8 Tips Banyakkan Susu Badan Dengan Mengamalkan Perkara Asas Penyusuan

Saturday, November 25, 2017 2 Comments A+ a-

Menyusukan anak sehingga 2 tahun adalah impian setiap ibu. Ramai ibu sanggup mengambil vitamin untuk membanyakkan susu badan. Ya, memang ramai yang berjaya membanyakkan susu dengan pengambilan vitamin TETAPI lebih ramai juga yang GAGAL sehingga membuat keputusan untuk memberikan anak susu formula kerana takut anak kelaparan.

Kenapa ini terjadi?

Kerana seperti entri sebelum ini, ebby dah nyatakan bahawa vitamin sahaja tidak mampu membanyakkan susu kita. Kita wajib mengamalkan perkara asas penyusuan. Hari ni ebby akan berkongsi sedikit Tips untuk banyakkan susu badan dengan mengamalkan perkara asas penyusuan.

8 tips banyakkan susu badan dengan mengamalkan perkara asas penyusuan, set menyusu shaklee
Tips Banyakkan Susu Badan Dengan Mengamalkan Perkara Asas Penyusuan
  1. Mengosongkan payudara dengan kerap
    Konsep asas bagi penyusuan yang berjaya ialah Deman VS Supply. Maksudnya, bila payudara kita kerap kosong, otak akan mendapat signal bahawa supply sudah habis dan ada demand untuk menghasilkan susu. Oleh itu, kalau payudara kita kerap kosong, otak jugak akan kerap mengeluarkan signal supaya menghasilkan susu. Makin banyak demand, makin banyak supply susu akan di hasilkan. Logik tak?

    Payudara dikosongkan melalui dua cara. Seperti yang kita tahu menyusukan bayi atau mengepam. Oleh itu, bagi ibu yang bekerja, jangan culas untuk mengepam di pejabat tau!

    Masalah yang selalu sangat kita dengar mengenai susu sedikit ketika pantang. Itu perkara biasa, sebab perut bayi masih kecil. Sebenarnya susu kita tu cukup je untuk bayi kita. Teruskan menyusu bermula sejurus selepas bayi dilahirkan.

    Jangan cepat mengalah untuk membeli susu formula. Dan jangan mudah terpedaya dengan mitos tentang penyusuan susu ibu.

  2. Minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari
    Bila menyusukan bayi, memang kita kerap dahaga. Kalau perasan, bila kita kurang minum, susu pun mula berkurang dan kita juga mudah penat. Jadi, pastikan minum air dalam jumlah yang cukup.

    Tips untuk memastikan kita minum air mencukupi, kena tahu berapa berat badan kita dan cuaca di tempat kita. Kalau cuaca panas, kena lebih kan minum air lagi. Sukat air dengan menggunakan botol lebih mudah untuk kita pastikan jumlah kita minum tu mencukupi. Itulah yang saya buat sehingga sekarang.

  3. Power pumping
    Ramai ibu yang tidak tahu apa itu power pumping. Power pumping ni tujuannya untuk boot up susu kita. Ianya boleh diamalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali. Semasa saya berpantang dulu, saya tenderm nursing jadi tak sempat nak buat power pumping. Alhamdulillah susu saya melimpah ruah.

    3 Cara Power Pumping Mudah
    1) Pump payudara kanan selama 10 minit kemudian pump sebelah kiri pula selama 10 minit. Ulang selama 1 jam.
    2) Pump payudara kanan selama setengah jam kemudian payudara kiri selama setengah jam.
    3) Untuk yang guna dual pump, anda boleh mengepam kedua-dua payudara serentak selama 30 minit.

    Semakin kerap kita buat power pumping, insyaALLAH makin bertambah susu kita. Jika anda menggunakan pump elektrik pastikan guna dengan teknik yang betul iaitu kelajuan yang betul. Salah cara boleh menyebabkan payudara kita sakit semasa mengepam. 

    Jika caranya dah betul tetapi tetap merasa sakit, mungkin anda tersalah memilih pump.

  4. Makan secukupnya
    Menyusukan anak memang membuatkan kita mudah terasa lapar. Takpe, jika anda merasa lapar makan je. Jangan membiarkan perut kita lapar, susu juga akan turut berkurang. Sebab itu, dalam islam ibu menyusu diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa. Jadi ibu jangan terlalu fikirkan kalori ya sebab sewaktu menyusu pon kalori ibu akan terbakar.

    Untuk mereka yang jaga diet, makan ikut portion dan kerap insyaALLAH berat terkawal.
  5. Makanan yang menjadi milk booster
    Ada banyak jenis makanan yang memang telah terbukti mampu menjadi milk booster. Tapi dalam masa yang sama jugak kita kena kenal adakah makanan itu boleh menjadi milk booster kepada kita sama. Try and Eror.

    Ini antara contoh yang saya sendiri amalkan antaranya lobak putih, halba, longan kering, kurma, cheese dan sebagainya. Nanti saya kongsikan dalam entri berikut.
  6. Pengambilan vitamin yang menjadi milk booster
    Di sini, barulah set breastfeeding shaklee memainkan peranan. Bila kita dah buat semua 5 usaha kita tadi. InsyaALLAH susu jugak berkualiti dan badan kita pon tak de lemau-lemau. Dengan dos & cara makan yang betul, set ini mampu membanyakkan susu anda.

    Tapi perlu diingatkan, jangan hanya bergantung semata-mata pada vitamin.
  7. Berhenti beralasan
    Tengah mengandung? Takde masalah pun untuk terus menyusukan anak, asalkan kita kenal pasti badan kita sendiri dan juga kandungan kita. Allah dah aturkan sistem terbaik dalam badan kita.

    Tengah berpuasa? Takde masalah juga untuk menyusukan anak. Nanti saya kongsikan tips penyusuan semasa berpuasa. Kalau anak tetiba tidak mahu menyusu, kemungkinan besar anak sedang mengalami nursing strike, jadi jangan terus membuat andaian yang anak mahu berhenti menyusu.
  8. Berdoa
    Lepas berusaha, barulah kita bertawakkal. Kita sebagai umat islam mintalah pada ALLAH supaya murahkan rezeki buat anak-anak agar dapat menyusu dalam tempoh 2 tahun. InsyaALLAH akan dimakbulkan. Doa ibu tiada hujab di sisi ALLAH S.W.T
InsyaALLAH, kita semua mampu menyusukan anak secara ekslusif selama 6 bulan dan seterusnya menyusukan anak sampai berumur 2 tahun atau lebih.

Saya menyusukan Afrina & Auni serentak sehingga sampai tempoh wean off nya. Wean off afrina disebabkan kesian dah waktu tendem asik berebut dengan auni.

Semoga tips banyakkan susu badan ini bermanfaat buat semua. Jika berminat untuk mendapatkan SET BREASTFEEDING SHAKLEE boleh membuat belian melalui atas talian dengan menekan SINI. Atau hubungi saya untuk bertanyakan set lain.



2 comments

Write comments
Unknown
AUTHOR
November 25, 2017 at 11:15 PM delete

Tima kasih atas perkongsian ye ebby

Reply
avatar
Ebby
AUTHOR
November 25, 2017 at 11:26 PM delete

Sama² kak...😊

Reply
avatar