Keburukan Intermittent Fasting yang ramai tidak tahu

Friday, March 24, 2023 0 Comments A+ a-

Alhamdulillah dah masuk hari ke 2 kita dalam bulan Ramadhan 1444H. Dah alang-alang kita berpuasa ni rasanya ramai antara kita termasuk Ebby sendiri dah pasang niat untuk menurunkan berat badan dan menambah pahala bukan? 

Disebab kan Intermittent Fastingf ni sangat viral dan terkenal di kalangan mereka dan kita-kita yang nak turunkan berat badan ni, mesti ramai antara kita yang tak pernah tahu jugak ambil peduli tentang ada jugak Keburukan Intermittent Fasting ni sebenarnya. Buat mereka yang belum tahu Apa Itu Intermittent Fasting boleh la kita sesama mengambil tahu dengan lebih detail.

Menurut kajian Intermittent Fasting merupakan salah satu kaedah yang berkesan dalam untuk mendapatkan berat badan yang ideal dan menjadikan gaya hidup lebih sihat dengan mengatur cara makan kita tetapi ada juga KEBURUKAN YANG RAMAI TIDAK TAHU.
Jangan risau, untuk yang beginner atau yang baru nak mula kaedah IF ni, sekaranglah waktu terbaik untuk mula.

5 Keburukan IF
klik pada gambar untuk baca Apa Itu Intermittent Fasting?

Bila ada Pro mesti ada Contra nya kan? Tapi jangan risau bila kita tahu apa keburukan nya kita boleh la cari jalan untuk edjust. Sebelum ebby menulis dengan lebihg detail, suka ebby nak bagi tahu bahawa segala fakta ni adalah input daripada kelas bersama Dr Redza pada 18/3/2023 yang lalu, bermakna bukan lah sekadar penulisan yang kosong. Siapa Dr Redza ni? beliau merupakan seorang Saintis lulusan Harvard Medical School yang merupakan pakar dalam bidang Nutrigenomics.

Sebelum ebby menulis mengenai Keburukan Intermittent Fasting ni terlebih dahulu ebby nak berkongsi sedikit berkenaan autophagy.



Diet Intermittent Fasting adalah keadaan dimana kita berpuasa dalam tempoh tertentu yang kebiasaannya dilakukan dalam tempoh 12, 16, 18 dan 24jam dan ada juga sehingga 72 jam! Ketika kita melakukan Intermittent Fasting ni akan terjadi proses yang dinamakan autophagy ni dimana ianya berlaku selepas fasa Fat Burning
kelebihan IF disetiap jam
Intermittent Fasting Time Line


Berdasarkan rajah yang ebby kongsikan di atas ni fasa fat burning pada 16 jam pertama IF manakala autophagy berlaku pada jam ke 17 dan seterusnya.

APA ITU AUTOPHAGY?
Autophagy adalah cara dimana sel-sel membersihkan dirinya yang rosak untuk manjana semula sel-sel baru yang lebih sihat. “Auto” bermaksud diri dan “fagy” bermaksud makan. Oleh itu makna literal autophagy adalah “makan sendiri” ianya juga dirujuk sebagai “self eating”

Apa yang autophagy lakukan ialah ia akan menyingkirkan protien bertoksik dalam badan anda yang akan menghasilkan tenaga bagi membaiki sel yang rosak dan menghasilkan sel yang baru lebih sihat secara keseluruhan. Badan anda akan memasuki dasa autophagy ketika anda berpuasa selama 17 jam sehingga 72 jam maksimum.

Autophagy merangsang sistem imum dan membantu mengurangkan keradangan kronik dalam badan anda. Ia juga boleh membantu mengurangkan risiko penyakit moden dengan keradangan asas seperti metabolik, autoimun, penyakit jantung dan kanser.

CARA CAPAI  AUTOPHAGY
Kalau kita lihat kepada time line intermittent fasting autophagy hanya bermula selepas IF selama 20 jam dan hanya mencapai kemuncak selepas IF selama 72 jam (IF selama 3 hari tanpa makanan hanya minum sahaja).
Berbanding anda berpuasa kering seperti di bulan Ramadhan atau berpuasa sunat ia lebih cepat untuk mencapai autophagy. Jadi kalau wet fasting kita mencapai autophagy mengambil masa selama 72 jam hanya dengan puasa mengikut cara islam kita dapat capai dengan tempoh 1 hari berpuasa.
Bayangkan kita dapat menfaat autophagy dalam tempoh 30 hari berpuasa maka pembersihan sel ke peringkat selular berlaku selama dalam tempoh tersebut. Untuk mendapatkan autophagy ini ada kaedahnya contoh :
  • Berpuasa atau membuat IF
  • Makan lemak sihat seperti asid lemak Omega 3, minyak zaitun dll
  • Tidur yang berkualiti
  • Bersenam
CARA SOKONG AUTOPHAGY
Dalam kehidupan kita tiada yang sempurna melainkan Allah swt sebab itu umat islam dianjurkan untuk berpuasa di bulan Ramadhan dan juga puasa suhat pada hari isnin dan khamis. Autophagy juga sangat sesuai bagi mereka yang tidak berapa sihat terutama yang menghidapi penyakit seperti diabetes, kanser dan lain-lain lagi.
Cuba kita ingat kembali bila kita jatuh sakit Allah tarik selama makan kita dalam tak sedar ini juga salah satu tanda untuk kita dapatkan khasiat autophagy tapi untuk apa ? sudah tentu untuk memperbaharuhi sel kita tanpa selular.
Autophagy membantu pembaharuan sel
Autophagy membantu pembaharuan sel

Pada tahun 1988 ditemui ada 1 sistem dalam badan manusia yang baharu ditemui iaitu sistem endocannabinoid dimana sistem ini sejenis receptor sistem yang terbesar dan disebakan sistem ini maka popular pula minyak canabis hasil penemuan sistem tersebut. Even sistem endocannabinoid terbaharu ini juga boleh diperbaiki melalui autophagy.

Kalau kita dapat capai autophagy ini memang sangat best insyaAllah ianya juga mampu perbaiki kesihatan kita dan kita mendapatkan melalui kaedah yang Allah sebut iaitu berpuasa tapi kena ingat kalau kita berpuasa tetapi kita mengambil makanan yang mengundang toksik maka tiadalah manfaat autophagy tersebut.

Dalam kelas baru-baru ini Dr Redza Rahman juga ada sebut beberapa jenis supplements terbaik yang dapat membantu kita mengaktifkan autophagy seperti:
  • Resveraterol - Polifenol
  • Astaxantin - Polifenol
  • Berberine
  • Citrus Bergamot
  • Turmeric

Kalau anda perasan banyakkan polifenol diatas ? Resveratrol dan astaxantin juga ada dalam Vivix dan ResV manakala astaxantin juga ada dalam Carotomix Shaklee. Berdasarkan kajian tersebut ada 3 produk shaklee yang beliau syorkan untuk diambil bagi membantu aktifkan autophagy.

  • Vivix : Resvertrol induces autophagy
  • ResV : Dietary polyphenols promotes resilience against sleep deprivation
  • CoqtroL Plus : Coenzyme Q10 regulates autophagy
Syukur alhamdulillah semua ni supplements terbaik shaklee.
Vivix & CoQ Trol Plus


KEBAIKAN AUTOPHAGY

kebaikan autophagy
  1. Membantu menghalang kanser
  2. Membantu tingkatkan prestasi otot
  3. Membantu menghalang penyakit berkaitan otak @ neuron
  4. Membantu kawal keradangan
  5. Melambatkan tempoh penuan
  6. Membantu tingkatkan tenaga
Ok, tadi ebby dah terangkan sedikit sebanyak mengenai autophagy. Sekarang kita teruskan ngan topik kita. Panjang kan pembuka kata hari ni. almaklum ianya berkaitan.

Keburukan Intermittent Fasting yang ramai tak tahu

1. Mengalami keletihan melampau dan autophagy yang menyeksakan
Tujuan IF adalah untuk mencapai autophagy, dan amalan sebenar nak capai Autophagy dalam IF adalah kita berpuasa IF selama 18-20 jam. Untuk mencapai autophagy yang sebenar adalah selama 72 jam, maka nya sangat meletihkan kita walaupun kita boleh minum air (wet fasting) dalam masa 72 jam. Dari sudut Islam tujuan asal kita berpuasa adalah dengan merasai orang yang susah, susah nak dapat makanan. Jangan taksub dengan kaedah IF sampai berpuasa melebihi kemampuan diri kita.

2. Memusnahkan Collagen dalam Badan
Perasan tak ada orang yang buat intermittent fasting ni membantu mereka kuruskan badan, tapi dalam masa yang sama kulit mereka pun turut kendur. Ini yang tak best, bila kita kurus, tapi kenapa nampak tua kan? 
Ketika autophagy berlaku ia akan menggalakkan kemusnahan penghasilan collagen yang semulajadi. Kulit akan kehilangan elastik. Ini bermakna collagen yang dihasilkan oleh badan akan berkurangan.

3. Kekurangan Nutrisi
Disebabkan panjangnya masa kita tanpa makanan, badan memang akan cepat kurus tetapi dalam masa yang sama kurangkan nutrisi dalam badan. Sebab itu lah ada yang melakukan IF mereka menghadapi masalah kulit kering, gatal badan, rambut gugur, sakit badan dan sengal otot/kebas. 
Manusia memerlukan nutrien dari makanan. Jadi jika kita melakukan IF, badan kita perlu topup dengan supplement untuk melengkapkan nutrien badan yang diperlukan. 

Kesimpulannya, ada banyak sebab orang buat intermittent fasting antaranya nak kuruskan badan, nak sihat dan nak reverse penyakit. Semuanya ada pro and contra. Ada ilmu yang tepat dan kita amalkan dengan konsisten pasti hasilnya pun memuaskan.😍

Jadi sekarang kita dah faham sedikit sebanyak buat intermittent fasting dan cara kaedah yang paling sesuai untuk anda melakukan IF. Pemilihan produk supplement yang bersesuaian untuk fokus kita, Ebby rekemen untuk korang amalkan Supplements Terbaik Shaklee sebab inilah juga yang Ebby sentiasa amalkan setiap hari dari 2010 sehingga sekarang.

Boleh hubungi Ebby klik 019-6966605 atau klik gambar dibawah.