Pendedahan Mengenai Detoks Parasit

Wednesday, March 02, 2016 0 Comments A+ a-

Pernah dengar mengenai detoks?
Anda pernah melakukan detoks?
Bagaimana cara anda melakukan detoks?
Apa yang anda ingin kan dari detoks?
Dan apa pula kaitan detoks dengan bulan purnama?

Hari ini saya ingin berkongsi tentang cara saya melakukan detoks parasit.




Kebanyakan orang anggap bila kena detox adalah untuk kurus semata-mata. Padahal ia sebenarnya wajib dilakukan dalam badan kita memandangkan setiap masa kita makan kan!

Proses detox ini bukan hanya untuk orang yang gemuk. Tetapi ia untuk semua orang tidak kira kurus ataupun gemuk.




Mengapa kita perlu detox badan?
 Detox merupakan proses pengeluaran racun atau zat-zat yang bersifat racun dari dalam tubuh.

Bagaimana toksin, cacing, parasit dan lain-lain boleh masuk dalam tubuh kita?
 Terhasil daripada makanan yang kita makan. Bukannya semua makanan akan bagi nutrient dan tenaga pada badan. Sebahagian besarnya akan menempel di dinding usus besar kita.

Korang Tau Tak?
 Dalam badan kita juga mengandungi logam berat (heavy metal). Datangnya daripada air paip di rumah kerana kandungan plumbum. Manakala dalam ikan yang kita makan pun mengandungi merkuri.

Bayangkan la semua itu dalam usus kita!
Ia semualah merupakan parasit yang mengganggu zat-zat dalam badan kita secara senyap dalam keadaan kita sedar mahupun tidak.

Lama kelamaan parasit tua akan menjadi keras di dinding usus kita. Sampaikan jadi berkerak dan memang berpotensi mendapat kanser usus.

Boleh baca serba sedikit pada link sini.

Selama ini kita hanya mengetahui bahawa cacing hanya berada di dalam usus kan?
Hakikatnya toksin dalam badan juga daripada parasit dan kecacingan. Hah jangan ingat kanak-kanak je ada cacing dalam perut tau. Orang dewasa pun ada cacing. Parasit boleh berada bukan setakat di dalam usus sahaja, tetapi di dalam organ yang lain seperti hati, paru-paru, otak, mata dan boleh dikatakan pada seluruh organ kita mempunyai parasit.


Jenis Parasit

Cacing Gelang (Ascaris Lumbricoides)
Mudah masuk dalam badan melalui makanan dan minuman yang tercemar.

Cacing kremi (Cacing Kerawit)
Ini cacing kecil yang biasanya ada dalam badan kanak-kanak. Cacing ini mudah dikeluarkan bersama makanan melalui dubur.

Cacing tambang (Ankylostomiasis)
Cacing yang panjang dan membiak di dalam paru-paru dan usus kita

Cacing cambuk (Trichinella Spiralis)
Datangnya cacing ini daripada daging-daging yang tercemar. Bagi mereka yang suka makan daging separuh masak, lebih mudah mendapat cacing ini.

 Cacing Pita (Taenasis)
Cacing ini datangnya daripada haiwan seperti ikan dan lembu. Menjadikan usus manusia sebagai induk (tempat) untuk hidup.

 Memang cacing ataupun parasite ini akan berumah hidup dalam badan kita. Makin lama jika tidak didetox memang akan bagi kesan pada badan kita.

Boleh tengok video di link SINI dan SINI.




Kekuatan sistem imun kita boleh menentukan sama ada atau tidak kita tahu yang kita sedang menjadi tempat pembiakan parasit.

Sebab apa?
 Apabila sistem imun menjadi lemah keradangan seluruh badan akan mula merebak.
 Hal ini terutama berlaku di usus, yang mempunyai saluran komunikasi terus ke otak melalui saraf vagus.

Masalah Pencernaan Yang Kronik (sembelit, kembung perut, tidak membuang setiap hari)

Pelbagai bentuk tekanan mental (kemurungan, kebimbangan, sakit badan, sakit kepala, sakit mata, halusinasi visual, perubahan tingkah laku, dan  bayangan aneh bahawa ada sesuatu yang tersangkut di kepala)

Gangguan kerengsaan usus (IBS) (Gangguan autoimun)

Gangguan Imun (menghisap nutrien daripada badan)




Gangguan Tidur (insomnia)

Bruxism (Asah gigi ketika tidur, ketap gigi)




Masalah Kulit (ruam, gatal-gatal, ekzema dan lain-lain bentuk alahan menyerang kulit)

Cirit Birit (beberapa parasit menghasilkan bahan kimia yang dipanggil prostaglandin yang membawa kepada kehilangan klorida dan natrium dari badan)

Sakit Badan (cyst di otot dan sendi)

Keletihan yang Kronik (parasit mengurangkan bekalan nutrien penting yang membawa kepada keletihan pada tahap mental, fizikal dan emosi)

Tanda-tanda lain (ensitiviti makanan; anemia - kekurangan zat besi, bilangan yang berlebihan jangkitan bakteria atau virus, berat badan yang berlebihan, kebimbangan resah, gatal-gatal telinga, hidung dan dubur, kealpaan, proses pemikiran perlahan, makan berlebihan tetapi tetap rasa lapar atau lesu, meleleh air liur semasa tidur, masalah dengan kitaran haid bagi wanita dan disfungsi seksual untuk lelaki, tangan kebas)


Macam Mana Kita Nak Bunuh Parasit?

 Kekuatan sistem endokrin dan sistem imun seseorang sebahagian besarnya menentukan bagaimana teruk jangkitan parasit akan memberi kesan kepada individu tersebut.

Bergantung kepada:
▪ Bagaimana parasit hidup dari tuan rumah.
▪ Toksin atau bahan buangan yang dihapuskan
▪ Bagaimana parasit mengaktifkan sistem imun.
▪ Sistem imun individu adalah lemah.

Januari 2016 Geng Parasite Detox Club telah menjalankan remote project dalam iReach & Shaklee Malaysia


Nak tau macam mana saya dan mereka buat?

Dalam entri seterusnya saya akan ceritakan atau boleh hubungi saya untuk mengetahui apa itu "Jom Detoks Parasit"






Posted via Blogaway