7 Tips Kesuburan Suami Supaya Isteri Mudah Mengandung

Wednesday, December 06, 2017 0 Comments A+ a-

Kesuburan dan wanita tidak dapat dipisahkan. Apabila mendirikan rumah tangga, penantian untuk mendapatkan zuriat adalah yang paling dinantikan. Dan apabila tiada 'rezeki' pihak wanitalah yang dipersalahkan.

Ramai yang tidak sedar akan realitinya. Untuk hamil, tahap kesuburan suami juga memainkan peranan yang paling penting. Jadi jika anda ingin menjadi bapa dalam masa terdekat sila amalkan tips kesuburan Suami supaya isteri cepat mengandung yang akan ebby kongsikan disini;

7 TIPS KESUBURAN SUAMI SUPAYA ISTERI CEPAT MENGANDUNG

  • Berhenti Merokok

    Lelaki dan rokok sangat sinonim. Sekiranya anda perihatin pada pasangan dan inginkan kualiti kesihatan yang baik, maka berhentilah merokok. Selain menyebabkan nafas berbau, rokok juga menyebabkan kekurangan sperma. Kajian mendapati perokok memiliki jumlah sperma yang lebih sedikit berbanding lelaki yang tidak merokok. Tidak boleh berhenti terus bukanlah alasan kerana anda boleh mengurangkan jumlah rokok yang dihisap setiap hari

  • Elak Memakai Seluar Ketat

    Mungkin ada yang tersenyum apabila membaca fakta ini. Hakikatnya ia benar dan bukannya sesuatu yang lkucu. Sebolehnya elakkan dari memakai seluar ketat dan kurang pegaliran udara. Ini kerana testis anda memerlukan suhu yang lebih sejuk berbanding bahagian tubuh yang lain. Seluar yang ketat mengganggu keselesaan testis untuk bernafas & mengurangkan kualiti sperma.

  • Pilih Makanan Yang Baik Dan Seimbang

    Makanan yang baik menjamin tubuh yang sihat. Begitu juga dengan pola pemakanan yang perlu diambil bagi meningkatkan produksi sperma. Pilih makanan rendah lemak, tinggi kandungan protein dan banyakkan sayur-sayuran. Selain itu, elakkan dari mengambil dua makanan berikut;

    1. Makanan Segera
    Umum mengetahui, makanan segera mengandungi bahan kimia yang mampu merosakkan tahap kesihatan seseorang. Malah pengambilan terlalu kerap juga dikatakan boleh melemahkan sperma sekaligus mengakibatkan kemandulan.

    2. Daging Berlemak
    Daging memang baik untuk membekalkan tenaga tetaoi jika berlebihan, ia mengundang masalah kesihatan kepada anda. Memakan daging dengan kuantiti yang banyak menyebabkan pengambilnya malas bergeraj, agresif dan fikiran tidak tenang. Oleh itu, kurangkan kuantiti pengambilan daging dalam diet makanan harian kerana ia boleh membuatkan anda tidak bersemangat untuk melakukan hubungan intim bersama isteri tercinta.

  • Rancang Waktu Untuk Bersama

    Masalah sperma cair mungkin berlaku disebabkan kekerapan ejakulasi. Ini kerana sperma akan berkurang apabila hubungan intim dilakukan dalam tempoh waktu yang agak dekat. Oleh itu, rancanglah masa yang sesuai untuk bersama dengan pasangan. Tidak semestinya kalau sehari tidak berhubungan akan menjejaskan kualiti perkahwinan.

  • Ketahui Waktu Subur Suami

    Jangan ingat orang perempuan je ada waktu subur. Lelaki pun ada waktu subur, kalau anda sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat pastikan bersama semasa suami paling subur.

  • Katakan Tidak Pada Alkohol

    Selain merokok, tabiat buruk yang perlu dihentikan ialah pengambilan alkohol. Ini kerana ia mampu menjejaskan fungsi hati sekaligus menyebabkan peningkatan ekstrogen dalam badan. Kesan ekstrogen yang tinggi secara tidak langsung mempengaruhi produksi sperma. Dengan mudah, jumlah sperma akan berkurang sekiranya anda masih tegar mengambil alkohol dalam kuantiti yang banyak dan kerap.

  • Set Cinta Bahagia Shaklee

    Ia mampu meningkatkan kualiti sperma lelaki sekali gus meningkatkan tahap kesuburan anda. Set ini terdiri daripada Caratomax, Vitamin E & Vitamin C yang berfungsi meningkatkan jumlah sperma & menghasilkan sperma yang sihat & bertenaga. Apa yang lagi best set ini akan membantu suami bertahan lama semasa bersama.
Itulah tips kesuburan lelaki supaya isteri cepat mengandung. Para isteri boleh jadikan Set Cinta Bahagia Shaklee sebagai hadiah istimewa buat suami tersayang. Hubungi Ebby untuk mendapatkannya dengan harga istimewa dan konsultasi terbaik.