Ayam Masak Lemak Cili Api

Monday, April 13, 2015 0 Comments A+ a-

Wahh memang berlemak gituh😘
Bahan-Bahan:

➡ayam yang siap dibasuh dan ditoskan
➡bawang merah 2-4biji - ditumbuk lumat (jumlah ikut kesesuaian kepekatan)*
➡15-20 biji cili api - ditumbuk lumat (jumlah cili ikut kesesuaian kepedasan yang anda minat)*
➡1 inci kunyit hidup - ditumbuk juga bersama cili api
➡1 batang serai - dititik sahaja
➡1 keping asam gelugor (asam ni sesuai kalau awak nak kuah masak lemak ni masam sikit. kalau taknak pun takde hal)
➡1 helai daun kunyit dihiris (malas pulak nak keluar kutip)
1 kotak santan (malas nk perah santan. guna santan kotak pon sodap)
➡Air 1 cawan
➡Garam secukup rasa

†dengan anak kecik ni nak tumbuk lambat..so, blender kan ada..he

Cara Penyediaan:

Panaskan kuali dengan api yang paling kecil. Masukkan ayam dalam kuali panas (tak perlu minyak). Tujuannya nak bagi air ayam tu keluar agar nanti kuah lemak tak rasa hanyir ayam tu. Masukkan sekali cili api,bawang,serai dan kunyit hidup yang telah ditumbuk ke dalam kuali dan digaul bersama ayam. Gaul dan panaskan sekejap je. Then angkat jap ayam bersama cili dan serai tadi. ketepikan sekejap.
Fasa ke-2, panaskan santan sahaja dalam periuk. Panaskan dengan api kecil hingga santan menggelegak.Kemudian masukkan ayam yang telah digaul bersama cili api,kunyit,bawang dan serai tadi ke dalam santan atas api kecil tu. Masukkan sedikit air ikut kesesuaian. Kacau - kacau - & teruskan mengacau. Jangan bagi santan pecah. Masukkan asam keping (kalau nak rasa masam2. kalau tak masukkan pun still lagi sedap)Masukkan garam dan lastly masukkan daun kunyit yang dah dihiris tadi..

Psstt mama suka add on kentang...hehe so, masa masuk ayam dalam kuali tu..kita masuk kentang skali...

Siapp selamat mencuba...