengawal perubahan mood. Ia juga menghasilkan hormon liptin yang mempengaruhi ovulasi dan kitaran haid.
2. Bersenam secukupnya

  • Senaman berimpak rendah seperti berjalan pantas, bermain golf atau aerobiks ringan dapat membantu anda mengekalkan berat badan yang sihat dan meningkatkan peluang untuk hamil. Berat badan yang berlebihan atau obes mengurangkan peluang untuk hamil, selain meningkatkan risiko keguguran, diabetes gestasi dan tekanan darah tinggi
3. Relaks, bertenang
  • Tekanan boleh mengubah kitaran ovulasi dan pengeluaran hormon, seterusnya mengurangkan keupayaan anda untuk hamil. Bertenanglah dan biarkan ia berlaku secara semulajadi.
 4. Jaga kebersihan bahagian intim
  • Jangkitan yis (kulat) dan bakteria di kawasan intim wanita boleh menjejaskan kesuburan. Oleh itu gunakan produk pembersihan yang baik dengan herbal dan minyak semulajadi untuk menghilangkan kotoran dan bakteria berbahaya secara lembut tanpa menjejaskan bakteria yang baik
5. Bertukar kepada tuala wanita antibakteria
  • Semasa haid, tahap pH kawasan intim anda akan menjadi lebih beralkali dan mudah terdedah kepada jangkitan bakteria. Beralih kepada tuala wanita antibakteria, anti-jangkitan dan anti-kelembapan boleh meningkatkan peluang untuk hamil.
6. Pastikan kitaran haid yang tetap 
  •  Elemen paling penting untuk hamil ialah memastikan haid anda sihat dan tetap. Tanpa kitaran yang tetap, bukan sahaja sukar menentukan tempoh masa ovulasi anda, tetapi ia juga bermakna pengeluaran telur anda lebih perlahan.
7. Lindungi kesuburan lelaki
  • Nasihati pasangan anda supaya tidak meletak telefon pintar di poket depan atau di tali pinggang - atau di mana sahaja yang hampir dengan alat sulitnya - bagi mengelakkan sperma daripada terdedah kepada gelombang elektromagnet dan haba. 

Menentukan Jendela Kesuburan Anda

"Masa merupakan elemen paling penting bagi pasangan yang merancang untuk hamil. Jendela kesuburan setiap wanita adalah berbeza, tetapi jangan bimbang, berikut adalah beberapa tip bagaimana untuk mencari jendela kesuburan anda berdasarkan kitaran haid anda."


  • Ovulasi biasanya berlaku 2 minggu sebelum haid berikutnya. Jika haid anda tetap, anda boleh meramalkan tempoh ovulasi anda dengan tepat.
  • Kira-kira 6 hari sebelum ovulasi adalah tempoh paling optimum untuk mencuba untuk hamil. Peluang untuk hamil dalam tempoh 3 hari sebelum ovulasi dan semasa ovulasi adalah sebanyak 27-33%
  • Semasa ovulasi, mukus faraj biasanya lebih licin dan jernih.
  • Dapatkan aplikasi pengesanan haid pada telefon pintar anda untuk merekod kitaran haid anda, menentukan ovulasi dan jendela kesuburan anda, seperti Period Calendar, Period Tracker, MonthPal dan My Cycles.


"Ketidaksuburan melibatkan kira-kira 15% daripada penduduk Malaysia dan kira-kira 50-80 juta penduduk dunia. Ia merupakan satu masalah yang sangat biasa!"

Bagaimana Jika Saya Tidak Hamil Selepas 6 Bulan?

Berikut adalah apa yang anda perlu tahu tentang ketidaksuburan.

Pernahkah anda mengalami kesukaran untuk hamil walaupun selepas mencuba untuk beberapa bulan? Mungkin anda juga telah mencuba pelbagai teknik, posisi dan cara, tetapi masih tidak berjaya? Adakah ia normal? Ebby akan membantu anda menjawab soalan-soalan berikut :

Apakah ketidaksuburan?

Ketidaksuburan adalah :
  • Ketidakupayaan untuk hamil setelah mencuba selama 1 tahun untuk mereka yang berumur 35 tahun ke bawah.
  • Ketidakupayaan untuk hamil setelah mencuba selama 6 bulan untuk mereka yang berumur 35 tahun ke atas.
Apakah ketidaksuburan bergantung kepada jantina?
Bertentangan dengan kepercayaan biasa, ketidaksuburan bukan semata-mata isu wanita, tetapi merupakan masalah yang dihadapi oleh lelaki dan juga perempuan. Menurut persatuan Perubatan Reproduktif Amerika, kira-kira 40% daripada ketidaksuburan bgi pasangan sebenarnya atau disumbangkan oleh lelaki.

Sebab-sebab ketidaksuburan:
  • Umur (>38 Tahun)
  • Kitaran haid yang tidak teratur
  • Hormon tidak seimbang (lelaki dan wanita)
  • Jumlah sperma rendah / morfologi (bentuk kepala) / motiliti (kelajuan sperma)
  • Kerosakan tiub
  • Keabnormalan rahim / uterus



Mengatasi Ketidaksuburan

Apakah yang boleh dilakukan jika anda masih tidak hamil selepas beberapa tahun?

Apakah terapi konvensional yang boleh didapati di hospital / pusat rawatan?



Perubatan Tradisional Cina (TCM) - Dua Kali Lebih Berkesan!

Menurut satu tinjauan di dalam jurnal Complementary Therapies in Medicine, wanita yang dirawat dalam perubatan tradisonal Cina dalah dua kali lebih berkemnungkinan untuk hamil dalam tempoh 4 bulan berbanding mereka yang menjalani IVF atau mengambil ubat kesuburan.

Sejak zaman purba, orang Cina telah menggunkan herba untuk menyuburkan badan, menguatkan tenaga 'qi' dan memulihkan keseimbangan dalam sistem organ untuk kesihatan yang optimum. Jika anda mengalami ketidaksuburan - lelaki atau wanita - memulihkan badan anda dengan perubatan tradisional Cina mungkin akan memberi banyak manfaat dan juga boleh meningkatkan kessihatan umum anda.

Kelebihan Perubatan Traditioanal Cina
  • Bahan-bahan / herbal semulajadi dengan sedikit atau tiada kesan sampingan
  • Berkesan dan selamat
  • Rawatan holistik untuk seluruh badan
  • Mensasar dan merawat masalah dari akar, bukan hanya gejala

Selain itu, Shaklee juga mempunyai produk yang selamat digunakan untuk membantu merawat masalah kesuburan di kalangan pasangan


Untuk Isteri

  • GLA Complex - Membantu badan wanita untuk menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang berfungsi memberi ruang untuk sperma untuk terus hidup di dalam tiub fallopio sehingga 5 hari. Ia juga mengatur kitaran haid bagi memudahkan wanita mengetahui waktu ovulasi (subur) sekaligus meningkatkan lagi peluang untuk hamil.
  • Alfafa Complex - Membantu dalam hal-hal kewanitaan. Membantu mengurangkan keputihan sekaligus merapatkan vagina.
  • B Complex - Mengandungi asid folik yang amat diperlukan bagi wanita yang merancang untk hamil. Asid folik di awal kehamilan amat penting utnuk mengelakkan bayi dari mengalami spina bifida (sumbing tulang belakang). 
  • ESP (Energizing Soy Protein) - Membantu untuk membaiki dan membentuk tisu rahim. Selain itu ESP juga membantu penghasilan sel ovum dan sel sperma yang berkualiti sekaligus meningkatkan kesuburan dan peluang untuk hamil.

Untuk Suami

  • Vitamin E Complex - Lebih dikenali sebagai “VITAMIN CINTA”.  Kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai tenaga yang lebih dan menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengamalkan vitamin E. Manakala bagi wanita pula, pengambilan vitamin E sekurang-kurangnya selama 3 bulan akan membantu meningkatkan “sexual desires” dan menikmati hubungan cinta dengan lebih baik. Antioksidan yang seimbang dalam  vitamin E menghalang penghasilan radikal bebas akibat stress. Nitrik oksida pula membantu melancarkan peredaran darah pada alat sulit lelaki dan membantu ereksi dengan lebih baik. Oleh itu,vitamin E amat membantu kaum lelaki yang mengalami tekanan kerja dan masalah kesihatan. 
  • Zinc Complex - Membantu dalam pembangunan organ-organ seks dan menguatkan sperma. Hal ini menghasilkan sperma lebih kuat dan berkualiti.
  • Coq Health - Untuk kesuburan lelaki yang mempunyai masalah kualiti sperma. Terdapat kajian yang menunjukkan lelaki yang mengambil CoQ10 selama 6 bulan didapati kualiti air mani dan kuantiti sperma didapati bertambah. Didapati juga kuantiti sperma yang aktif juga bertambah di dalam lelaki yang mengamalkan CoQ10. Coqhealth Shaklee mempunyai fungsi antioksidan. Coq Health juga bertindak membekalkan tenaga kepada sperma. Keadaan ini meningkatkan pergerakan sperma. Sperma yang aktif meningkatkan kebarangkalian untuk bersenyawa dengan ovum.

Jadi, ingat kita hanyalah mampu merancang

Tuhan yang pemberi Rezeki.

Berminat untuk membeli SET KESUBURAN SHAKLEE boleh tekan pada gambar di bawah...


 Set Tanpa Zinc Complex & CoQ Complex
Set Tanpa Zinc Domplex & CoQ Health Tablet
Ops Bulan September ni ada Promosi Cantik
Boleh hubungi Ebby untuk dapatkan PROMO buy 6 free 1
or buy 2 get 5% less
email : ebby.shaklee@gmail.com
whatsapp : 012-9569686

Testimoni Set Kesuburan Shaklee:

Alhmdllh.....disini sya nk kngsi skit pnglman sya....setelah sthun sya mndrikn rmh tngga sy blm dkrniakn chaya mata....dan dua bln y lps sy cba set ksbrn shaklee berkat doa n sabar sy akhrye smlm sy ada brta gmbra...sy dsahkn hmil 5mnggu......doakn sy dan kdgn slmat ye..

Hi Dearies,
Saja nk share testimoni kt sini... Saya berkahwin hampir setahun.... saya mula ambil produk shaklee utk kecantikan kulit bermula april tahun lepas.. selepas saya berkahwin saya ambil ESP, vitamin E & Shaklee Collagen.. ada juga ambil GLA Complex utk period saya.... sejak berkahwin saya dan suami memang selalu je travel... kadang2 atas urusan kerja... kadang2 jalan2 je... Belum terfikir nak ada baby.. walaupun kami x pernah merancang.. mungkin belum ada rezeki..
Tapi.. lepas tengok kawan2 yang baru je kawin... terus je preggy.. membuatkan saya mula merasa yang saya pun teringin utk mengandung. Memang tak nak tunggu lagi... April lepas...saya contact ibu saudara saya merangkap shaklee distributor.. dia cadangkan saya ambil vitalea, b complex dan vitamin C di samping meneruskan GLA complex... untuk suami ambil vitamin E & Zinc utk kesuburan lelaki...
Harini, sudah 1mnggu period saya lewat... tekak mula rasa mual, pinggang rasa lenguh2... saya rasa pelik.. pagi tadi... sebelum mandi... saya terdetik utk cuba buat upt... memang ada je simpan dalam laci, since saya ni memang bekerja di hospital. Lepas saya titikkan urine pada alat tu... saya biarkan je.. dan pergi mandi.... lepas dh siap mandi... saya lihat sekali imbas je alat tu..saya terkejut sbb 'positive' saya terus kejutkn suami saya...die sangat teruja..tak tau nak cakap apa...smpai je di tempat kerja..saya recheck,but still same 'positive'.... Then saya ke gyne dctor utk scan.. alhamdulillah... janin sudah terbentuk dan berkeadaan amat baik di dalam rahim saya...
Alhamdulillah sekali lagi.... saya hamil selepas 2 bulan selepas mengamalkan set kesuburan Shaklee utk suami & isteri... kawan2 yang sedang mencuba jangan berputus asa ya... lambat atau cepat itu semua atas rezeki masing2.. yang penting Usaha... 

ALHAMDULILLAH, sy dh hamil dgn shaklee selama 2thn setengah menanti, sy period x teratur, ada cyst & pcos...shaklee amat membantu slps 5bulan sy amalkan dgn konsisten di samping masih menjalani rawatan pakar fertility...Doc fertility saya pun kagum n katakan ya kpd shaklee amat bagus utk membantu masalah kesuburan sy. Sy bersyukur dgn rezeki yg dikurnikan ole Allah pd bulan Shaaban ini...sy penah share di group ni dulu ttg pcos yg sy alami...Alahamdulillah kite hya usaha, hyatuhan yg tentukan rezeki kite..cume cpt & lmbt shj...jgn lupa utk berdoa tanpa jemu kpdNYA...sy doakan kalian yg mengalami masalah seperti sy jugak bole mengamalkan ape yg sy amalkan di dalam video ini...REZEKI ALLAH INI AMAT BEHERGA BUAT SY (^_^)
Moga kalian dpt mendoakan sy & baby ini sihat & selamat dilahirkan kelak...AMIN


ok sebelum berundur diri, video dibawah ni khas buat mereka yang ada masalah HAID tidak teratur,
jom tengok



Cantek Luaran datangnya dari Dalaman 👼

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera buat semua

Wanita dan Cantik ibarat isi dengan kuku, tak dapat dipisahkan.  semua nak cantik kan? Tipu lah kalau ade yang tak suka nampak cantik kan..he³  Tambah-tambah kalau si dia puji, lagi la kembang kan, berbunga² lah 1 hari kita... 

Cantik memanglah subjektif. Tapi, bila ada kulit yang licin dan halus, kita pun akan rasa lebih yakin untuk berhadapan dengan orang kan. At least sedap mata memandang tu 

Sejak Julai 2016 sehingga September 2016, Shaklee ade buat promosi khas buat Wanita²..Hari ni ebby nak citer tentang Set Gojes daripada Shaklee

Set Gojes Shaklee terdiri daripada:

1⃣ Energizing Soy Protein (ESP)

• ESP ni diperbuat daripada non-gmo soy yang mampu memberikan tenaga berpanjangan kepada kita.
• ESP ni juga kaya dengan protein. Jadi, sel-sel baru yang tumbuh akan lebih berkualiti dan cantik kerana mendapat protein yang berkualiti dan mencukupi. Kulit akan menjadi lebih halus dan muka akan jadi lebih ceria sebab kita sentiasa bertenaga.

2⃣ Vita-lea

• Vita-lea ni adalah sejenis multivitamin. Sangat penting untuk kita mengambil Vitalea bagi mencukupkan keperluan nutrien badan.
• Apabila badan mendapat vitamin yang cukup, badan akan jadi lebih sihat. Sel kita yang baru tumbuh dah cantik setelah ambil ESP tu, ditambah pula dengan pemberian zat yang cukup kepada sel, kulit akan jadi lebih cantik. • Disamping mendapat kulit yang cantik, badan juga akan jadi lebih sihat dan susah dijangkiti penyakit.

3⃣ Vitamin C

• Vitamin C membantu penghasilan kolagen semulajadi badan.
• Kulit akan menjadi lebih cerah dan tegang. • Vitamin C juga kaya dengan antioksidan. antioksidan ni dapat menyingkirkan radikal bebas dalam badan dan membuatkan kita lebih awet muda.
• Pengambilan vitamin C yang konsisten memang boleh mencantikkan kulit dan membuatkan kita kekal gojes mojes.

4⃣ GLA Complex

• Wanita dan hormon memang tak dapat dipisahkan. Bad mood masa nak datang bulan la, naik jerawat la dan macam2 lagi yang dikaitkan dengan hormon wanita.
• Sebab itu sangat penting untuk wanita ambil GLA bagi mengawal hormon dalam badan. Pengambilan GLA mampu mengawal hormon badan menyebabkan jerawat hilang, kulit makin cantik dan tak de la asyik bad mood sepanjang masa kan. Muka yang ceria mesti lah akan nampak cantik kan

Nak cantik...pentingkan cantik dari sama...

Sape yang nak gojes dan bertambah-tambah gojes tu, bolehlah hubungi saya.

Love ,

Ebby (919801)
ebby.shaklee@gmail.com
012-9569686