15 Kelebihan Bawang Putih

Wednesday, February 08, 2017 1 Comments A+ a-

Masak² kalau tak de bawang putih tak best kan? Tapi walau bawang putih yang dah masak tak semua orang akan kunyah (termasuk ebby )

Korang tau tak yang bawang putih banyak mendatangkan kebaikkan kepada tubuh badan kita? Tapi seharusnya ditelan mentah lah!

15 Kelebihan Bawang Putih

1. Antibakteria 
Bawang putih terkenal dengan sifat antibakteria dan antivital. Ia membantu kawal jangkitan bakteria, wabak penyakit berjangkit, kulat dan jangkitan cacing. Bawang putih segar dipercayai boleh membantu mengelakkan keracunan makanan dengan membunuh bakteria seperti E. coli dan Salmonella enteritidis.

2. Untuk merawat jangkitan kulit. 
Bahan kimia yang terdapat dalam bawang putih mampu rawat jangkitan pada kulit seperti ringworm

3. Mengurangkan tekanan darah.
Angiotensin II adalah sejenis protein yang bantu saluran darah mengembang dan meningkatkan tekanan darah. Allicin, bahan kimia dalam bawang putih bantu elak angiotensin II berfungsi dan bantu rendahkan tekanan darah. Polysulphides, bahan kimia yang ada dalam bawang putih ditukarkan kepada bentuk gas dipanggil hydrogen sulphide oleh sel darah merah. Hydrogen sulphide membesarkan saluran darah dan bantu kawal tekanan darah.

4. Mencairkan darah
Ciri-ciri anti-gumpalan pada bahan kimia dalam bawang putih bantu elak terhasilnya gumpalan darah dalam badan. Namun begitu, ia boleh menyebabkan risiko pendarahan ketika pembedahan.

5. Merendahkan paras kolestrol
Bawang putih boleh merendahkan paras triglycerides darah dan kolestrol dan kurangkan pembentukan plak arteri

6. Melindungi jantung
Bawang putih melindungi jantung dari masalah kardiovaskular seperti serangan jantung dan atherosclerosis. Ciri-ciri perlindungan ini boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Melalui faktor umur, arteri semakin lama semakin sukar mengembang. Bawang putih boleh kurangkan masalah ini dan mungkin boleh bantu lindungi jantung dari kesan buruk radikal bebas.  Bahan kimia yang mengandungi ciri sulfur dalam bawang putih mampu elak saluran darah dari tersumbat dan melambatkan proses atherosclerosis(arteri mengeras). Ciri-ciri anti gumpal pada bahan kimia dlm bawang putih elak gumpalan terjadi dalam saluran darah.

7. Petua untuk masalah pernafasan
Penggunaan bawang putih setiap hari boleh mengurangkan kebarangkalian terkena demam dan selsema. Ia mempunyai ciri-ciri antibakteria dalam merawat tidak selesa pada tekak. Bawang putih juga mengurangkan jangkitan pada saluran pernafasan dibahagian atas. Ia juga membantu mengurangkan masalah asma dan susah nak bernafas menyebabkan ia menjadi bahan yang amazing.

8. Melawan alergi
Bawang putih dikenali dengan ciri-ciri anti radang. Ia membantu badan melawan alergi. Ciri-ciri ini adalah terhasil dari diallyl sulphide dan thiacremonone. Bawang putih didapati boleh meningkatkan keberkesanan kepada radang alergy rhinitis. Jus Bawang putih mentah boleh digunakan untuk menghilangkan kegatalan pada ruam atau gigitan serangga.

9. Berkesan keatas ketuat
Meletakkan ekstrak bawang putih yang dihancurkan ke atas ketuat boleh mengurangkan kesan ketuat itu.

10. Diabetes.
Bawang putih meningkatkan penghasilan insulin dan mengawal paras gula dalam darah pesakit diabetes.

11. Meningkatkan fungsi iron
Ferroportin adalah protein yang bantu dalam penyerapan dan pembebasan iron. Diallyl sulphides dalam bawang putih tingkatkan penghasilan ferroportin dan bantu tingkatkan fungsi iron.

12. Mengurangkan risiko barah
Pengambilan bawang putih setiap hari didapati boleh mengurang risiko terkena barah. Ia ada ciri-ciri anti barah kerana terdapat allyl sulphides ada dalam bawang putih. PhlP, sejenis heterocyclic amine (HCA) adalah bahan yang dikaji meningkatkan risiko barah payu dara dikalangan wanita. Menurut satu kajian, diallyl sulphide didapati di dalam bawang putih boleh menghalang pembentukan/penukaran PhlP kepada karsinogen.

13. Kurangkan Berat Badan
Banyak kajian mendapati obesiti juga adalah salah satu radang peringkat rendah untuk jangka masa yang lama. Menurut kajian juga, bawang putih boleh bantu kawal penghasilan sel lemak dalam badan. Pre-adipocytes ditukar ke sel lemak melalui sistem radang. Ciri-ciri anti radang di dapati dalam bawang putih boleh bantu elak pertukaran ini. Ia mungkin boleh elak penambahan berat badan.

14. Sakit gigi
Hanya letakkan bawang putih yang dihancurkan kepada gigi yang sakit dan ia boleh bantu mengurangkan sakit gigi kerana ia ada ciri-ciri anti bakteria dan analgesic. Tetapi, perlu hati-hati kerana ia mungkin memberi kesan yang tidak selesa kepada gusi.

15. Meningkatkan imuniti badan
Kandungan alersin dalam bawang putih sangat-sangat penting

Agak² selepas dah baca semua kelebihan² tuh nak makan tak bawang putih lepas ni? Tapi ingat, khasiat bawang putih akan rosak sekiranya terkena haba yang kuat, di masak dll.

So, kenalah kunyah mentah² tau!

Tapi ebby ada pilihan lain iaitu Garlic Complex from Shaklee

Keistimewaannya:

➡ Diperbuat dari bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA
➡ Dihasilkan secara exclusif pada suhu bilik tanpa haba bagi mengekalkan 100% allicin aktif
➡ Ditambah dengan kombinasi 2 ekstrak herba (spearmint & rosemarry)
➡ Setiap 2 tablet bersamaan khasiat 2 ulas bawang segar iaitu lebih kurang 1000mg ekstrak bawang putih segar.
➡ Merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula dah bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.


Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Story2u4Health!

Hubungi:




1 comments:

Write comments
atiehilmi.com
AUTHOR
February 11, 2017 at 2:50 PM delete

hahaha~ cakap pasal bawang putih, kakak memang tak lalu la nak makan mentah.. nasib la zaman smeakin maju.. ada pil bawang putih ha.. orang kata kalau masak dengan bawang putih pun bagus tapi sebenarnya kalau kita masak bawang putih, allicin dari bawang putih yang bertindak sebagai anti-bakteria tu mati sama.. kena cek benda2 gitu.. sebab kita nak kan khasiat dia.. kan ?

Reply
avatar