10 Fakta Menarik Tentang Darah

Monday, October 31, 2016 0 Comments A+ a-

Image result for darah

10 Fakta Menarik Tentang Darah

  1. Ketika dilahirkan, hanya ada kira-kira secawan darah saja dalam tubuh kita.
  2. Darah membentuk 7% daripada berat badan manusia.
  3. Sel darah merah membekalkan oksigen manakala sel darah putih pula mencari, menyerang dan membunuh segala organisma pembawa penyakit yang masuk ke dalam tubuh, terutamanya bakteria. Nanah sebenarnya berasal daripada sel neutrofil (yang membentuk 65-75% sel darah putih) yang mati selepas membunuh kuman.
  4. Satu pain darah yang anda dermakan cukup untuk menyelamatkan tiga nyawa lain.
  5. Susu lembu dicampur darah ialah salah satu makanan kesukaan masyarakat Masai di Afrika.
  6. Orang Moche (Peru), Scythia (Greek) dan nomad di Rusia meminum darah musuh pertama yang mereka bunuh dalam peperangan sebagai lambang keberanian dan kegagahan.
  7. Terdapat juga manusia yang mempunyai perangai pelik iaitu suka menghisap darah daripada luka seorang manusia lain.
  8. Lelaki mempunyai lebih banyak darah berbanding wanita. Dianggarkan terdapat 4.7 hingga 6.6 liter darah dalam tubuh seorang lelaki manakala perempuan, 3.8 hingga 5.7 liter.
  9. Pada 1928, William Harvey dari Universiti Cambridge telah diisytiharkan sebagai manusia pertama yang mengetahui tentang peredaran darah di dalam tubuh manusia. Namun ramai saintis Eropah tahu bahawa saintis Islam bernama Ibnu Nafis Ali Bin Abi al-Hazamal-Quraisy telah menulis tentang perkara itu 300 tahun lebih awal daripada Harvey.
  10. "Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah Pencipta yang Paling Baik." - Surah Al-Mukminun : 14.


Rekod Dunia: 
Apabila dia memerlukan 13 liter darah untuk sesuatu pembedahan pada umurnya 13 tahun, James Harrison berikrar akan mula menderma darah bila berumur 18 tahun. Warga Australia itu menjadi pemegang rekod dunia apabila dia telah menderma darah lebih 1,000 kali dan menyelamatkan dua juta nyawa. Ini kerana darah Harrison mempunyai antigen istimewa yang menyembuhkan penyakit rhesus.



DAPATKAN VITAMIN SHAKLEE DARIPADA E.M
WHATSAPP : 012-956.9686
EMAIL : ebby.shaklee@gmail.com

Tips Mudah Turun Berat Badan dengan Olahraga

Saturday, October 22, 2016 0 Comments A+ a-

Setiap orang mengimpikan bentuk dan berat badan yang ideal. Bagi mendapatkan badan yang langsing, ramai antara kita sering mengira kalori dalam makanan. Namun, adakah cara itu berkesan dalam mengawal berat badan? Melakukan aktiviti olahraga merupakan satu daripada cara terbaik untuk membakar kalori dalam badan, sekali gus membantu membuang lemak yang tidak diperlukan.

Cara-cara membakar kalori dengan melakukan olahraga

Boleh mengecilkan betis
Lompat tali atau 'rope skipping' tidak hanya untuk kanak-kanak, malah orang dewasa juga boleh melakukan aktiviti itu. Lakukan lompat tali selama 1jam untuk membakar 700-800 kalori.

Larian merupakan aktiviti olahraga terbaik sepanjang masa. Berlari selama 1jam boleh membakar 600 kalori. Semakin tinggi keupayaan berlari, semakin banyak kalori dibakar.

Ada suka berenang?
Jika ya, aktiviti ini boleh membantu membakar 700 kalori dalam masa satu-satu masa.

Lakukan aerobik dalam air untuk mengubah suasana supaya lebih ceria danenyeronokkan ketika bersenam. Aktiviti ini bantu membakar 200-400 kalori.

Berlari atas 'treadmill' atau 'stepboard' adalah cara paling sederhana membakar lemak dalam tubuh. Dengan melakukan selama satu jam anda boleh membakar sehingga 600 kalori.

Tips
⚫Lakukan High Intensity Interval Training untuk tingkatkan daya tahan kardiovaskular. Aktiviti ini juga bermanfaat untuk meningkatkan denyut jantung.
⚫Aerobik adalah aktiviti olahraga yang mudah dilakukan. Aktiviti ini boleh membantu menguruskan badan dengan cepat jika dilakukan secara konsisten.
⚫Menari juga dikategorikan sebagai satu daripada aktiviti olahraga. Menarilah dengan lagu kegemaran anda dan anda pasti terkejut dengan hasilnya jika dilakukan dengan kerap.
⚫Jangan tinggalkan protin dalam proses penurunan berat badan supaya badan tidak menggeleber.

Saya pengedar sah shaklee seluruh malaysia
012-956.9686 (E.M)