Tips Mudah Turun Berat Badan dengan Olahraga

Saturday, October 22, 2016 0 Comments A+ a-

Setiap orang mengimpikan bentuk dan berat badan yang ideal. Bagi mendapatkan badan yang langsing, ramai antara kita sering mengira kalori dalam makanan. Namun, adakah cara itu berkesan dalam mengawal berat badan? Melakukan aktiviti olahraga merupakan satu daripada cara terbaik untuk membakar kalori dalam badan, sekali gus membantu membuang lemak yang tidak diperlukan.

Cara-cara membakar kalori dengan melakukan olahraga

Boleh mengecilkan betis
Lompat tali atau 'rope skipping' tidak hanya untuk kanak-kanak, malah orang dewasa juga boleh melakukan aktiviti itu. Lakukan lompat tali selama 1jam untuk membakar 700-800 kalori.

Larian merupakan aktiviti olahraga terbaik sepanjang masa. Berlari selama 1jam boleh membakar 600 kalori. Semakin tinggi keupayaan berlari, semakin banyak kalori dibakar.

Ada suka berenang?
Jika ya, aktiviti ini boleh membantu membakar 700 kalori dalam masa satu-satu masa.

Lakukan aerobik dalam air untuk mengubah suasana supaya lebih ceria danenyeronokkan ketika bersenam. Aktiviti ini bantu membakar 200-400 kalori.

Berlari atas 'treadmill' atau 'stepboard' adalah cara paling sederhana membakar lemak dalam tubuh. Dengan melakukan selama satu jam anda boleh membakar sehingga 600 kalori.

Tips
⚫Lakukan High Intensity Interval Training untuk tingkatkan daya tahan kardiovaskular. Aktiviti ini juga bermanfaat untuk meningkatkan denyut jantung.
⚫Aerobik adalah aktiviti olahraga yang mudah dilakukan. Aktiviti ini boleh membantu menguruskan badan dengan cepat jika dilakukan secara konsisten.
⚫Menari juga dikategorikan sebagai satu daripada aktiviti olahraga. Menarilah dengan lagu kegemaran anda dan anda pasti terkejut dengan hasilnya jika dilakukan dengan kerap.
⚫Jangan tinggalkan protin dalam proses penurunan berat badan supaya badan tidak menggeleber.

Saya pengedar sah shaklee seluruh malaysia
012-956.9686 (E.M)