Kebaikan ESP Shaklee Berbanding Produk Soya Lain

Wednesday, December 06, 2017 1 Comments A+ a-

Ramai yang tahu bahawa soya adalah makanan yang baik untuk kesihatan. Dan ramai jugak yang selalu mendengar tentang Fitnah yang sering dilemparkan kepada soya.

Seperti yang kita tahu, terdapat pelbagai jenis produk soya dipasaran tetapi kenapa ESP Shaklee adalah yang terbaik? Apakah kebaikkan ESP Shaklee berbanding produk soya yang lain sehinggakan banyak testimoni yang kita baca berkenaan ESP shaklee ni?


ESP Shaklee terdiri daripada protein & fungsi utama protein adalah untuk membina sel-sel baru dan membaiki sel-sel lama. Sel adalah unit terkecil dalam badan kita. Sel membentuk tisu. Tisu membentuk organ & organ membentuk sistem. Oleh itu, kalau kita nak sistem yang baik, kita perlu baiki sel dulu iaitu unit yang paling asas.

Kenapa kita perlu mengambil protein tambahan?

Protein adalah makronutrient yang paling penting untuk badan kita. Tulang, kulit, rambut, otot, organ, plasma, antibodi, enzim, hormon, hemoglobin dan sel-sel badan kita semuanya terdiri daripada protein. Semua sel yang terbentuk di dalam badan kita bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu yang rosak atau cedera dengan tisu-tisu yang baru.

Apabila sel-sel dalam badan kita sihat, secara automatik luaran kita juga akan sihat.

Apakah Kebaikan ESP Shaklee Berbanding Produk Soya Lain?

ESP merupakan sumber protein lengkap yang kaya dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan & sukar diperoleh dari diet seharian

ESP diperbuat dari non-GMO soy sahaja

ESP rendah lemak & bebas kolesterol

Kandungan lemak dalam ESP sangat minimum iaitu 1gm dan tanpa laktosa yang menyumbang kepada kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah

ESP mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8gram karbohidrat untuk tenaga. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet digunakan di dalam proses penghasilan ESP

Sekarang anda dah tahu apakah kebaikan ESP Shaklee berbanding produk soya lain di pasaran. Dapatkan ESP dengan Ebby hari ini!


1 comments:

Write comments
ezalmix
AUTHOR
April 1, 2018 at 4:15 PM delete

Info yang menarik ni.

Reply
avatar