Gemuk is Not Awesome!
Tetiba gambar ni kuar kat Wall FB...
Gambar zaman anak 2 (Raya 2011) - Bukan gambar mengandung tau..tapi memang moks-moks...
•
Ebby moks bukan lepas bsalin tau tp mmg moks dr zaman sekolah...di sekolah dlu pun..dapat macam² gelaran...
Gambar umur 12 Tahun pon besar dari Cikgu :-P |
"Gajah, Big Show, Badak Air, Badak Sumbu, Doraemon dll" tp jenis "Ada Aku Kesah" sedikit pon x bganjak...dunia aku tetap gemuk.. DIET takde dalam kamus hidup..
Tapi walau b gemuk...b jenis aktif, kawad kaki, panjat bukit, terjun gaung smua b redah😂
Day by day...sampai b tpukul dengan 1 kata² saudara tdekat & kawan tdekat "ebby, jaga² muka husband mu boyish (awek muda) bla bla bla" pastu ramai kenalan dan kawan² se usia yang ada masalah kencing manis, obesiti, darah tinggi, paling teruk ada kawan meninggal di sebabkan strok...
Hati mula lah...serba x kena...smpai pikir nak makan "ubat kurus" pon ada...
Lama² dalam group ntah macam mana ebby blh join Detox Parasite...walhal Detox Parasite bukan untuk kurus..tapi ianya 1 permulaan untuk kurus... 5 hr buat detoks berat turun 5kg ++...
Sape tak terkejut...makan nasi kott..bukan la diet a***** pon...eh sblm tu pernah buat..tp gagal...ha³😂
Pastu rasa wahh kena trus..n now masih lagi on detox..sbb target belum sampai...
Doakan ebby mncapai target ye...
Pssst : Dlu baju 8XL tau..bukan XL🙈 ... Gemuk is not awesome!!!
Gemuk boleh dibahagikan kepada 4 jenis. Jom kita kenali jenis-jenis gemuk ni satu persatu :
1- Jenis Gemuk Air
Kategori ini disebabkan badan menyimpan kapasiti air yang tudak diperlukan oleh tubuh. Biasanya badan akan menggelambir dan lembik oleh kerana air yang berlebihan tadi. Seperti perumpamaan, bayangkan sebiji belon ada isikan dengan air, kemudian anda ramas-ramaskan… Begitulah keadaannya badan kita kalau kita kategori gemuk air. Orang yang gemuk air juga lebih cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian. Dan kalau timbang berat waktu pagi dan malam, akan ada perubahan 1-2 kg kurang atau lebih. Itu maknanya terdapat lebihan gumpalan air dalam badan. Kebanyakan yang mengalami gemuk air ni, anak dara baru kahwin ataupun ibu-ibu lepas bersalin. Biasanya tak susah sangat berat nak turun.
2- Jenis Gemuk Angin
Gemuk angin ni lebih kurang sama keadaannya macam gemuk air. Badan pun macam lembik-lembik bila dipicit. Tapi, selalu sendawa, perut kerap terasa sebu, mudah pening, loya dan lagi satu kerap kentut… Alamak, yang ni kena jaga-jaga sikit. Jangan boom kat orang belakang sudah…hehe… Kategori yang ni pun agak mudah nak turun beratnya kalau kena caranya.
3- Jenis Gemuk Lemak
Gemuk lemak boleh diumpamakan seperti kita masukkan bancuhan tepung dengan sedikit air ke dalam belon. Kemudian ramas-ramaskan belon tu. Begitulah keadaannya badan kita kalau kita gemuk lemak. Dan ada juga saya pernah terbaca, yang orang kategori gemuk lemak ni sering berlaku kepada mereka yang mempunyai bentuk badan jenis bentuk epal.
4- Jenis Gemuk Daging
Kategori gemuk daging biasanya badan berasa berat dan pejal. Gemuk lemak terjadi kerana disebabkan masalah kegemukan yang terlalu lama terjadi contohnya dari kecil lagi memang badan jenis tembam dan debab. Cara nak check, cuba pegang lengan tangan, lepas tu kalau rasa solid, pejal, tak menggeleber, itu boleh dikategorikan dalam gemuk daging. Kalau kategori ni, proses mengurangkan berat badan agak sukar kerana lemak sudah bergumpal dengan daging. Namun, tetap ada caranya. Dan InsyaAllah berkesan.
Dah tahu korang jenis gemuk yang mana? Kalau dah tahu, baguslah. Lebih mudah untuk kita mengenalpasti apa tindakan seterusnya yang perlu kita ambil dalam usaha untuk mengurangkan berat dan semestinya untuk mengurangkan ukuran inci di badan. Apa pun jenis gemuk anda, berusahalah sebaik mungkin untuk mengurangkan kegemukan badan kita.
e-mail : ebby.shaklee@gmail.com
8 comments
Write commentsowh..ada jenis gemuk nie rupanya b..kena rajin detox..buang toksin dalam badan..(Y)
Replyju jenis gemuk angin ! HAHA tp tu last year la, 6month jga pemakanan, alhamdulillah dr 60kg skrg da 48kg. Tfikir nak kurgkn berat badan ke arah lebih sehat atas sbb spt sis B jg la huhu
ReplyBagusnya cara diet b...tak perlu berlapar pun kan ��
ReplyDetoks memang cara cepat utk kuruskan badan. Terbuktu. K nas pernah buat. Dua minggu turun 5 kg.
ReplyTapi lagi best,badan sihat..bnyk pnyakit pun hilang.
betul tu salmiah...tp sbnrnya tulang kita semua sama besar je...x der pon istilah rangka besar dalam sains
Replyhe3 betul x kisah la...y penting badan sihat kan?
Replykalau kita berlapar..badan jadi bounce...nanti stop diet badan naik berganda2 dari berat asal
Replywahh kak nas bagus tuh....kepidap dongibab
Reply