Rawatan Meruang Faraj Yang Wanita Wajib Tahu

Saturday, March 04, 2017 2 Comments A+ a-

Pernah dengar word 'Meruang' tak? Dulu waktu kawan sebut ebby ni terpinga² tak tau apa² (kah³)

kali ni nak kongsi tips untuk wanita yang ramai tak tahu tapi ebby pernah buat cuma tak tahu apa istilahnya. Harap² lepas ni kita dapat amalkan untuk kebaikan diri sendiri.

Apa itu meruang faraj?

Meruang faraj ialah memasukkan jari telunjuk ke dalam faraj & mengorek keluar sisa kotoran dari dalam faraj. Dilakukan ketika mandi hadas selepas haid atau setiap kali selepas bersama suami.

Bagi wanita di dalam pantang, meruang faraj perlu dilakukan untuk memastikan tiada darah nifas yang tertinggal di dalam faraj bagi tujuan untuk beribadat kelak.

Wanita yg rajin meruang faraj dgn air sireh ataupun minyak serai wangi mampu memiliki faraj yang bukan sahaja bersih malah TIDAK BERBAU seperti ada ada kuntuman bunga yang tengah segar mewangi. Wangi ke?he³…itu kena tanya suami uols laa

Bidan dahulu kala sangat menitikberatkan kemantapan dan kebersihan faraj setiap kali habis tempoh berpantang kerana dapat Mengelakkan keluarnya bau bangkai dari faraj akibat kotoran darah nifas yg tertinggal, Mencegah dari keputihan, Salah satu usaha mencegah dari penyakit kelamin kerana jangkitan atau penyakit puan seperti cyst, fibroid, polaps mahupun kanser pangkal rahim, Memantapkan tiang seri kenikmatan suami isteri & penting untuk Kesihatan rahim dapat dipelihara jika kebersihan dijaga rapi.

POSISI MERUANG

1. Duduk di atas toilet bowl
2. Berdiri dengan 1 kaki di angkat atas toilet bowl
3. Mencangkung dengan satu lutut ke bawah

CARA MERUANG

1. Bersihkan jari dengan pencuci tangan (Hand Sanitizer)

2. Masukkan jari anda sedalam mungkin (sehingga ruas ke 3 jari-lihat gambar) sambil rilekkan paha , perut dan bahagian ari². Jika korang anak dara, memadai jika masukkan jari sehingga ruas pertama sahaja. Jangan berlebih karang pecah dara pulak jangan salahkan hakak pulak.

3. Korek dicelah² dinding dalam faraj. Kalian akan rasa bahagian menggerutu. Pusing dan korek keluar segala lendir, keputihan, lebihan darah atau sisa mani.

- Melalui proses ini…kalian akan dapat merasa “kemantapan” tiang seri. Jika bahagian dinding dalam terasa keras menggerutu seperti gigi…maka ia bermaksud faraj anda sangat2 memuaskan hati suami. Jika faraj anda terasa longgar, tiada gigi dan berlecak….maksudnya faraj anda tidak rapi.

4. Selepas dikorek. bilas sehingga bersih.

Lepas dah meruang, bilas dan lap kering. Lakukan setiap pagi dan malam sebelum tidur.

Ini juga merupakan cara² untuk memastikan kita bersih dari berhadas besar. Jika ada lagi darah selepas diruang farajnya beberapa kali. wanita itu tidak wajib solat.

Selamat mencuba!

Ops buat ibu² yang gemar bertangkas, korang boleh cuba bertangkas dengan alfafa shaklee. Ibu² dalam pantang tu sangat² la recomended.

Kalau dulu bertangas menggunakan kunyit hidup, jintan manis, halba, garam kasar dan perahan air limah nipis sekarang lebih mudah dengan adanya alfafa atau blh mencampurkan bahan² asas dengan alfafa.

Harga alfafa RM53.75 (330biji), RM97.50 (700biji)

Berminat untuk dapatkan alfafa atau supplement shaklee boleh hubungi di talian

Jugak boleh whatsapp ebby dengan menekan butang INI 

2 comments

Write comments