Sakitnya Bentan Bersalin

Monday, March 28, 2016 0 Comments A+ a-



Pengalaman ebby hampir bentan mengajar ebby betapa pentingnya menjaga Pantang Ketika Berpantang Bersalin...

Jangan Sampai Kena Bentan.

6 Fakta Wanita Bersalin Mesti Tahu!

Masalah bentan sering dikaitkan dengan wanita dalam tempoh pantang bersalin. Apakah sebenarnya bentan? Bentan bermaksud sakit semula setelah hampir sembuh semasa proses rawatan selepas bersalin.

Maksudnya jika ibu tidak menjaga diri ketika tempoh rawatan, dia berisiko untuk mengalami sakit semula atau bentan. Ada ibu mengalaminya pada penghujung tempoh berpantang atau selepas selesai melalui pantang.

Tanda dan sebab bentan:

◾ Mengambil makanan sejuk atau terlanggar benda keras. Akibatnya badan berasa sejuk dan seperti hendak pitam. Ia berlaku kerana dalaman badan ibu masih belum sembuh sepenuhnya.

✔ Sekiranya mengalami keadaan ini, sukar untuk ibu sihat dengan segera. Ada yang mengalaminya berminggu-minggu bahkan ada yang sampai berbulan sebelum kembali sembuh.

Jenis bentan:

1. Bentan urat
Badan menjadi lemah seperti demam, bias-bisa urat dan sendi badan seperti lutut menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengah hari, seluruh otot badan tegang dan kejang. Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal lasak. Rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan keadaan ini.

2. Bentan urat peranakan/urat rahim
Sakit di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau terjatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.

3. Bentan urat besar (pinggang)
Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Biasanya ia terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean. Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berdingkit-dingkit.

Bagi mengelakkan ibu terkena bentan, penjagaan diri ketika tempoh berpantang perlu diberi perhatian serius.

☑  Banyakkan berehat
Selepas bersalin, ibu perlu banyak berehat, jangan terlalu aktif membuat kerja rumah atau mengangkat objek berat termasuk memandikan bayi. Minta bantuan daripada suami atau penjaga lain untuk membantu.

☑ Elak jangkitan kuman
Ibu selepas bersalin mudah mendapat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing. Oleh itu jaga kebersihan diri anda untuk mengelakkan jangkitan kuman.

☑ Jaga pemakanan
Pemakanan turut mempengaruhi masalah bentan. Oleh itu pastikan ibu mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat khusus untuk ibu berpantang.

 Antara makanan bersifat sejuk dan boleh menyebabkan wujud angin dalam perut yang mesti dielakkan seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kubis, terung, nangka muda.

Pssttt bentang boleh terkena sehingga usia anak 3Bulan (Jaga Pemakanan dalam pantang sehingga anak berumur 100hari sekurang²Nya)













Posted via Blogaway

Cara Orang Pandang Produk Kita

Friday, March 11, 2016 0 Comments A+ a-

Cara Buat Orang Pandang Produk Kita

Sekarang ni, banyak produk yang dijual di Instagram @ Facebook. Ada SkinCare, Suplement, Tupperware, Barang² Ajaib dll. Bila dah banyak macam ni, bertambah banyak jugalah PERSAINGAN.

Bila banyak persaingan, maka akan ada yang MENANG dan yang KALAH. Sebenarnya, bukan kalah tetapi teknik pemasaran yang kurang berkesan. Bagaimana kita nak ubah dari kalah kepada MENANG?

Antara Tips Yang Boleh Kita Ikut,

TONJOLKAN KELAINAN / PERBEZAAN PRODUK ANDA BERBANDING PRODUK LAIN.

Macam mana nak buat?

Kaji Produk anda sendiri, lihat PEMBUNGKUSAN (Bekas, Design Lable, Warna Lable, Logo Jenama) Jika perlu REBRANDING produk anda itu. Cari designer yang TERBAIK. Kaji apa KELEBIHAN produk anda dari yang lain. Kaji F, A, B produk anda, Apa itu FAB?

 F - Feature
 A - Advantaged
 B - Benifit

Senarai sebanyak mungkin F.A.B produk nda, ia akan memudahkan anda untuk menulis CW dan untuk meng"CLOSE SALE" dengan prospek nanti.

Semoga Bermanfaat.

Terima Kasih!


Tabung Kewangan yang Magic

Monday, March 07, 2016 0 Comments A+ a-

Pernah Dengar Pasal 6 Tabung Kewangan?
Siapa yang join IMKK DAO mesti tau mengenai tabung ni.

Okeh...atas permintaan kawan-kawan gojes mojes dari FB dari Whatsapp, rini baru berkesempatan nak conteng-conteng mengenai kegunaan 6 Tabung ini.

saya buat sendiri gambar tabung tu. Sebagai contoh

6 Tabung Kewangan mewakilkan kepada 6 kategori di mana duit kita pergi setiap bulan.

Tabung Necessity (NEC)
55% daripada hasil pendapatan diperuntukkan untuk tabung ini. Ia juga adalah tabung keperluan dan perbelanjaan rumah seperti berikut

▪ Bayar pinjaman rumah & kereta
▪ Beli kelengkapan rumah
▪ Beli baju baru, handbag/tudung/dll.
▪ Kos potong rambut
▪ Kos makan minum
▪ Lampin anak
▪ Gas memasak
▪ Bil perubatan dll

Andai kata perbelanjaan lebih tinggi dari gaji kita, contohnya gaji RM 2,000  tapi perbelanjaan bulanan adalah RM 3,000, 2 perkara yang kita perlu buat:

Kaedah Berjimat Cermat
▪ Turunkan kos hidup dan berbelanja untuk yang perlu sahaja
▪ Jangan bawa kereta laju-laju (save minyak)
▪ Kurangkan penggunaan elektrik & air, dll.

Tingkatkan Pendapatan
▪ Tingkatkan pendapatan sampingan melalui part time bisnes, seperti bisnes secara online dropship, iaitu bisnes tanpa perlu keluarkan langsung modal – Shaklee, Amway, Tupperware dll

*Untuk mulakan bisnes Shaklee, SMS/WhatsApp saya 012-956.9686 (Ebby)

Tabung Education
Sebanyak 10% wang disimpan untuk tabung pendidikan ini. Ia bertujuan membantu kita 'Upgrade diri' dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi contohnya seperti:

▪ Sambung Master, PhD, dan sebagainya.
▪ Sertai kelas memasak & menjahit
▪ Sertai kelas tahfiz al-Quran, dll.

Manusia belajar dari bayi hingga ke liang lahad, begitu juga kita.

SEMUA ILMU ALLAH

✔ Bagi yang suka berbisnes, bolehlah menyertai seminar, kursus atau apa-apa program yang bermanfaat untuk peningkatan bisnes masing-masing.  Contoh seminar:

▪ Internet marketing
▪ Facebook Advertising
▪ Chanel Talegram
▪ Webminar
▪ Leadership training, dll.

*Pelaburan yang paling bernilai ialah pelaburan meningkatkan diri dengan ilmu.

Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Daud; Jika engkau ingin kan dunia, carilah dengan ilmu. Jika inginkan akhirat, carilah dengan ilmu.

Jika inginkan kedua-dua nya, cari lah dengan ilmu.



Tabung Long Term Savings For Spending (LTSS)
Simpan 10% daripada pendapatan untuk tabung LTSS  ini. Ia adalah tabung khusus untuk digunakan pada masa akan datang seperti:-

▪ Beli kereta baru
▪ Renovate rumah
▪ Bina ruang dapur baru
▪ Down payment rumah
▪ Beli TV baru, dll.

Tabung Financial Freedom Account (FFA)
Tabung ini ibarat telur emas. Jangan guna simpanan FFA dan seeloknya buka satu akaun khas (fixed deposit account) khusus untuknya. Jangan sesekali guna kad atm dan buku bank untuk akaun ini. DAO pesan, sila bakar buku akaun. Hehehe

Keep investing & keep it growing. Sumber lain juga boleh dimasukkan ke dalam tabung FFA contohnya seperti:

▪ Passive income dari wang sewaan rumah (jika ada)
▪ Pendapatan dari kerja part time
▪ Duit main kutu, dll.

Tabung Fun
Tabung ini khas untuk anak kita yang redha masanya di ambil oleh kita untuk bekerja.

Tabung ini adalah untuk bersuka ria & berseronok bersama keluarga seperti:

▪ Melancong & umrah bersama keluarga
▪ Makan malam di hotel atau restoran kegemaran
▪ Berkelah & bermalam di resort, dll.

Simpan 10% dari wang pendapatan untuk tabung ini. Ia boleh dihabiskan pada bulan tersebut, atau dikumpul untuk tujuan melancong pada masa akan datang.

Tabung Charity
Peruntukkan 5% daripada wang pendapatan anda untuk tujuan kebajikan seperti:-

▪ Derma anak yatim
▪ Derma untuk masjid
▪ Derma untuk bina sekolah tahfiz
▪ Bantu warga emas di Rumah Kebajikan dll.

ELAK KEBOCORAN POKET

Kalau kita tak keluarkan zakat atau sedekah, ia boleh ‘membocorkan’ poket kita, maksudnya tiba-tiba kereta rosak, tiba-tiba anak sakit.

Itu semua sebab kita tak bagi hak orang kepada orang yang memerlukan, jadi Allah akan ‘bocorkan’ poket kita agar bahagian tersebut keluar juga

Jadi, lagi bagus lah bila kita sendiri zakat dan sedekah.

Usah risau, zakat dan sedekah dijamin menggandakan rezeki dalam arah tak tersangka-sangka.

Cukup 6 Tabung Magic

Untuk penjelasan yang lebih lanjut, anda juga boleh ke program IMKK untuk dengar live dari Dr Azizan Osman sendiri

Nak mulakan memang payah, ia perlukan disiplin.

"Bukan Senang nak Senang, Tapi tak Susah pon Nak Susah!"

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua 

Ebby mula keluar dari zone selesa dengan shaklee..
Bagi yang nak ikut jejak ebby
Boleh hubungi


Bulan Mengambang dan Parasit

Monday, March 07, 2016 1 Comments A+ a-

Pernah dengar tak pasal "Full Moon"?

Ok ni sambungan Pendedahan Detoks &  Detoks Semulajadi...

Sambungan hari ini ebby nak cerita mengenai apa yang team #ParasiteDetoxClub buat & apa yang telah ebby jalankan...

Ebby cuba ringkaskan seringkasnya mengenai detox dan parasit di bulan purnama..
Parasit biasanya akan bertelur, membiak waktu bulan mengambang, dengan kata lain dia berbulan madu




Setiap bulan apabila bulan mengambang kami akan melakukan detoks parasit bersama kumpulan-kumpulan #jomdetoksparasit.

Dan hasilnya sangatlah positive.
Alhamdulillah.

Soalan yang selalu orang tanya mengenai #detoksparasit ni.

 Siapa yang kena buat?
 Ibu mengandung boleh ikuti #Jomdetoksparasit ke?
 Bagaimana pula dengan ibu mengandung?
 Ibu menyusu?

Jawapan nya:
▪ semua golongan masyarakat boleh buat detoks bila hati cekal.
▪ Tak kisah tua muda kecik besar.
▪ Ibu menyusu & mengandung selamat menjalankan detok

*perlu diingatkan dapatkan cara jalankan detoks ini dari control-control guideline yang betul

Salah seorangnya ebbylah. Sid Wakil Negeri Terengganu

Tempoh melakukan Detoks Parasit?
▪ 5hari - 14hari dan lanjutan sehingga sekurang-kurangnya 3bulan

Di bawah ebby kongsikan testimoni mereka yang menjalakan detoks bersama ebby

Jom kita lihat 








Kami geng #PDC telah menjadi testimoni sendiri sebelum ini...

Jika anda mempunyai masalah
✔ Sukar menurunkan berat badan
✔ Makan banyak tapi tidak naik berat
✔ Suka makan manis
✔ Cepat penat
✔ Kerap lapar dll

Jom saya bantu anda, untuk mengatasi masalah  tersebut.

Ebby bantu anda termasuk cara nak makan.




Hubungi ebby 






Posted via Blogaway

Detoks Secara Semulajadi

Thursday, March 03, 2016 0 Comments A+ a-

Sebelum ini ebby ada menceritakan tentang Detok Parasit pada link ini.

Hari ini ebby nak sambung sikit macam mana nak singkirkan parasit ni.

Salah satu cara yang terbaik untuk membantu badan menyingkir dan menghapuskan parasit yang tidak diingini adalah melalui detoks parasit. Detoks ini perlu diambil sekurang-kurangnya 3 bulan untuk memberi badan kita peluang untuk menghilangkan semua jenis parasit dan telur yang tersembunyi dalam organ-organ yang berbeza.




Parasit dalam badan boleh berasal daripada beberapa sumber:
▪ daging mentah
▪ air tercemar
▪ haiwan peliharaan atau haiwan lain.

Boleh menyebabkan gejala seperti:
▪ gangguan pencernaan
▪ keletihan
▪ nafsu makan
▪ gula darah yang tidak stabil.

Makanan yang digalakkan makan


Diet harus mempunyai mineral yang tinggi dan kandungan nutrien dan tidak seharusnya mengandungi apa-apa jenis perangsang tiruan.

Berikut adalah beberapa makanan yang perlu dimasukkan dalam diet yang baik untuk membunuh parasit.

Wormwood




▪ Herba yang membantu untuk membunuh parasit dewasa dengan cara menjadikan persekitaran mereka tidak mesra untuk didiami

Bawang Putih




▪ Antiparasit semula jadi dan makanan antibiotik.
▪ Membantu dan menyokong pergerakan usus dan proses detoks usus.
▪ Makan mentah sebab yang mentah masih mengekalkan allicin.

Saya memang tidak boleh mengunyah bawang putih. Siapa yang mempunyai masalah seperti saya boleh amal Garlic Complex from Shaklee yang memang mengandungi allicin.


Bunga Cengkih




▪ Salah satu bahan semulajadi dalam melawan bakteri yang membahayakan perut.
▪ Melawan penyakit kulit yang diakibatkan oleh cacing cincin.
▪ Makanan yang baik untuk pencernaan.
▪ Mampu melawan perut kembung dan bisul
▪ Mampu meningkatkan sistem imun
Baca sini.

Sayuran Hijau




▪ Kandungan nutrien yang tinggi dan probiotik membantu badan untuk menghilangkan toksin.
▪ Sayur-sayuran yang kaya dengan antioksidan (timun, tomato, lobak merah, ubi keledek dan beri biru)baik untuk organ-organ badan dan mengelakkan kelenjar dari dijangkiti parasit.

Minyak kelapa




▪ Membunuh parasit, virus, yis, dan juga bakteria tidak baik dalam saluran penghadaman

Cuka Epal




▪ Membersihkan parasit besar untuk meningkatkan asid perut sebelum makan.
▪ Membuat perut kita bebas dari parasit.
▪ Memastikan bahawa apa-apa larva dihapuskan.

Biji Betik




Betik
▪ Mempunyai keupayaan yang kuat untuk memusnahkan cacing, seperti cacing pita dan cacing dalam usus
▪ Membantu dalam meningkatkan sistem imuniti badan kita.
▪ Vitamin A dan vitamin C adalah penting untuk mengukuhkan sistem imun anda dan membantu melawan jangkitan.

Biji
▪ Merupakan antibakteria yang efektif melawan bakteria E-coli, Salmonella, dan infeksi Staphylococcuc.
▪ Menjaga kesihatan ginjal.
▪ melindungi ginjal dari racun yang merosakkan fungsi ginjal.
▪ Membunuh parasit dalam pencernaan.
▪ Membersihkan hati dari pelbagai racun.

Bawang Kuning




▪ Melepaskan enzim yang dipanggil alliinase apabila mereka dihancurkan atau dipotong.

Nenas




▪ Mengandungi enzim antiparasit dikenali sebagai bromelain.
▪ Kajian menunjukkan makan 3 hari berturut boleh membunuh cacing pita

Biji Labu




▪ Digunakan untuk menghapuskan cacing pita dan cacing gelang.

✴Nutriferon Shaklee mengandungi kandungan biji labu kuning


Makanan Yang Kena Elak Semasa Proses Detok

▪ Daging merah, ayam dan segala daging proses (sosej, nugget, dan daging burger).
▪ Susu, Keju, Telur dan Krim
▪ Mentega dan Margerin.
▪ Semua makanan berasaskan tepung (roti, kek, biskut, pastri dan lain lain).
▪ Makanan ringan (jajan)
▪ Kacang masin
▪ Coklat, gula gula, jem dan gula.
▪ Makanan yang telah diproses (mee segera).
▪ Alkohol
▪ Kopi dan teh
▪ Sos, jeruk, mayonis
▪ Garam (garam bukit boleh ye!)
▪ Air berkabonat

*Ayam boleh diganti dengan ayam organik / ayam kampung
*Gula boleh diganti dengan gula organik

Macam banyak je kan nak kena elak?
Macam tak sanggup je kan?

Ok seboleh nye wajib tinggal tapi kalau boleh tinggal semua yang atas tu result nya lagi cepat:

Gula
▪ Jangkitan parasit boleh membawa kepada keinginan untuk karbohidrat dan gula halus, jadi ia adalah yang terbaik untuk mengelakkan ini jenis makanan untuk kebuluran parasit luar tenaga dan bahan api mereka.

Karbohidrat ditapis (refined)
▪ Karbohidrat ditapis seperti kek, roti, biskut, bijirin dan pasta harus dielakkan. Semua ini boleh meningkatkan kandungan gula dalam darah, jadi akan membuatkan detoks parasit lebih sukar.

Saya nak ingatkan ni. Diet Detoks berbeza tau dengan diet ATKINS!!

Jangan pulak bising.. Eh.. Atkins boleh je makan roti, makan daging.. Tapi diet detoks ni semua tak boleh. Dah kata diet nak membunuh parasit. Bukan diet nak ternak parasit.

Nak singkirkan parasit ni memang memerlukan disiplin tinggi. Ye lah, makan nak kena jaga dan sepanjang proses detoks kita akan mengalami healing crisis yang mungkin menyebabkan badan letih sepanang hari, mengantuk, kerap membuang , sakit kepala, gatal-gatal di kulit dan sebagainya.

Dalam Program Detoks Parasit ni memang ebby ambil Shaklee sebagai makanan tambahan ebby.

Antaranya :




▪ DTX Complex - detox hati
▪ Alfalfa Complex - Detox seluruh badan
▪ Herb lax - Detox usus
▪ Nutriferon - tingkatkan imun sistem, penting utk ketahanan badan semasa membunuh parasit
▪ Garlic Complex - untuk matikan telur dan cacing
▪ Vivix - detox sel

Ok ke Ok...
Rajin-rajin membaca ya!
Semoga ilmu ini bermanfaat.

Tunggu entri seterunya untuk ketahui pengalaman yang ebby telah lalui dan mengenai program Jom Detoks Parasit.

Hubungi






Posted via Blogaway

Pendedahan Mengenai Detoks Parasit

Wednesday, March 02, 2016 0 Comments A+ a-

Pernah dengar mengenai detoks?
Anda pernah melakukan detoks?
Bagaimana cara anda melakukan detoks?
Apa yang anda ingin kan dari detoks?
Dan apa pula kaitan detoks dengan bulan purnama?

Hari ini saya ingin berkongsi tentang cara saya melakukan detoks parasit.




Kebanyakan orang anggap bila kena detox adalah untuk kurus semata-mata. Padahal ia sebenarnya wajib dilakukan dalam badan kita memandangkan setiap masa kita makan kan!

Proses detox ini bukan hanya untuk orang yang gemuk. Tetapi ia untuk semua orang tidak kira kurus ataupun gemuk.




Mengapa kita perlu detox badan?
 Detox merupakan proses pengeluaran racun atau zat-zat yang bersifat racun dari dalam tubuh.

Bagaimana toksin, cacing, parasit dan lain-lain boleh masuk dalam tubuh kita?
 Terhasil daripada makanan yang kita makan. Bukannya semua makanan akan bagi nutrient dan tenaga pada badan. Sebahagian besarnya akan menempel di dinding usus besar kita.

Korang Tau Tak?
 Dalam badan kita juga mengandungi logam berat (heavy metal). Datangnya daripada air paip di rumah kerana kandungan plumbum. Manakala dalam ikan yang kita makan pun mengandungi merkuri.

Bayangkan la semua itu dalam usus kita!
Ia semualah merupakan parasit yang mengganggu zat-zat dalam badan kita secara senyap dalam keadaan kita sedar mahupun tidak.

Lama kelamaan parasit tua akan menjadi keras di dinding usus kita. Sampaikan jadi berkerak dan memang berpotensi mendapat kanser usus.

Boleh baca serba sedikit pada link sini.

Selama ini kita hanya mengetahui bahawa cacing hanya berada di dalam usus kan?
Hakikatnya toksin dalam badan juga daripada parasit dan kecacingan. Hah jangan ingat kanak-kanak je ada cacing dalam perut tau. Orang dewasa pun ada cacing. Parasit boleh berada bukan setakat di dalam usus sahaja, tetapi di dalam organ yang lain seperti hati, paru-paru, otak, mata dan boleh dikatakan pada seluruh organ kita mempunyai parasit.


Jenis Parasit

Cacing Gelang (Ascaris Lumbricoides)
Mudah masuk dalam badan melalui makanan dan minuman yang tercemar.

Cacing kremi (Cacing Kerawit)
Ini cacing kecil yang biasanya ada dalam badan kanak-kanak. Cacing ini mudah dikeluarkan bersama makanan melalui dubur.

Cacing tambang (Ankylostomiasis)
Cacing yang panjang dan membiak di dalam paru-paru dan usus kita

Cacing cambuk (Trichinella Spiralis)
Datangnya cacing ini daripada daging-daging yang tercemar. Bagi mereka yang suka makan daging separuh masak, lebih mudah mendapat cacing ini.

 Cacing Pita (Taenasis)
Cacing ini datangnya daripada haiwan seperti ikan dan lembu. Menjadikan usus manusia sebagai induk (tempat) untuk hidup.

 Memang cacing ataupun parasite ini akan berumah hidup dalam badan kita. Makin lama jika tidak didetox memang akan bagi kesan pada badan kita.

Boleh tengok video di link SINI dan SINI.




Kekuatan sistem imun kita boleh menentukan sama ada atau tidak kita tahu yang kita sedang menjadi tempat pembiakan parasit.

Sebab apa?
 Apabila sistem imun menjadi lemah keradangan seluruh badan akan mula merebak.
 Hal ini terutama berlaku di usus, yang mempunyai saluran komunikasi terus ke otak melalui saraf vagus.

Masalah Pencernaan Yang Kronik (sembelit, kembung perut, tidak membuang setiap hari)

Pelbagai bentuk tekanan mental (kemurungan, kebimbangan, sakit badan, sakit kepala, sakit mata, halusinasi visual, perubahan tingkah laku, dan  bayangan aneh bahawa ada sesuatu yang tersangkut di kepala)

Gangguan kerengsaan usus (IBS) (Gangguan autoimun)

Gangguan Imun (menghisap nutrien daripada badan)




Gangguan Tidur (insomnia)

Bruxism (Asah gigi ketika tidur, ketap gigi)




Masalah Kulit (ruam, gatal-gatal, ekzema dan lain-lain bentuk alahan menyerang kulit)

Cirit Birit (beberapa parasit menghasilkan bahan kimia yang dipanggil prostaglandin yang membawa kepada kehilangan klorida dan natrium dari badan)

Sakit Badan (cyst di otot dan sendi)

Keletihan yang Kronik (parasit mengurangkan bekalan nutrien penting yang membawa kepada keletihan pada tahap mental, fizikal dan emosi)

Tanda-tanda lain (ensitiviti makanan; anemia - kekurangan zat besi, bilangan yang berlebihan jangkitan bakteria atau virus, berat badan yang berlebihan, kebimbangan resah, gatal-gatal telinga, hidung dan dubur, kealpaan, proses pemikiran perlahan, makan berlebihan tetapi tetap rasa lapar atau lesu, meleleh air liur semasa tidur, masalah dengan kitaran haid bagi wanita dan disfungsi seksual untuk lelaki, tangan kebas)


Macam Mana Kita Nak Bunuh Parasit?

 Kekuatan sistem endokrin dan sistem imun seseorang sebahagian besarnya menentukan bagaimana teruk jangkitan parasit akan memberi kesan kepada individu tersebut.

Bergantung kepada:
▪ Bagaimana parasit hidup dari tuan rumah.
▪ Toksin atau bahan buangan yang dihapuskan
▪ Bagaimana parasit mengaktifkan sistem imun.
▪ Sistem imun individu adalah lemah.

Januari 2016 Geng Parasite Detox Club telah menjalankan remote project dalam iReach & Shaklee Malaysia


Nak tau macam mana saya dan mereka buat?

Dalam entri seterusnya saya akan ceritakan atau boleh hubungi saya untuk mengetahui apa itu "Jom Detoks Parasit"






Posted via Blogaway