Tips Melindungi Tulang & Sendi

Wednesday, May 18, 2016 0 Comments A+ a-

TULANG & SENDI anda adalah sebahagian daripada struktur rangka anda. Selain memberikan pergerakan, sokongan dan perlindungan untuk organ² utama seperti jantung, paru² & otak, rangka juga berfungsi sebagai takungan untuk mineral² penting.

Kita memerlukan TULANG & SENDI yang kuat & padat untuk postur yang baik, kekuatan dan keseimbangan. Semakin usia kita meningkat, kekuatan TULANG & SENDI kita semakin berkurang. Walaubagaimanapun, pilihan diet dan gaya hidup yang betul boleh membantu mengurangkan risiko kehilangan tulang dan osteoporosis.

Melindungi tulang & sendi anda:

 KALSIUM
▪ Membantu membina kekuatan & ketumpatan tulang. Oleh kerana badan kita tidak boleh menghasilkan kalsium, penting untuk kita mendapatkan sebanyak mungkin kalsium yang "hilang" dari tulang kita. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan osteoporosis dan meningkatkan risiko ketetakkan tulang terutamanya dalam kalangan individu yang lebih berusia

 VITAMIN D
▪ Membantu badan kita membentuk hormon kalsitriol, penting untuk penyerapan KALSIUM yang kita ambil. Kebanyakkan orang lebih suka menghindari cahaya matahari atau menggunakan tabir suria untuk melindungi kulit mereka sehingga sukar untuk mendapatkan VITAMIN D yang mencukupi daripada cahaya matahari semata-mata. Pada masa yang sama, kebanyakkan diet moden tidak termasuk makanan yang kaya VITAMIN D seperti TENGGIRI, SALMON, SARDIN & TUNA.

 MAGNESIUM
▪ MAGNESIUM di dalam tulang adalah perlu untuk penyerapan KALSIUM kerana ia membantu menggerakkan KALSIUM. MAGNESIUM juga membantu mengekalkan kekuatan tulang, mengekalkan rentak jantung yang stabil, mengawal gula dalam darah dan membantu dalam matabolisme tenaga dan sintesis protein

 GLUKOSAMINA
▪ Merupakan "blok binaan" utama untuk separa cecair yang melincirkan sendi. Ia juga merupakan salah satu komponen di dalam tulang rawan yang bertanggungjawab melindungi kebanyakkan tulang daripada haus dan lusuh

Dalam Shaklee terdapat beberapa Vitamin yang boleh membantu menjaga & merawat Sendi & Tulang kita. Antaranya:


Kandungan

Ostematrix
▪ 1000mg kalsium ➡ sumber semulajadi yang mudah serap
▪ 400mg Magnesium
▪ 400 IU Vitamin D
▪ Boran ➡ Bantu dalam metabolisme tulang
▪ Zinc, Mangan & Tembaga ➡ Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadapadatan tulang.

Omega Guard
▪ Membekalkan asid lemak Omega-³ bergred farmaseutikal ➡ Melindungi Jantung
▪ 7 rangkaian lemak semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dll.... ➡ Minyak ikan terbaik DUNIA
▪ DHA untuk perkembangan OTAK
▪ EPA menyihatkan JANTUNG & SENDI

Advance Joint & Health Tablet
 Sendi Yang Sihat
▪ Tulang Rawan
▪ Ligamen
▪ Tendon
▪ Cecair Senovia
 Ekstrak Boswellia
▪ Menghalang pembentukan bahan kimia yang serang tulang rawan
▪ Anti radang semulajadi
 Ekstrak Jagung
▪ Sumber pekat GLUKOSAMINA untuk sokongan kusyen sendi
 Zinc, Tembaga, Mangan, VitC
▪ Mengekalkan nutrien untuk kolagen & komponan tisu penyambung

Selain itu SHAKLEE COLLAGEN POWDER juga dapat merawat penyakit sendi seperti sakit lutut dan lain²

Jom kita baca serba sedikit mengenaik Shaklee Collagen Powder

Selalu org bercakap mengenai kolagen yg dikaitkan dgn penjagaan kecantikan kulit..Tapi tahukah anda apakah yg dimaksudkan dgn KOLAGEN??

Kolagen adalah protein utama pada tisu penghubung dalam mamalia dan merupakan salah satu protein yang panjang di samping struktur fibrous protein yang berbeza daripada protein globul (enzim). Terdapat lebih daripada 25 jenis kolagen wujud dalam badan secara semulajadi.


Kolagen memainkan peranannya dalam kesihatan penjagaan kulit, otot, tulang, rawan, urat, rambut, kuku dan gigi. Rantaian kolagen yang kuat yang juga dikenali sebagai fiber kolagen merupakan komponen utama pada matrik ekstraselular yang mengukuhkan tisu serta struktur sel. Kolagen merupakan komponen utama dan fascia, cartilage, ligamen, tendon tulang serta kulit. Dengan adanya lapisan keratin yang lembut, ia membantu dalam menguatkan struktur lapisan kulit di samping elastisiti kulit. Selain itu, kolagen juga membantu dalam menguatkan saluran darah serta memainkan peranannya dalam membentuk tisu tubuh.


Secara semulajadi, ia memerangkap kelembapan dan untuk keanjalan kulit.


Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit manusia. Ia bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal. Kolagen menjadi kurang dengan bertambahnya usia. Kulit menjadi berkedut. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ramai yang mencari-cari sumber dalam usaha menangani kesan ketara penuaan pada kulit. Selain itu, kolagen diperlukan dalam hal perubatan, turut dijual sebagai suplemen bagi melancarkan pergerakan sendi. Kadang-kadang digunakan dalam merawat dan mengubat kes-kes melecur yang serius. Bagi merawat kes melecur, ia digunakan bagi mencipta ganti kulit palsu.


Salah satu fungsi kolagen adalah merawat luka pada kulit. Ia merangsang platelet darah agar cepat membeku dan membentuk selapisan bagi melindungi luka.Ia merangsang platelet darah agar cepat membeku dan membentuk selapisan bagi melindungi luka.Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan. 

Berminat nak dapatkan Produk Shaklee daripada saya

Hubungi



Image result for buy now purple