Bahaya Kanser Usus Besar

Tuesday, February 09, 2016 1 Comments A+ a-

Kanser usus atau kolon adalah kanser kedua paling lazim menyebabkan kematian.
Di kalangan wanita, kanser usus berada di tangga ketiga selepas kanser payudara dan serviks. Di kalangan lelaki, inilah kanser paling kerap berlaku. Lebih membimbangkan, insiden kanser usus pada lelaki dan wanita semakin meningkat di kalangan individu berumur 50 tahun ke atas.

Punca sebenar kanser usus masih tidak diketahui dengan tepat, tetapi ia dikatakan ada kaitan dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang. Kanser usus ialah pertumbuhan sel tidak normal dan tidak terkawal dalam usus besar atau rektum sel malignan yang hidup di dinding usus (atau rektum) yang bermula dengan pembentukan polip (ketulan kecil), membesar menjadi tumor dan akhirnya berubah kepada kanser. Proses ini mengambil masa bertahun-tahun dan tidak menunjukkan gejala jelas sehinggalah ia semakin teruk.


Tanda-tanda Kanser Usus

Kanser usus boleh terjadi tanpa gejala yang jelas tetapi ada beberapa tanda yang perlu diberi perhatian iaitu apabila anda mengalami masalah untuk buang air besar. Peringkat awal kanser usus mungkin tidak menunjukkan gejala, tetapi apabila polip mula membesar menjadi tumor, ia boleh menyekat laluan usus dan mungkin menyebabkan pendarahan. Antara gejala kanser usus ialah:

 Kerap buang air tetapi tidak puas
 Masalah cirit birit dan sembelit berselang-seli
 Najis bercampur darah
 Najis berwarna kehitaman
 Perubahan pada bentuk najis
 Perut rasa memulas
 Terasa asyik hendak buang air besar
 Perut tidak selesa (kembung, senak, sakit)
 Muntah
 Hilang selera makan
 Berat badan turun tanpa sebab
 Kerap penat
 Pada keadaan serius, pesakit mungkin tidak dapat membuang air

Faktor-faktor / Risiko Kanser Usus

 Umur (>50Tahun lebih berisiko)
 Kehadiran polip dalam usus
 Sejarah keluarga
 Sejarah diri (pengidap kanser lain: kanser payudara, ovari atau uterus)
 Pemakanan (Berlemak, Daging dan kurang serat)
 Rokok (meningkatkan risiko pertumbuhan polip)
 Obesiti
 Alkohol
 Kurang bersenam

Kanser usus boleh dicegah melalui perubahan tabiat pemakanan dan bersenam. Malah, melakukan aktiviti yang kurang menggunakan tenaga selama 2 jam seperti membersihkan rumah didapati boleh memberi banyak perubahan kepada diri seseorang.

Cara mengurangkan risiko mendapat kanser iaitu dengan mengamalkan gaya hidup sihat
 mengambil makanan seimbang
 mengekalkan berat badan normal
 meningkatkan aktiviti fizikal
 melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan

Kanser Usus Boleh Dicegah

10 Produk Shaklee Untuk Pesakit Kanser

1. Alfafa
 Sel-sel kanser tidak akan tumbuh atau membesar dalam tubuh yang beralkali. Alfalfa Complex adalah makanan yang sangat beralkali. Ia membantu meneurtralkan pH tubuh yang berasid supaya menjadi lebih beralkali dan ia boleh memperlahankan dan/atau menghentikan pertumbuhan sel-sel kanser.

2. NutriFeron
 Produk unik dari Shaklee yang dikenali sebagai NutriFeron ini membantu meningkatkan penghasilan interferon secara semulajadi oleh tubuh manusia. Ia merupakan satu-satunya interferon semulajadi didunia. Kajian-kajian telah menunjukkan ia mampu merangsang dan mempertingkatkan sistem imun tubuh secara keseluruhan  yang berfungsi untuk membunuh T-cells, B-cells dan makrofag.
 Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin yang melawan sel-sel kanser dan tumor. Selain itu ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan ketika rawatan kemoterapi.

3. DTX Complex
 Oleh kerana hati sangat penting untuk mencuci darah dan sistem perkumuhan , ia perlu bekerja keras terutamanya ketika penyakit sedang menyerang bagi menghalang penyakit tersebut merebak. DTX Complex berfungsi untuk membersih, merangsang dan menghasilkan semula sel-sel hati apabila diperlukan.
 Apabila ubat-ubatan dari kemoterapi dimasukkan, ia akan memaksa hati untuk bekerja dengan lebih keras. Ramai pesakit kanser meninggal bukan disebabkan oleh kanser tetapi dari kegagalan hati.

4. CarotoMax
CarotoMax mengandungi gabungan komplex karotenoid, Beta Carotena, likopena, lutien dan sebagainya yang sangat kaya dengan sifat antioksidan. Ia mengukuhkan sistem pertahanan tubuh, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ia mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida. Ini akan mengurangkan risiko kanser terutama sekali kanser paru-paru dan payudara.

5. SR Vita-C 500mg
 Pengambilan sejumlah besar vitamin C iaitu 10,000mg atau lebih sehari sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Linus Pauling Clinic mempunyai kesan yang dramatik terhadap tubuh yang sedang melawan penyakit. Ia merangsang penghasilan sel-sel darah putih dan sel-sel tubuh yang mengandungi ekstra vitamin c mempunyai peluang yang lebih besar untuk tumbuh semula tanpa termutasi. Kanser adalah disebabkan pertumbuhan sel yang tak terkawal semasa proses pertumbuhan semula. Shaklee menawarkan SR Vita-C 500mg

6. Energizing Soy Protein
 Elakkan protein dari sumber haiwan sebaliknya gunakan protein dari sumber sayur-sayuran kerana ia lebih mudah dihadam. Malah ia tidak mengandungi sebarang kesan antibiotik dan sebagainya yang boleh menjadi punca penyakit! Protein juga merupakan kunci sumber tenaga dan penghasilan semula sel-sel sihat. Shaklee mempunyai ESP yang menjadi sumber protein terbaik berasaskan soya yang dijamin kualitinya.

7. Herb-Lax
 Sesetengah ubat-ubatan boleh mempengaruhi pergerakan otot pada kolon. Ubat-ubatan tersebut akan memperlahankan proses pembuangan najis dan ini akan menyebabkan masalah sembelit. Proses pembuangan adalah sangat penting dalam penyembuhan kerana ia turut akan menyingkirkan sisa-sisa toksik berbahaya. Herb-Lax dapat membantu anda melawaskan dan menyingkirkan toksin dan ia bertindak sebagai detox.

8. Performance Drink
 Merupakan minuman untuk mengelak dihidrasi. Walau hanya mengalami 1% dihidrasi sudah cukup menganggu inikan pula bagi mereka yang sedang  melawan penyakit. Oleh itu, anda mestilah sentiasa minum air dengan mencukupi. Dengan Performance Drink, ia turut mengandungi trace minerals yang sangat penting untuk proses penyembuhan.

9. Produk Get Clean
 Penggunaan produk pencuci rumah pernah dibuktikan boleh membawa kepada banyak penyakit termasuk kanser. Get Clean merupakan produk pembersihan dan penjagaan rumah yang bebas bahan toksik punca penyakit dan kanser. Bertukarlah kepada Get Clean hari ini dan lindungi kebersihan rumah dan kesihatan anda.

10. VIVIX
 Kajian klinikal menunjukkan ramuan aktif Vivixberupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap selular.
 Salah satu kandungannya ialah resveratrol yang merupakan perubatan semulajadi yang mempunyai bukti kukuh dapat menghalang dan menghentikan pelbagai peringkat kanser. Ubat terapi kemo tidak spesifik ketika menyerang sel: ia menyerang sel-sel kanser dan turut menyerang sel-sel sihat. Resveratrol tidak merosakkan sel-sel sihat bahkan melindunginya ketika membunuh sel-sel kanser.
 Vivix turut melindungi DNA sel, menghalang kimia dan radiasi yang menyebabkan kanser serta melawan radikal bebas dan inflamasi. Ia juga bantu memelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, tingkatkan sistem imun, kesihatan sendi, perlindungan antioksidan dan peningkatan tenaga pada tahap selular.

Ingin saya ingatkan kesan & jangka masa penggunaan produk-produk diatas adalah berbeza mengikut individu kerana setiap orang adalah unik. Namun janji Allah, tiada penyakit yang diturunkan tanpa penawarnya kecuali mati..Oleh itu kita sebagai manusia digalakkan untuk terus berusaha dan jangan sesekali berputus asa.

Ini peluang terbaik anda untuk atasi masalah kanser anda dengan produk Shaklee pada harga istimewa. Hubungi saya sekarang untuk konsultasi produk mengikut kesesuaian anda.


Hubungi saya
 Ebby
 012-956.9686
 ebby.shaklee@gmail.com

1 comments:

Write comments
Suliana Yusof
AUTHOR
February 1, 2017 at 3:30 PM delete

Padat dan penuh dengan informasi.

Reply
avatar