Punca Pendarahan Semasa Mengandung

Tuesday, December 05, 2017 0 Comments A+ a-

Pernah dengar tak tentang wanita mengandung dan mengalami pendarahan? Jangan risau kerana 15-25% wanita hamil mengalaminya. Dapatkan rehat secukupnya. Bedrest sangat penting bila pendarahan berlaku. Nak tau tak apa punca pendarahan semasa mengandung?

Punca Pendarahan Semasa Mengandung, Bleeding in Pregnancy, Mengandung, Cara untuk menguatkan rahim, esp shaklee bantu kuatkan rahim, esp shaklee kuatkan rahim
Punca Pendarahan Semasa Mengandung
Apakah punca pendarahan semasa mengandung?

  1. Pendarahan boleh berlaku disebab ibu terlalu aktif & lasak terutamanya di awal trimester kehamilan di mana kandungan masih belum berapa kuat. Sebab itu bila pendarahan berlaku, ibu wajib bedrest. Lupakan kerja pejabat dan kerja rumah. Minta bantuan suami atau atau ahli keluarga lain untuk menjaga anak-anak. Anda pula hanya perlu rehat, rehat dan rehat.
  2. Pendarahan juga boleh menjadi petanda bahawa anda mengalami hakisan serviks atau dikenali sebagai 'etropion' serviks di mana sel-sel yang lazimnya berada dalam saluran serviks kini terdedah kepada keadaan luar dan ia kelihatan seperti kawasan "radang".
  3. Disamping itu, pendarahan juga boleh berlaku selepas perhubungan intim disebabkan oleh jangkitan vagina, jangkitan serviks dan polip (pertumbuhan / kulat yang tidak merbahaya)
  4. Selain faktor-faktor yang ebby dah sebut di atas, pendarahan juga mungkin berlaku kerana kekurangan protein. Kebiasaannya ibu yang mengalami alahan atau morning sickness yang teruk langsung tidak boleh makan atau minum. Kalau kita tidak makan, tubuh badan akan kekurangan vitamin terutamanya protein yang paling penting dalam pertumbuhan janin. Oleh itu, ESP adalah vitamin yang penting untuk ibu yang hamil.
Sekarang anda dah tahu tentang punca pendarahan semasa mengandung. Jika anda mengalami pendarahan, jangan panik. Berjumpa dengan doktor untuk memastikan kandungan anda berada dalam keadaan yang baik dan amalkan tips untuk merawat pendarahan semasa mengandung. Jangan lupa amalkan ESP Shaklee. Jika pendarahan berterusan, sila berjumpa doktor semula.