7 Tips Mudah Merawat Demam Panas Anak di Rumah

Tuesday, December 06, 2016 2 Comments A+ a-

Teringat waktu anak-anak ebby demam panas waktu malam, lebih-lebih lagi sewaktu bayi. Sambil mengigil-gigil dan muntah di atas katil. Semua itu pernah ebby lalui. Jugak pernah sekali anak no.2 ebby hampir 'tarik / sawan' (mintak jauh dari anak-anak kita). Nak tidur pun tak lena sebab asik kena pantau anak, jenis lak anak-anak bila demam nak bersama papanya. Fuhh jenuh la, sebab papa nye kerja, takkan asyik nak emergency leave kan? tu belum lagi kalau ibu bekerja kan? memang satu masalah kritikal jugak.

Zuriat yang lahir daripada darah daging kita merupakan sebuah anugerah yang terindah dan amanah yang perlu dijaga sebaik mungkin. Pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak adalah satu pelaburan yang akan mendapat ganjaran yang cukup besar di dunia dan akhirat. Oleh itu, ujian yang diberi oleh ALLAH S.W.T dalam membesarkan anak-anak perlulah kita terima dengan kesabaran yang tinggi dan usaha di samping berdoa kepadaNya.


Kenapa ebby katakan kritikal? sebab sebagai seorang ibu bekerja jugak perlu mengambil urgent leave. Takkan kita nak hantar anak kita ke tempat asuhan dengan keadaan tidak sihat? kesian pula anak- anak yang lain.

Alhamdulillah, anak-anak ebby yang mudah demam dan adik-adiknya kini tiada masalah kerap demam. Apa yang ebby lakukan??? Ok, sini ebby nak cerita dan kongsi apa penyebab anak kita mudah demam dan apakah puncanya.

Kenapa Kerap Anak Demam Panas? Apa Puncanya?

Dalam proses tumbesaran anak, bayi kecil mudah terdedah dengan gangguan kuman dan bakteria. Ini menyebabkan anak kecil mudah dijankiti dan mudah demam. Tambahan pula, anak di usia 1-2 Tahun dalam proses mengenali dan ingin mencuba. Semua objek di hadapan mata akan dimasukkan ke dalam mulut. Apabila tangan anak mulai basah, kotoran mudah melekat dan anak akan mudah demam kerana dijangkiti kuman. Jadi apa yang kita perlu lakukan untuk mengatasi masalah ini?

Tip Mudah Atasi Anak Demam Panas

Tip #1

Sentiasa Pantau Suhu Badan
Pastikan setiap rumah mempunyai termometer untuk memantau suhu badan. Tak kisah jenis apa sekalipun mengikut kemampuan anda. 

Suhu Normal adalah 36.7ºC - 37ºC. Jika suhu melebihi 38ºC, ibu haruslah mencari jalan atau ikhtiar untuk menurunkan suhu. Amat merbahaya jika dibiarkan sebegitu kerana boleh menyebabkan kekejangan, cacat kekal dan paling bahaya ialah kematian

Tip #2

Tuam Kain Basah di Kepala & Badan
Cara yang biasa kita dengar dan praktikkan bila anak demam. Kain bersih yang dibasahkan dengan air dan perah kemudian diletakkan di Kepala dan pelipat-pelipat seperti ketiak anak dan lain-lain.

Jika suhu masih tidak turun, cepat-cepat mandikan anak dengan basahkan bahagian kepala & badan supaya kepala dan badannya terasa lebih sejuk.

PERINGATAN! Jauhkan anak dari pakaian yang tebal bagi mengelakkan suhu panas terperangkap di dalam pakaian ataupun selimut. Pakaikan dengan pakaian yang nipis dan memudahkan pengudaraan keluar masuk.

Tips #3

Air Asam Jawa
Petua orang lama-lama tidak dilupakan. Mereka akan membancuh air asam jawa dengan pekat dan dilumurkan pada dahi, kepala dan tempat-tempat lain bagi mengeluarkan haba dalam badan.

Rasanya ramai yang dah pernah amalkan dan memang membantu menurunkan suhu anak. Setiap kali kering, ulang dengan sapuan berulang-ulang sehingga suhu turun.

Tips #4

Jangan Biarkan Kelaparan
Perasan atau tidak, bila anak kita demam, selera makan menjadi kurang. Belum lagi yang jenis makan memilih. Ibu-ibu boleh membuatkan bubur buat anak atau memberikan biskut lembut yang mudah ditelan. Makanan yang lembut mengelakkan tekak anak sakit.

Apabila demam, tonsil akan merah dan keradangan yang menyebabkan anak-anak sakit apabila menelan. Pujuk anak dengan memberikan ais krim vanila untuk mengurangkan sakit tekak. Secara tidak langsung, suhu anak dapat dikurangkan.

Tips #5

Minum Air Kosong Atau Susu
Kebiasaan, apabila demam air dalam badan akan berkurang. Ibu-ibu jangan biarkan anak tak minum air langsung, berikan air masak atau susu formula yang biasa anak minum. Kekurangan air dalam badan menyebabkan demam lambat baik.

Jangan biarkan anak tak minum air langsung sebab bila badan kering dengan air, anak akan mudah dapat sawan atau sakit lain yang kronik.
Dan paling baik adalah berikan susu badan ibu, susu ibu adalah susu yang terbaik sebagai antibodi anak menentang penyakit dalam badan. Kerap menyusukan anak membantu turunkan susu badan. Jika anak dah besar sedikit boleh berikan air kelapa, air bali, atau sup-sup untuk tambah energy dalam badan.

Tips #6

Berikan Makanan Tambahan dan Vitamin kepada Anak AndaMasih ramai ibu-ibu yang tidak tahu dan takut-takut nak berikan suplemen vitamin untuk anak-anak. Jangan risau sebab ia tidak mendatang kesan negative untuk jangka masa panjang atau pendek, malah kesannya anak anda akan jarang-jarang sekali demam panas. Dengan syarat bergantung kepada kualiti produk itu sendiri.

Apa yang ebby sendiri amalkan ialah dengan memberikan anak-anak Nutriferon, Omega Guard dan Mealshake.

Meal Shake – berbentuk serbuk berperisa vanilla, hanya campur sedikit ke dalam susu anak dan beri anak minum susu yang dicampur Meal Shake setiap hari. Meal Shake boleh diambil untuk anak yang berusia 6 bulan keatas.
Omega Guard – berbentuk soft gel ia berasal dari minyak ikan. Jika anak tak boleh telan, pecahkan ia dan masukkan ke dalam susu anak.
Nutriferon - berbentuk serbuk, ianya terdiri daripada biji labu, biji plantago, bunga Sunflower dan bunga Japanese Honey Suckle. Boleh ditelan begitu sahaja ataupun di campur bersama makanan anak

Tips #7

BerdoaDoa seorang ibu sangat mustajab. Sebagai manusia lemah kita tak boleh lupa untuk berdoa mengharapkan bantuan dari Tuhan yang Esa. Kerana Dia yang memberi sakit dan menyembuhkan. Berdoa, berusaha dan bertawakal adalah kunci yang perlu ada dalam diri seorang ibubapa. InsyaAllah.


Kelebihan Nutriferon, Omega Guard & Mealshake

Nutriferon, Meal Shake dan Omega Guard ini merupakan produk daripada Shaklee. Setiap produk keluaran Shaklee adalah selamat, berkesan dan semulajadi. Tiada campuran bahan kimia atau paraben. Setiap tahun ujian klinikal dijalankan bagi setiap produk Shaklee. Kelebihan Nutriferon, Meal Shake dan Omega Guard ialah:
  • Dapat elak anak dari kerap demam panas ke jarang-jarang demam
  • Dapat elak anak ada masalah semput/asma, ia boleh mengurang dan merawat asma/semput
  • Omega Guard membantu anak menjadi bijak
  • Dapat meningkatkan tahap imunisasi anak
  • Dapat menambahkan selera makan anak
  • Dapat membantu masalah tonsil
7 Keistimewaan Meal Shakes

Image result for bagaimana omega guard membantu ksihatan anak-anak
Add caption
7 Keistimewaan Nutriferon

Testimoni Nutriferon, Mealshake & Omega Guard

Testimoni #1
Testimoni Meal Shakes 
Testimoni #2

Testimoni Omega Guard
Testimoni #3
Testimoni Nutriferon
Anda boleh hubungi Ebby melalui WhatsApp 012-9569686 @ email : ebby.shaklee@gmil.com untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. Tak Rugi jika anda mencuba sebab ia memang berkesan dan ia terbukti. Berkesan pada anak-anak Ebby dan ibu-ibu lain juga.
Jangan biarkan anak-anak terus sakit dan tak ceria, anda juga sedih dan susah hati melihat anak-anak sakit bukan? Jangan biarkan anda terpaksa cuti kerja kerana anak demam, cuti pula makin habis kan? Ini bagi ibu bekerja..
Pastikan anak anda jangan sampai demam kritikal hingga kene tahan wad dan masuk air. Langkah mudah dapatkan Nutriferon, Meal Shake dan Omega Guard sebagai vitamin anak-anak anda, untuk kesihatan jangka masa panjang.
Jangan tunggu lagi! Dapatkan sekarang.. 🙂
Semoga perkongsian ini memberi banyak manfaat untuk anda.. 
Ebby - 012-956.9686
email : ebby.shaklee@gmail.com
page : Story 2u4 Health


2 comments

Write comments
December 6, 2016 at 12:47 PM delete

asal musim cuti sekolah je, mesti musim demam jugak.. semoga anak2 kita sentiasa dilindungi dan sihat selalu..

Reply
avatar
December 8, 2016 at 3:03 PM delete

ameen...jom tingkatkan imuniti badan anak2 kita :)

Reply
avatar