Showing posts with label Alfafa Complex. Show all posts
Showing posts with label Alfafa Complex. Show all posts

Masalah Hormon penyebab Haid Berpanjangan!

Tak pernah seumur hidup saya darah haid berlarutan lebih dari 15 hari.

Tiba-tiba bulan lepas darah saya tak mahu berhenti. Bahkan pada hari ke - 18, darah yang sepatutnya kering menjadi banyak semula.

Saya mula risau, ada fibroid ke? Atau cyst ke?

Atau, penyakit yang ramai wanita takut. Tak berani nak sebut

Lantas saya jumpa pakar sakit puan.

Alhamdulillah doktor check semua ok. Cuma mungkin ada masalah hormon, jadi darah tiba-tiba keluar berlarutan.

Doktor bagi ubat untuk hentikan darah. Doktor bagitau keadaan saya ini mungkin ambil masa lebih 3 bulan untuk pulih kembali.

Stress rasa.

Saya sangat tak selesa bila setiap kali mahu solat, saya perlu bersihkan darah dan tukar pad.

Takkan kena hadap selama lebih 3 bulan?

Saya Google nama ubat tersebut untuk baca side effect ubat.

Long story cut short, saya decide untuk detoks dengan Set Detoks Shaklee terlebih dahulu, ubat hold kejap.

Saya tahu pemakanan saya setakat ini dah tak berapa clean, dan kebanyakan penyakit adalah sebab toksin banyak sangat dalam badan.

Kalau seminggu tiada perubahan, baru saya akan cuba ubat doktor.

Saya mulakan dengan ESP yang dibancuh bersama Nutriferon dan Performance Drink, makan sekali GLA, DTX, Peppermint Ginger, Alfalfa.

Kemudian saya tambah Vitamin C dan Omega Guard.

Saya juga elak makanan bergula, roti putih dan kafein.

Mula-mula bantai je, tapi bila ambil benda-benda tu, nampak darah banyak balik. So saya pause.

Alhamdulillah hari pertama saya makan, darah berkurangan sehingga dah tidak perlu pakai pad.

Hari-hari seterusnya darah semakin sedikit dan akhirnya hanya discharge jernih yang keluar.

Terkini, selepas seminggu konsisten Set Detoks versi saya ini, saya hampir bersih dari darah.

Keputihan petanda darah kering, telah mula muncul.

Syukur alhamdulillah. Syukur.

Tak perlu dah hadap darah tak berhenti 3 bulan.

Jemput comment 'I love shaklee' 😘

Cerita : Khadeejah



Penting ke Detox ni??



Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan dari segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.

Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.

Bagi anda yang berminat untuk melakukan diet detox ini adalah penting untuk memakan buah-buahan dan sayur-sayuran. Anda juga perlu memperbanyakkan pengambilan daripada prosuk bijirin seperti seperti fosforus dan laksatif di samping memperbanyakkan memakan kobis, brokoli dan sayuran yang banyak unsur sulfur yang baik untuk hati.

TOKSIN
Apa itu Toksin? Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh kita. Adalah mustahil bagi anda untuk mengelakkan daripaa toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja samaada dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman yang kita ambil. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan oleh tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.

Tanda-tanda toksin berlebihan dalam badan

  • Pembuangan air besar tidak lancar - sembelit
  • Sakit kepala
  • Mulut berbau
  • Penghadaman kurang baik
  • Susah tidur / Tidur terganggu
  • Senang cemas
  • Cepat marah
  • Perut kembung
  • Kurang bersemangat
  • Hilang tumpuan
  • Kulit muka bermasalah - muka pucat, jeragat, jerawat, kulit berminyak
  • Badan lemah
  • Selulit
  • Masalah peredaran darah yang lemah
  • Senang dijangkiti penyakit
  • Sukar menurunkan berat badan
  • Sukar menaikkan berat badan
  • Kerap lapar - mengidam tak sudah
  • Sukar mendapatkan zuriat
  • dll

Kenapa kita perlu DETOX & penting DETOX ni?

Image result for toksinSetiap hari kita terdedah dengan radikal bebas, pencemaran udara yang tercemar, racun dan serangga perosak, pengambilan ubat-ubatan, stress, merokok / terdedah dengan asap rokok, makanan yang diproses dan juga pemakanan yang tidak seimbang pada zaman moden ini meninggalkan lebih banyak kesan negatif kepada sistem badan dan LONGGOKAN TOKSIN banyak terkumpul dalam tubuh badan kita. 

Sepanjang proses detoksifikasi, organ-organ dalam tubuh badan membuang toksik berbahaya yang terkumpul di dalam badan kita sekian lama. Jangan salah sangka ye, walaupun seseorang itu kelihatan kurus dan sihat, tidak semestinya badannya tidak mempunyai toksin. 

Pendedahan kepada pencemaran dan gaya hidup menyebabkan tubuh badan kita mengumpul toksin yang tidak berguna dan sekiranya tidak detox, toksin yang terkumpul boleh meninggalkan kesan yang buruk pada badan.

Dengan detox akan membantu menyingkirkan bahan-bahan yang tidak berguna di dalam badan serta mengembalikan tubuh badan yang sihat. Jika toksin tidak dihapuskan, boleh menyebabkan kerosakan dalam badan dan berpotensi menyumbang kepada pelbagai gejala dan penyakit kronik. 

Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau,"Setiap tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan. Lantaran itu, amalan menyahtoksik kotoran  dalam badan penting untuk memastikan sistem badan dapat berfungsi dengan baik."


Antara kepentingan-kepentingan DETOX

Kepentingan kepada hati 
  • Ia bertanggungjawab untuk lebih 500 fungsi termasuk melawan jangkitan, hormon pembuatan, mengawal gula dalam darah, membantu darah membeku & meneutralkan toksin.
  • Beberapa fakta tentang hati yang anda perlu tahu :
  • Hati adalah organ kedua terbesar dalam tubuh manusia selepas kulit 
  • Hati adalah satu-satunya organ yang boleh tumbuh semula sendiri (ini mengama hati boleh didermakan-kerana hati boleh kembali kepada saiz asal)
  • Hati anda menapis 1.4liter darah seminit (6 cawan)
  • Hati merupakan organ yang mengawal proses detox anda secara semula jadi
*proses detox bukan saja terganggu oleh pencemaran tetapi apabila kita tidak mendapatkan tidur yang cukup juga boleh menyebabkan toksin berkumpul dan proses detox secara semula jadi tidak normal - tidur malam tidak sama dengan tidur siang 

Kepentingan terhadap kesihatan tubuh

Faedah yang paling ketara adalah dari detox terhadap kesihatan fizikal. Oleh kerana toksin di simpan oleh organ-organ utama seperti hati dan usus, maka selepas detox secara konsisten badan akan terasa lebih 'ringan' dan lebih bertenaga

Proses detox juga merupakan proses perccuma yang menyahkan radikal bebas dari badan, sistem imun badan anda akan menjadi lebih kuat dan anda akan mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat kanser.

Kepentingan detox juga untuk melancarkan peredaran darah kita agar ia mengalir lebih lancar di dalam tubuh tanpa gangguan sisa toksin dari kotoran udara, air dan persekitaran.

Kepentingan terhadap kesihatan mental

Toksin & radikal bebas yang terkumpul dalam badan juga boleh menjejaskan fungsi otak. Sekiranya anda mungkin mengalami masalah tidur, keletihan kronik dan masalah tidak dapat fokus bekerja. Sebaik sahaja anada selesai melakukan detox seluruh badan, banyak isu-isu ini beransur hilang. Anda akan memperolehi tidur yang lebih lena dengan lebih baik dan menumpukan perhatian lebih kepada kerjaya atau urusan harian anda.

Macam mana nak DETOX???

Dalam Shaklee terutama dalam iReach kami dah menyediakan beberapa jenis SET DETOX dan Fungsi setiap DETOX. Jom kita tengok Jenis-jenis Detox yang ada :

  • Detoks Logam
  • Detoks Hati
  • Detoks Usus
  • Detoks Parasit
  • Detoks Seluruh Badan
Dan apa yang anda baca di atas tadi adalah pengetahuan umum mengenai DETOKS. Di Shaklee juga mempunyai satu Program Detox Khas untuk DETOX SELURUH BADAN secara keseluruhan


5 Perkara Penting Detox Dengan Shaklee yang Perlu Anda Tahu

  1. Alfafa Complex - Detox Darah : Menyingkirkan toksin, Asid Urik, Lemak dan kolesterol yang mengotorkan darah
  2. Herb Lax - Detox Usus : Menyingkirkan segala toksin yang tersumbat di bahagian usus, Mengeluarkan gas kotor dalam usus, Mengelakkan sembelit dan Membuatkan sistem penghadaman lebih lawas
  3. DTX Complex - Detox Hati : Menyihatkan organ hati kita, Menyingkirkan parasit dan toksin di bahagian hati dan Membantu meningkatkan kesihatan hati. (mengelakkan batu hempedu/ batu karang)
  4. Papermint Ginger - Detox Angin : Menyingkirkan angin kotor dalam badan
  5. Vivix - Detox Sel : Menyingkirkan AGE protin yang boleh menyebabkan kencing manis dan Penuaan PRA matang, Meningkatkan fungsi sel, Membaiki sel DNA yang rosak, Memberi tenaga kepada sel-sel badan

BONUS Jika Membeli Set Detox Lengkap dengan EBBY
  1. Keahlian Shaklee PERCUMA. Anda berpeluang menerima KEAHLIAN SHAKLEE PERCUMA!
  2. Jimat yuran keahlian sebanyak lebih kurang RM80*
  3. Maknanya anda berpeluang membeli produk SHAKLEE dengan diskaun sehingga 20%
  4. Dapat CASH BACK. 8%-21%
  5. Di masukkan ke dalam kelab sokongan detox.
  6. Menerima 7 HARI JADUAL PEMAKANAN secara PERCUMA termasuk cara makan supplement dan juga penyediaan makanan harian
  7. Sentiasa diberi tunjuk ajar dan bimbingan oleh PAKAR NUTRISI dan PAKAR DIET SIHAT

Bagaimana nak dapatkan Set Detox ini?

Anda boleh membuat belian atas talian terus dengan Shaklee Malaysia. Pihak Shaklee akan terus menghantar kepada alamat anda... (ala...macam beli kat lazada or zalora or apa-apa laman web sekarang ni...mudah kan?)



Anda juga boleh berhubung dengan saya untuk mendapatkan bantuan di talian 012-956.9686 atau email ke ebby.shaklee@gmail.com




Testimoni Diri Sendiri Untuk Turun Berat Badan

7 Aspek Penting Semasa Berpantang!

"Menjadi seorang ibu adalah belajar tentang kekuatan yang tidak kau tahu kau miliki,
dan menghadapi ketakutan yang tidak kau pernah kau tahu kau ada."

Alam keibuan memegang tempat yang teristimewa dalam perjalanan hidup anda - saat yang akan anda sentiasa ingat tidak kira betapa sukar pun ia. Keletihan mengandung, kesakitan bersalin dan berulang-ulang meneran semuanya jadi berbaloi apabila anda mendengar tangisan pertama bayi anda.

Dalam tempoh selepas bersalin ini, setiap ibu mahukan segala yang terbaik untuk bayi mereka, tetapi jangan lupa bahawa kesihatan ibu juga sama penting atau mungkin lebih lagi.Tempoh selepas bersalin dikenali sebagai tempoh berpantang, adalah masa untuk ibu-ibu berehat, memulih dan mengembalikan tenaga dan kesihatan mereka. Walaupun terdapat banyak tradisi dan khurafat semasa berpantang, hanya satu matlamat sahaja yang diutamakan oleh semua budaya; untuk memulihkan kembali kesihatan tubuh ibu dan menguatkan dirinya untuk menjaga bayinya.

Ibu yang kuat sering dikaitkan dengan bayi yang sihat dan gembira, jadi ibu-ibu harus bermula dengan langkah yang betul iaitu menjaga diri mereka sendiri.

Bayi yang Sihat Bermula dengan Ibu yang Sihat

Tahniah!
Anda kini seorang ibu; tetapi jangan lupa, walaupun bayi anda adalah keutamaan no 1 anda, anda tidak sepatutnya mengabaikan kesihatan diri sendiri, terutamanya sebaik sahaja selepas bersalin dan sepanjang tempoh berpantang. Sebagai ibu baru, badan anda telah melalui banyak fasa dalam tempoh 9 bulan yang lalu. Sudah tiba masa untuk membantunya mendapatkan kembali tahap tenaga, dan membina kekuatan serta kesegaran untuk tahun-tahun mendatang!

7 Aspek Penting Semasa Berpantang

1. Diet Yang Sihat Dan Berkhasiat
Masa berpantang adalah masa terbaik untuk ibu-ibu mendapatkan nutrien bagi meningkatkan lagi kesihatan mereka selepas melahirkan. Makanan seperti halia, bawang putih, minyak ikan, kurma merah, vitalea dan ostematrik memberikan kehangatan kepada badan, membuang gas dan menyuburkan badan, manakala ikan air tawar disyorkan untuk penyembuhan dalaman. Makanan ikan sejuk seperti timun, tembikai dan kelapa harus dielakkan kerana ia dipercayai boleh memudaratkan limpa dan perut. Pengambilan makanan pedas, alkohol dan kopi juga perlu dikurangkan.

2. Rehat Badan Anda
Rehat adalah bahagian yang sangat penting selepas bersalin agar seluruh tubuh dan minda dapat dipulihkan. Melahirkan anak bukanlah sesuatu yang mudah dan perubahan badan anda juga berlaku dengan cepat, kini adalah masa untuk segala-galanya kembali kepada normal secara perlahan-lahan.

3. Nikmati Urutan Selepas Bersalin
Lebih daripada sekadar bersantai, urutan tradisional Melayu untuk ibu selepas berssalin dipercayai dapat meningkatkan peredaran darah, membuang lokia, membantu 'mengangkat' rahim, memecahkan lemak dan membentuk semula badan.

4. Menyusu Bayi Adalah Perkara Terbaik
Susu ibu adalah salah satu anugerah terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh bayi, malah boleh berubah berdasarkan umur dan keperluan bayi anda. Sekiranya anda bercadang untuk menyusukan bayi anda, adalah dinasihatkan untuk bermula dengan segera bagi merangsang pengeluaran susu. Sejenis sup tradisional Cina yang dipercayai dapat meningkatkan bekalan susu ibu adalah sup ikan yang direbus bersama betik muda atau hijau, halia, air dan garam sehingga airnya bertukar menjadi warna 'susu'.

5. Dapatkan Sokongan Emosi
Sebagai ibu yang baru, anda mungkin berassa keliru dengan pengalaman asing ini. Jangan simpan kebimbangan dan kerisauan anda, sebaliknya carilah ketenangan dengan berkongsinya berssama seseorang. Berbincanglah dengan ibu-ibu lain, kumpulan sokongan, ibu bapa atau pasangan anda.

6. Tidur Yang Mencukupi
Salah satu cara terbaik untuk memulihkan badan anda adalah melalui tidur. Walaupun mungkin kelihatan mustahil dengan adanya bayi, cuba cari masa untuk tidur sekejap kerana tidur bukan sahaja dapat merehatkan badan, tetapi turut membantu mengawal emosi dan mengelakkan kemurungan.

7. Hubungan Dengan Bayi
Gunakan masa istimewa ini bersama bayi anda dan bina ikatan yang kuat antara satu sama lain. Melihat senyuman pertama mereka dan mendengar ketawa pertama mereka membuatkan alam keibubapaan anda sangat berharga.

Seri Ibu

Pemakanan seimbang adalah salah satu cara terbaik untuk ibu-ibu mendapatkan kembali kessihatan mereka di samping membekalkan susu ibu yang kaya dengan nutrien kepada bayi. Vita-Lea Iron Formula Shaklee merupakan salah 1 multivitamin yang paling lengkap. Ia juga merupakan supplement Organik yang mudah diserap.
Jika anda sedang menyusukan, pengambilan kalsium juga penting untuk mengekalkan kesihatan tulang kerana wanita sering dikatakan kehilangan 3-5% jisim tulang semasa menyusukan. Tambahkan kalsium anda dengan Ostematrix.
Semasa berpantang, ibu sering berdekatan dengan bayi mereka dan tidak boleh dibiarkan jatuh sakit sama sekali! Bukan sahaja bayi anda boleh turut sakit, tetapi tahap tenaga anda juga akan berkurangan untuk menjaga bayi anda. Oleh itu Sustained Release Vita-C Plus meningkatkan imuniti anda untuk pengalaman selepas bersalin yang lebih lancar.


Set Berpantang & Menyusu Shaklee Lengkap!

Jika berminat untuk mendapatkan Set Berpantang & Menyusu Shaklee
boleh hubungi saya di talian 012-956.9686 atau boleh membuat belian atas talian dengan menekan button Buy Now di bawah






Menyediakan Ruang Untuk SI PERMATA HATI

"Anak-anak adalah anugerah Tuhan, diutus hari demi hari untuk berkhutbah tentang cinta, harapan dan perdamaian." - James Russell Lowell

Bayi adalah satu keajaiban terbesar dalam hidup sebagai pengikat kasih sayang antara anda dengan pasangan anda. Apabila anda bersedia untuk memasuki fasa baharu sebagai ibu bapa dalam hubungan anda, bersedialah untuk menemukan makna baharu bagi cinta; cinta yang tidak bersyarat dan tidak mementingkan diri sendiri.

Memulakan sebuah keluarga dan menyediakan diri antara satu sama lain untuk menyambut kehadiran orang baharu memerlukan banyak persediaan, usaha dan komunikasi bagi membina sistem sokongan yang kuat.

Binalah asas yang kukuh untuk keluarga yang sihat dan bahagian dengan membuat perancangan awal.

Bersedia Untuk Menyambut Bayi Anda 
Baby Or Beer?

  • Berbincang dengan pasangan anda sama ada ingin memulakan keluarga sekarang atau 1,3 atau 5 tahun akan datang.
  • Periksa kewangan anda - adakah anda sudah bersedia dari segi kewangan?
  • Menyediakan diri antara satu sama lain secara fizikal - mengekalkan berat badan yang sihat bagi mengelakkan ketidaksuburan.
  • Memikirkan tetang penjagaan bayi - pengasuh, ibu bapa / mertua dan lain-lain
  • Merancang kerjaya - adakah anda berdua akan terus bekerja atau membuat pekerjaan sambilan, siapa yang akan menjaga bayi pada sebelah malam dan sebagainya
  • Pertimbangkan jika anda berdua sudah bersedia untuk menghadapi gaya hidup baharu.

Kesihatan Fizikal

Kehamilan mungkin mudah untuk sebilangan orang, tetapi kepada sebilangan yang lain ia merupakan satu perjuangan. Berikut adalah 7 perubahan gaya hidup yang mudah untuk membantu anda meningkatkan peluang mengandung.

7 Cara Meningkatkan Peluang untuk Hamil

1. Tidur awal dan dapatkan cukup rehat
  • Tidur membantu anda untuk berehat dan mengawal perubahan mood. Ia juga menghasilkan hormon liptin yang mempengaruhi ovulasi dan kitaran haid.
2. Bersenam secukupnya

  • Senaman berimpak rendah seperti berjalan pantas, bermain golf atau aerobiks ringan dapat membantu anda mengekalkan berat badan yang sihat dan meningkatkan peluang untuk hamil. Berat badan yang berlebihan atau obes mengurangkan peluang untuk hamil, selain meningkatkan risiko keguguran, diabetes gestasi dan tekanan darah tinggi
3. Relaks, bertenang
  • Tekanan boleh mengubah kitaran ovulasi dan pengeluaran hormon, seterusnya mengurangkan keupayaan anda untuk hamil. Bertenanglah dan biarkan ia berlaku secara semulajadi.
 4. Jaga kebersihan bahagian intim
  • Jangkitan yis (kulat) dan bakteria di kawasan intim wanita boleh menjejaskan kesuburan. Oleh itu gunakan produk pembersihan yang baik dengan herbal dan minyak semulajadi untuk menghilangkan kotoran dan bakteria berbahaya secara lembut tanpa menjejaskan bakteria yang baik
5. Bertukar kepada tuala wanita antibakteria
  • Semasa haid, tahap pH kawasan intim anda akan menjadi lebih beralkali dan mudah terdedah kepada jangkitan bakteria. Beralih kepada tuala wanita antibakteria, anti-jangkitan dan anti-kelembapan boleh meningkatkan peluang untuk hamil.
6. Pastikan kitaran haid yang tetap 
  •  Elemen paling penting untuk hamil ialah memastikan haid anda sihat dan tetap. Tanpa kitaran yang tetap, bukan sahaja sukar menentukan tempoh masa ovulasi anda, tetapi ia juga bermakna pengeluaran telur anda lebih perlahan.
7. Lindungi kesuburan lelaki
  • Nasihati pasangan anda supaya tidak meletak telefon pintar di poket depan atau di tali pinggang - atau di mana sahaja yang hampir dengan alat sulitnya - bagi mengelakkan sperma daripada terdedah kepada gelombang elektromagnet dan haba. 

Menentukan Jendela Kesuburan Anda

"Masa merupakan elemen paling penting bagi pasangan yang merancang untuk hamil. Jendela kesuburan setiap wanita adalah berbeza, tetapi jangan bimbang, berikut adalah beberapa tip bagaimana untuk mencari jendela kesuburan anda berdasarkan kitaran haid anda."


  • Ovulasi biasanya berlaku 2 minggu sebelum haid berikutnya. Jika haid anda tetap, anda boleh meramalkan tempoh ovulasi anda dengan tepat.
  • Kira-kira 6 hari sebelum ovulasi adalah tempoh paling optimum untuk mencuba untuk hamil. Peluang untuk hamil dalam tempoh 3 hari sebelum ovulasi dan semasa ovulasi adalah sebanyak 27-33%
  • Semasa ovulasi, mukus faraj biasanya lebih licin dan jernih.
  • Dapatkan aplikasi pengesanan haid pada telefon pintar anda untuk merekod kitaran haid anda, menentukan ovulasi dan jendela kesuburan anda, seperti Period Calendar, Period Tracker, MonthPal dan My Cycles.


"Ketidaksuburan melibatkan kira-kira 15% daripada penduduk Malaysia dan kira-kira 50-80 juta penduduk dunia. Ia merupakan satu masalah yang sangat biasa!"

Bagaimana Jika Saya Tidak Hamil Selepas 6 Bulan?

Berikut adalah apa yang anda perlu tahu tentang ketidaksuburan.

Pernahkah anda mengalami kesukaran untuk hamil walaupun selepas mencuba untuk beberapa bulan? Mungkin anda juga telah mencuba pelbagai teknik, posisi dan cara, tetapi masih tidak berjaya? Adakah ia normal? Ebby akan membantu anda menjawab soalan-soalan berikut :

Apakah ketidaksuburan?

Ketidaksuburan adalah :
  • Ketidakupayaan untuk hamil setelah mencuba selama 1 tahun untuk mereka yang berumur 35 tahun ke bawah.
  • Ketidakupayaan untuk hamil setelah mencuba selama 6 bulan untuk mereka yang berumur 35 tahun ke atas.
Apakah ketidaksuburan bergantung kepada jantina?
Bertentangan dengan kepercayaan biasa, ketidaksuburan bukan semata-mata isu wanita, tetapi merupakan masalah yang dihadapi oleh lelaki dan juga perempuan. Menurut persatuan Perubatan Reproduktif Amerika, kira-kira 40% daripada ketidaksuburan bgi pasangan sebenarnya atau disumbangkan oleh lelaki.

Sebab-sebab ketidaksuburan:
  • Umur (>38 Tahun)
  • Kitaran haid yang tidak teratur
  • Hormon tidak seimbang (lelaki dan wanita)
  • Jumlah sperma rendah / morfologi (bentuk kepala) / motiliti (kelajuan sperma)
  • Kerosakan tiub
  • Keabnormalan rahim / uterus



Mengatasi Ketidaksuburan

Apakah yang boleh dilakukan jika anda masih tidak hamil selepas beberapa tahun?

Apakah terapi konvensional yang boleh didapati di hospital / pusat rawatan?



Perubatan Tradisional Cina (TCM) - Dua Kali Lebih Berkesan!

Menurut satu tinjauan di dalam jurnal Complementary Therapies in Medicine, wanita yang dirawat dalam perubatan tradisonal Cina dalah dua kali lebih berkemnungkinan untuk hamil dalam tempoh 4 bulan berbanding mereka yang menjalani IVF atau mengambil ubat kesuburan.

Sejak zaman purba, orang Cina telah menggunkan herba untuk menyuburkan badan, menguatkan tenaga 'qi' dan memulihkan keseimbangan dalam sistem organ untuk kesihatan yang optimum. Jika anda mengalami ketidaksuburan - lelaki atau wanita - memulihkan badan anda dengan perubatan tradisional Cina mungkin akan memberi banyak manfaat dan juga boleh meningkatkan kessihatan umum anda.

Kelebihan Perubatan Traditioanal Cina
  • Bahan-bahan / herbal semulajadi dengan sedikit atau tiada kesan sampingan
  • Berkesan dan selamat
  • Rawatan holistik untuk seluruh badan
  • Mensasar dan merawat masalah dari akar, bukan hanya gejala

Selain itu, Shaklee juga mempunyai produk yang selamat digunakan untuk membantu merawat masalah kesuburan di kalangan pasangan


Untuk Isteri

  • GLA Complex - Membantu badan wanita untuk menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang berfungsi memberi ruang untuk sperma untuk terus hidup di dalam tiub fallopio sehingga 5 hari. Ia juga mengatur kitaran haid bagi memudahkan wanita mengetahui waktu ovulasi (subur) sekaligus meningkatkan lagi peluang untuk hamil.
  • Alfafa Complex - Membantu dalam hal-hal kewanitaan. Membantu mengurangkan keputihan sekaligus merapatkan vagina.
  • B Complex - Mengandungi asid folik yang amat diperlukan bagi wanita yang merancang untk hamil. Asid folik di awal kehamilan amat penting utnuk mengelakkan bayi dari mengalami spina bifida (sumbing tulang belakang). 
  • ESP (Energizing Soy Protein) - Membantu untuk membaiki dan membentuk tisu rahim. Selain itu ESP juga membantu penghasilan sel ovum dan sel sperma yang berkualiti sekaligus meningkatkan kesuburan dan peluang untuk hamil.

Untuk Suami

  • Vitamin E Complex - Lebih dikenali sebagai “VITAMIN CINTA”.  Kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai tenaga yang lebih dan menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengamalkan vitamin E. Manakala bagi wanita pula, pengambilan vitamin E sekurang-kurangnya selama 3 bulan akan membantu meningkatkan “sexual desires” dan menikmati hubungan cinta dengan lebih baik. Antioksidan yang seimbang dalam  vitamin E menghalang penghasilan radikal bebas akibat stress. Nitrik oksida pula membantu melancarkan peredaran darah pada alat sulit lelaki dan membantu ereksi dengan lebih baik. Oleh itu,vitamin E amat membantu kaum lelaki yang mengalami tekanan kerja dan masalah kesihatan. 
  • Zinc Complex - Membantu dalam pembangunan organ-organ seks dan menguatkan sperma. Hal ini menghasilkan sperma lebih kuat dan berkualiti.
  • Coq Health - Untuk kesuburan lelaki yang mempunyai masalah kualiti sperma. Terdapat kajian yang menunjukkan lelaki yang mengambil CoQ10 selama 6 bulan didapati kualiti air mani dan kuantiti sperma didapati bertambah. Didapati juga kuantiti sperma yang aktif juga bertambah di dalam lelaki yang mengamalkan CoQ10. Coqhealth Shaklee mempunyai fungsi antioksidan. Coq Health juga bertindak membekalkan tenaga kepada sperma. Keadaan ini meningkatkan pergerakan sperma. Sperma yang aktif meningkatkan kebarangkalian untuk bersenyawa dengan ovum.

Jadi, ingat kita hanyalah mampu merancang

Tuhan yang pemberi Rezeki.

Berminat untuk membeli SET KESUBURAN SHAKLEE boleh tekan pada gambar di bawah...


 Set Tanpa Zinc Complex & CoQ Complex
Set Tanpa Zinc Domplex & CoQ Health Tablet
Ops Bulan September ni ada Promosi Cantik
Boleh hubungi Ebby untuk dapatkan PROMO buy 6 free 1
or buy 2 get 5% less
email : ebby.shaklee@gmail.com
whatsapp : 012-9569686

Testimoni Set Kesuburan Shaklee:

Alhmdllh.....disini sya nk kngsi skit pnglman sya....setelah sthun sya mndrikn rmh tngga sy blm dkrniakn chaya mata....dan dua bln y lps sy cba set ksbrn shaklee berkat doa n sabar sy akhrye smlm sy ada brta gmbra...sy dsahkn hmil 5mnggu......doakn sy dan kdgn slmat ye..

Hi Dearies,
Saja nk share testimoni kt sini... Saya berkahwin hampir setahun.... saya mula ambil produk shaklee utk kecantikan kulit bermula april tahun lepas.. selepas saya berkahwin saya ambil ESP, vitamin E & Shaklee Collagen.. ada juga ambil GLA Complex utk period saya.... sejak berkahwin saya dan suami memang selalu je travel... kadang2 atas urusan kerja... kadang2 jalan2 je... Belum terfikir nak ada baby.. walaupun kami x pernah merancang.. mungkin belum ada rezeki..
Tapi.. lepas tengok kawan2 yang baru je kawin... terus je preggy.. membuatkan saya mula merasa yang saya pun teringin utk mengandung. Memang tak nak tunggu lagi... April lepas...saya contact ibu saudara saya merangkap shaklee distributor.. dia cadangkan saya ambil vitalea, b complex dan vitamin C di samping meneruskan GLA complex... untuk suami ambil vitamin E & Zinc utk kesuburan lelaki...
Harini, sudah 1mnggu period saya lewat... tekak mula rasa mual, pinggang rasa lenguh2... saya rasa pelik.. pagi tadi... sebelum mandi... saya terdetik utk cuba buat upt... memang ada je simpan dalam laci, since saya ni memang bekerja di hospital. Lepas saya titikkan urine pada alat tu... saya biarkan je.. dan pergi mandi.... lepas dh siap mandi... saya lihat sekali imbas je alat tu..saya terkejut sbb 'positive' saya terus kejutkn suami saya...die sangat teruja..tak tau nak cakap apa...smpai je di tempat kerja..saya recheck,but still same 'positive'.... Then saya ke gyne dctor utk scan.. alhamdulillah... janin sudah terbentuk dan berkeadaan amat baik di dalam rahim saya...
Alhamdulillah sekali lagi.... saya hamil selepas 2 bulan selepas mengamalkan set kesuburan Shaklee utk suami & isteri... kawan2 yang sedang mencuba jangan berputus asa ya... lambat atau cepat itu semua atas rezeki masing2.. yang penting Usaha... 

ALHAMDULILLAH, sy dh hamil dgn shaklee selama 2thn setengah menanti, sy period x teratur, ada cyst & pcos...shaklee amat membantu slps 5bulan sy amalkan dgn konsisten di samping masih menjalani rawatan pakar fertility...Doc fertility saya pun kagum n katakan ya kpd shaklee amat bagus utk membantu masalah kesuburan sy. Sy bersyukur dgn rezeki yg dikurnikan ole Allah pd bulan Shaaban ini...sy penah share di group ni dulu ttg pcos yg sy alami...Alahamdulillah kite hya usaha, hyatuhan yg tentukan rezeki kite..cume cpt & lmbt shj...jgn lupa utk berdoa tanpa jemu kpdNYA...sy doakan kalian yg mengalami masalah seperti sy jugak bole mengamalkan ape yg sy amalkan di dalam video ini...REZEKI ALLAH INI AMAT BEHERGA BUAT SY (^_^)
Moga kalian dpt mendoakan sy & baby ini sihat & selamat dilahirkan kelak...AMIN


ok sebelum berundur diri, video dibawah ni khas buat mereka yang ada masalah HAID tidak teratur,
jom tengok