Tabung Kewangan yang Magic

Monday, March 07, 2016 0 Comments A+ a-

Pernah Dengar Pasal 6 Tabung Kewangan?
Siapa yang join IMKK DAO mesti tau mengenai tabung ni.

Okeh...atas permintaan kawan-kawan gojes mojes dari FB dari Whatsapp, rini baru berkesempatan nak conteng-conteng mengenai kegunaan 6 Tabung ini.

saya buat sendiri gambar tabung tu. Sebagai contoh

6 Tabung Kewangan mewakilkan kepada 6 kategori di mana duit kita pergi setiap bulan.

Tabung Necessity (NEC)
55% daripada hasil pendapatan diperuntukkan untuk tabung ini. Ia juga adalah tabung keperluan dan perbelanjaan rumah seperti berikut

▪ Bayar pinjaman rumah & kereta
▪ Beli kelengkapan rumah
▪ Beli baju baru, handbag/tudung/dll.
▪ Kos potong rambut
▪ Kos makan minum
▪ Lampin anak
▪ Gas memasak
▪ Bil perubatan dll

Andai kata perbelanjaan lebih tinggi dari gaji kita, contohnya gaji RM 2,000  tapi perbelanjaan bulanan adalah RM 3,000, 2 perkara yang kita perlu buat:

Kaedah Berjimat Cermat
▪ Turunkan kos hidup dan berbelanja untuk yang perlu sahaja
▪ Jangan bawa kereta laju-laju (save minyak)
▪ Kurangkan penggunaan elektrik & air, dll.

Tingkatkan Pendapatan
▪ Tingkatkan pendapatan sampingan melalui part time bisnes, seperti bisnes secara online dropship, iaitu bisnes tanpa perlu keluarkan langsung modal – Shaklee, Amway, Tupperware dll

*Untuk mulakan bisnes Shaklee, SMS/WhatsApp saya 012-956.9686 (Ebby)

Tabung Education
Sebanyak 10% wang disimpan untuk tabung pendidikan ini. Ia bertujuan membantu kita 'Upgrade diri' dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi contohnya seperti:

▪ Sambung Master, PhD, dan sebagainya.
▪ Sertai kelas memasak & menjahit
▪ Sertai kelas tahfiz al-Quran, dll.

Manusia belajar dari bayi hingga ke liang lahad, begitu juga kita.

SEMUA ILMU ALLAH

✔ Bagi yang suka berbisnes, bolehlah menyertai seminar, kursus atau apa-apa program yang bermanfaat untuk peningkatan bisnes masing-masing.  Contoh seminar:

▪ Internet marketing
▪ Facebook Advertising
▪ Chanel Talegram
▪ Webminar
▪ Leadership training, dll.

*Pelaburan yang paling bernilai ialah pelaburan meningkatkan diri dengan ilmu.

Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Daud; Jika engkau ingin kan dunia, carilah dengan ilmu. Jika inginkan akhirat, carilah dengan ilmu.

Jika inginkan kedua-dua nya, cari lah dengan ilmu.



Tabung Long Term Savings For Spending (LTSS)
Simpan 10% daripada pendapatan untuk tabung LTSS  ini. Ia adalah tabung khusus untuk digunakan pada masa akan datang seperti:-

▪ Beli kereta baru
▪ Renovate rumah
▪ Bina ruang dapur baru
▪ Down payment rumah
▪ Beli TV baru, dll.

Tabung Financial Freedom Account (FFA)
Tabung ini ibarat telur emas. Jangan guna simpanan FFA dan seeloknya buka satu akaun khas (fixed deposit account) khusus untuknya. Jangan sesekali guna kad atm dan buku bank untuk akaun ini. DAO pesan, sila bakar buku akaun. Hehehe

Keep investing & keep it growing. Sumber lain juga boleh dimasukkan ke dalam tabung FFA contohnya seperti:

▪ Passive income dari wang sewaan rumah (jika ada)
▪ Pendapatan dari kerja part time
▪ Duit main kutu, dll.

Tabung Fun
Tabung ini khas untuk anak kita yang redha masanya di ambil oleh kita untuk bekerja.

Tabung ini adalah untuk bersuka ria & berseronok bersama keluarga seperti:

▪ Melancong & umrah bersama keluarga
▪ Makan malam di hotel atau restoran kegemaran
▪ Berkelah & bermalam di resort, dll.

Simpan 10% dari wang pendapatan untuk tabung ini. Ia boleh dihabiskan pada bulan tersebut, atau dikumpul untuk tujuan melancong pada masa akan datang.

Tabung Charity
Peruntukkan 5% daripada wang pendapatan anda untuk tujuan kebajikan seperti:-

▪ Derma anak yatim
▪ Derma untuk masjid
▪ Derma untuk bina sekolah tahfiz
▪ Bantu warga emas di Rumah Kebajikan dll.

ELAK KEBOCORAN POKET

Kalau kita tak keluarkan zakat atau sedekah, ia boleh ‘membocorkan’ poket kita, maksudnya tiba-tiba kereta rosak, tiba-tiba anak sakit.

Itu semua sebab kita tak bagi hak orang kepada orang yang memerlukan, jadi Allah akan ‘bocorkan’ poket kita agar bahagian tersebut keluar juga

Jadi, lagi bagus lah bila kita sendiri zakat dan sedekah.

Usah risau, zakat dan sedekah dijamin menggandakan rezeki dalam arah tak tersangka-sangka.

Cukup 6 Tabung Magic

Untuk penjelasan yang lebih lanjut, anda juga boleh ke program IMKK untuk dengar live dari Dr Azizan Osman sendiri

Nak mulakan memang payah, ia perlukan disiplin.

"Bukan Senang nak Senang, Tapi tak Susah pon Nak Susah!"

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua 

Ebby mula keluar dari zone selesa dengan shaklee..
Bagi yang nak ikut jejak ebby
Boleh hubungi