7 Tips Mengatasi Masalah Kekajangan Sewaktu Mengandung
Siapa yang hamil pasti pernah rasa kaki kejang kan. Biasanya berlaku waktu pagi, masa bangun dari tidur. Selalunya kejang kaki lebih kerap berlaku sewaktu trimester kedua dan ketiga. Otot yang selalu menegang adalah otot dibahagian betis. Walaupun terasa sangat sakit dan berlanjutan sehingga ke beberapa minit, tetapi kejang kaki ini tidak akan merosakkan otot betis. Namun, jika ia dibiarkan dan berlarutan sehingga bertambah teruk, ia boleh merbahayakan bayi di dalam kandungan dan juga kesihatan ibu.
Kaki kejang ni bahaya sebenarnya. Ia boleh menyebabkan kematian mengejut pada bayi di dalam kandungan dan ada kes ibu juga mati beberapa minit selepas bayinya mati dalam kandungan gara-gara kekejangan yang teruk ni… wahhh… menakutkan, bukan??
Dari segi perubatan, kekejangan ini boleh berlaku disebabkan penambahan berat pada kaki (yela, badan nak menampung berat baby lagi kan). Selalunya kekejangan otot ini berlaku pada waktu malam, sehinggakan sakit atau kekejangan itu boleh mengejutkan kita dari tidur yang nyenyak. Kejang betis paling teruk akan berlaku pada trimester kedua dan ketiga.
Selain itu kejang betis ketika hamil juga mungkin disebabkan: Kelebihan fosforus (didapati di dalam daging yang telah diproses, makanan snek dan minuman bergas). Kekurangan kalsium di dalam aliran darah, Tekanan rahim yang sedang membesar pada saraf kaki.
Menurut babycenter.com antara punca berlakunya kejang kaki semasa mengandung adalah:
- Bayi semakin berkembang dan menyerap nutrisi seperti kalsium dan magnesium daripada ibu. Jadi simpanan mineral-mineral ini dalam badan ibu menjadi berkurangan
- Salur darah besar pada kaki akan tertekan kerana uterus (rahim) yang semakin besar
- Kehadiran hormon progestron juga memberi kesan kepada otot kaki
- Keadaan otot kaki yang letih berkemungkinan daripada keadaan berdiri yang lama, atau ibu terlalu banyak melakukan kerja
Tips Mudah Atasi Masalah Kekejangan Kaki
Tips #1: Senaman regangan kaki.
Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
Tips #2: Senaman tapak kaki.
Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
Tips #3:
Elakkan berdiri atau duduk dengan kaki bersilang untuk jangka masa yang lama
Tips #4:
Berjalan-jalan setiap hari kecuali jika telah dinasihatkan oleh doktor untuk tidak bersenam.
Tips #5:
Elakkan terlalu letih . Berbaring di sebelah kiri anda untuk meningkatkan peredaran darah ke kaki.
Tips #6:
Minum air dengan kerap untuk sentiasa terhidrat
Tips #7:
Mandi air panas sebelum tidur untuk merehatkan otot-otot anda.
Apa Nak Buat Ketika Diserang Kejang Kaki?
Sekiranya tidur anda diganggu dengan kejang kaki, pertama sekali yang anda perlu ingat adalah jangan melawan kesakitan tersebut. Apabila kita melawan kesakitan tersebut, otot-otot yang lain akan turut menegang dan merasa lebih sakit.
Cuba regangkan kaki secara perlahan-lahan dengan meluruskan kaki dan menggerakkan jari-jemari kaki ke depan dan belakang beberapa kali. Ianya memang terasa sakit pada mulanya, tapi akan beransur kurang. Selepas itu bolehlah urut otot yang sakit dan bahagian tapak kaki.
Selain itu boleh juga mencuba cara-cara dibawah ini untuk mengelakkan kekejangan ini dari berlaku:
- Buat senaman meregang sebelum tidur. Regangkan otot betis anda beberapa kali (seperti yang digambarkan di atas) sebelum anda tidur dapat membantu mengelakkan kekejangan pada waktu malam.
- Jangan berdiri untuk jangka masa yang lama atau duduk dengan kaki tersilang.
- Putarkan buku lali dan gerak-gerakkan jari kaki apabila anda duduk, di tempat kerja, pada waktu makan malam, atau semasa menonton TV.
- Makan makanan kaya dengan kalsium.
- Jika anda benar-benar ada masalah dengan kekejangan betis, tanya doktor anda mengenai pengambilan kalsium tambahan. (Tetapi elakkan mengambil kalsium dengan dolomit atau serbuk tulang; ini biasanya mengandungi plumbum, yang boleh diserap melalui plasenta dan memudaratkan bayi anda.)
- Elakkan minuman bergas, ia mengandungi banyak fosforus.
Apa Nak Buat Kalau Kerap Kejang Kaki Setiap Hari?
Tapi, kalau dah tiap-tiap hari kena kejang kaki, mesti dah rasa serik nak hamil lepas nie kan. Pada yang dah merasa kena kejang kaki tu, terasa macam kena kejutan elektrik pun ada kan. Kita tak boleh nak jangka pun kejang kaki nie boleh berlaku pada kita.
Jadi, oleh kerana punca kejang kaki nie disebabkan oleh kekurangan kalsium dan magnesium dalam badan, maka kita perlulah menambah keperluan nutrisi kalsium dan magnesium dalam pengambilan nutrisi harian kita. Kekurangan nutrisi kalsium dan magnesium juga boleh menyebabkan anda sembelit ketika hamil. Otot-otot anda tidak mampu lagi untuk bersifat elastik akibat rahim yang semakin membesar.
Walaupun kita dah minum susu dan mengambil pil kalsium yang dibekalkan dari klinik, tapi sekiranya masih berlaku kejang kaki, ia merupakan petanda bahawa bayi dalam kandungan tidak mendapat kalsium yang secukupnya sehingga bayi terpaksa mengambil nutrisi tersebut dari badan kita. Ini akan membuatkan badan kita kehilangan nutrisi dan menjadi lemah apabila kandungan semakin membesar. Kesihatan bayi juga mungkin akan terjejas.
Jadi, adalah penting untuk kita mencari suplemen kalsium dan magnesium yang sesuai dengan kita yang sedang hamil. Masalah kejang kaki ini boleh diatasi dengan mengambil vitamin OSTEMATRIX. Kenapa???
Kandungan Ostemtarix yang lengkap dengan kalsium, magnesium dan vitamin D membantu ramai ibu-ibu hamil dari mengalami kejang kaki. Bukan sekadar itu, ia juga membantu dari mengelakkan dari sakit pinggang kronik yang biasa dialami oleh ibu hamil.