Bahaya Alfafa kepada ibu Menyusukan & Pengamalnya???

Thursday, April 09, 2015 0 Comments A+ a-

credit to Dr Zubaidi Ahmad

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Agak hot la bila mana artikel lama dalam blog Dr.Zubaidi Ahmad mula di timbulkan menjadi isu semula. Apa yang hot sangat tu kan? Meh sini nak share apa isu yang hot itu 😃?

APAKAH ALFAFA MERBAHAYA KEPADA IBU YANG MENYUSUKAN ANAK?
👉Sebelum anda ingin mengamalkan sebarang produk yg berasaskan alfafa (medicago sativa), pastikan ia dihasilkan daripada DAUN sahaja kerana ia lebih SELAMAT dan menurut petikan diatas, ia berkemungkinan selamat. Elakkan mengamalkan serta mengambil produk alfafa yang dihasilkan daripada BENIH (sprout) alfalfa kerana ia tidak selamat dan menurut artikel di atas, berkemungkinan tidak selamat untuk penggunaan jangka masa panjang yang boleh menyebabkan reaksi yang sama dengan penyakit autoimun 'lupus erythematosus' 


👉paling penting, pastikan ia ditanam secara organik.


👉Alfafa adalah tumbuhan herba yang banyak faedah. Sangat-sangat berharga dan telah di guna pakai sejak bertahun-tahun dahulu. Tetapi, kita perlu yakin dan kenal pasti proses penanaman serta proses penghasilan alfafa itu sendiri


👉Shaklee menanam sendiri pokok alfafa, menjalankan proses sendri dan menjaga kualiti alfafa untuk diproses menjadi tablet. Shaklee hanya menggunakan daun alfafa yang dikeringkan dengan udara secara semulajadi.


👉Jika anda ada mengamalkan apa-apa ubatan daripada doktor, kerana di khuatiri ubatan doktor yang anda makan itu akan kurang kesannya. Jadi, saranan terbaik adalah, anda perlu dapatkan pandangan serta nasihat doktor jika anda ingin mengambil alfafa sebagai supplement harian anda. 


👉Seperti yang tertulis dalam artikel Dr.Zubaidi Ahmad (klik link di atas untuk baca artikel) Ibu yang menyusukan anak mungkin tidak selamat ambil alfafa dalam kuantiti yang banyak. Tetapi, adakah anda akan makan alfafa Shaklee ini dalam kuantiti yang benyak setiap hari? Jadi, adalah sangat penting untuk anda dapatkan cara pemakanan terbaik dan betul daripada pengedar Shaklee anda. Kerana, pengambilan supplement tidak kira supplement shaklee atau apa-apa juga supplement untuk menambah susu ibu atau lain-lain tujuan, kita perlu dapatkan konsultasi yang baik dan bukannya beli dari apa-apa jenis suppelement serta beli daripada siapa-siapa dan kita memandai makan sendiri. Itu sangat tidak di galakkan. Distulah sebenarnya anda yang meletakan bahaya untuk diri anda sendiri.


Buat ibu yang menyusukan anak, anda perlu jelas bahawa apa juga vitamin yang diambil termasuk vitamin dari Shaklee bukannya faktor utama yang menyebabkan pengeluaran susu meningkat. Ibu-ibu perlulah memahami bahawa vitamin bukanlah cara untuk membanyakkan susu ibu. Vitamin diambil demi memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat dan secara langsung mampu membekalkan susu ibu kepada bayi.


Kejayaan penyusuan antaranya adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu iaitu "LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSUIBU DIHASILKAN"


Supplement adalah untuk kita membina kesihatan yang baik dan bukan bertujuan untuk merawat apa-apa penyakit. Perlu jelas kenapa dan untuk tujuan apa kita mengambil apa jua jenis supplement. Mengambil supplement membantu kita mendapatkan semula khasiat yang kekurangan dalam badan kita akibat daripada kita yang tidak dapat menjaga pemakan seharian kita. Selain itu, persekitaran hari ini juga adalah antara salah satu sebab kita perlu mengambil supplement. Melainkan jika anda memang yakin, anda mampu untuk setiap hari mendapatkan kesemua nutrien yang di perlukan tubuh.


SLE tidak boleh ambil alfalfa kerana alfala mengandungi sejenis asid amino L-canavanine yang menyebabkan pesakit SLE menjadi keradangan


Wanita mengandung tidak dinasihatkan mengambil alfalfa kerana alfalfa boleh induce kedatangan haid & menyebabkan keguguran


Anemia tidak boleh ambil alfalfa kerana ia boleh memusnahkan sel darah merah.





P/S:


Tidak semua alfalfa adalah sama, kebanyakan alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.



Posted via Blogaway