Breastfeeding Set Shaklee

Thursday, November 23, 2017 5 Comments A+ a-



Proses penyusuan selama 2 tahun bukannya mudah seperti kita melihat orang menyusukan. Kita perlu komited & konsisten dalam jadual mengepam dan kawal perasaan supaya tidak stress di samping amalan pemakanan yang baik. Oleh itu, vitamin Shaklee sangat membantu dan menjadi pilihan ebby sehingga kini.



Ebby ialah salah seorang penyokong tegar penyusuan sehingga bayi berumur 2 Tahun. Masa anak pertama dan kedua, tidak dinafikan ebby tidak cukup ilmu dan masing-masing hanya mendapat susu badan sehingga berumur 8 Bulan dan 6 Bulan.


Tetapi, untuk anak ke 3 dan 4 setelah mendapat bantuan dari group-group sokongan, menghadiri kelas-kelas penyusuan dll ebby berjaya menyusu ke dua-dua mereka sehingga melebihi 2 Tahun dan yang best nya kedua-dua mereka menyusu serentak (tendem nursing). Ebby mengandungkan anak no 4 sewaktu masih menyusukan anak no 3 dan ebby meneruskan penyusuan sehingga melahirkan anak no 4 dan berlanjutan sehingga melebihi umurnya 2 tahun.



Alhamdulillah, the best moment ever!!! rindu pulak tetiber, sob sob sob. Oleh itu, ebby sangat percaya bahawa tiada alasan untuk kita tidak menyusukan anak, susu itu hak mereka.

Tiada istilah "saya takde susu" atau "susu saya tak cukup". Kita sebagai ibu seharusnya mendalami ilmu penyusuan seawal tempoh kehamilan kerana percayalah, menyusukan anak ni memerlukan ilmu, tidak boleh hentam kromo.


"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."- (Surah Luqman : ayat 14)

Seperti yang kita tahu, banyak faktor yang mempengaruhi jumlah susu ibu. Di antaranya ialah kekerapan menyepam (konsep demand & supply), stress, tahap kesihatan, pemakanan dan faktor-faktor lain seperti sokongan keluarga juga memainkan peranan yang sangat penting dalam tempoh penyusuan susu ibu ni.


Ramai yang mencari penggalak susu (milk booster) tapi dalam masa yang sama tidak faham pun kegunaan vitamin itu sendiri. Seperti Vitamin Shaklee, ianya berfungsi untuk meningkatkan tahap kesihatan dan mencukupkan zat keperluan ibu supaya badan mampu mengeluarkan susu yang mencukupi dan berkualiti bersesuaian dengan keperluan bayi kita.



Vitamin dalam Breastfeeding Set Shaklee :

set menyusu shaklee, full set menyusu shaklee, vitamin menyusu, milk booster shaklee


Jika anda beli breastfeeding set dengan saya, anda juga akan mendapat :

• Free consultation berkenaan breastfeeding.
• Tip untuk memperbanyakkan air susu.
• Extra Support Group jika membeli dan join keahlian shaklee di bawah B'Rich Team

InsyaALLAH, ebby akan bantu anda.

Berminat untuk mendapatkan set ini? Boleh membuat belian atas talian dengan menekan butang di bawah atau hubungi saya seperti detail berikut :
















5 comments

Write comments
aqilahismail
AUTHOR
November 23, 2017 at 1:14 PM delete

Tetiba rindu lak nak BF. huhu

Reply
avatar
Ebby
AUTHOR
November 23, 2017 at 1:22 PM delete

Best kan moment bf..ever

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
November 23, 2017 at 2:16 PM delete

kite sempat bf smp anak 1thn 8bln je..lps tu xtahan dah bab asyik kena rentap je...

Reply
avatar
Ebby
AUTHOR
November 23, 2017 at 2:53 PM delete

Rentap tu pon salah 1 cabaran perjalanan bf

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
November 23, 2017 at 6:44 PM delete

kite sempat bf smp anak 1thn 8bln je..lps tu xtahan dah bab asyik kena rentap je...

Reply
avatar