Lama Tak Menulis… But I’m Still Here 🀎

Lama Tak Menulis… But I’m Still Here 🀎

Tiba-tiba hari ni rasa nak buka semula blog ni.

Dan bila tengok balik…
last update 2023. πŸ˜…

Ya Allah… lama betul.

Banyak benda dah berubah sejak kali terakhir Ebby menulis di sini. Anak-anak makin besar, kehidupan pun melalui macam-macam fasa, dan Ebby sendiri pun rasa banyak yang berubah dalam diri.

Ada masa kita sangat rajin berkongsi.

Ada masa kita terlalu sibuk dengan kehidupan sendiri sampai blog pun terbiar begitu sahaja.

Dan mungkin itulah yang berlaku pada Ebby.

Blog ini sebenarnya bermula sebagai satu ruang untuk saya berkongsi tentang Shaklee, tentang pengalaman, journey, produk, kesihatan, dan perkara-perkara yang Ebby belajar sepanjang perjalanan Ebby bersama Shaklee.

Bukan sekadar tentang produk.

Sebab bagi Ebby, Shaklee dah lama menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup Ebby.

Sepanjang perjalanan ni, Ebby belajar banyak perkara.

Tentang consistency.
Tentang menjaga diri.
Tentang membina sesuatu sedikit demi sedikit.
Tentang jatuh dan bangun.
Tentang bertemu dengan ramai orang dan belajar daripada setiap pengalaman.

Dan paling penting, tentang bagaimana sesuatu yang kita mulakan bertahun-tahun dahulu boleh terus menjadi sebahagian daripada hidup kita walaupun fasa kehidupan kita berubah.

So here I am…

after almost three years, I’m writing again. 🀎

Tak tahu berapa kerap Ebby akan update selepas ni. πŸ˜†

Ebby pun tak nak letak pressure pada diri sendiri.

Cuma rasa macam… mungkin sudah tiba masa untuk hidupkan semula ruang kecil ini.

Ebby nak blog ini kembali menjadi tempat untuk saya berkongsi tentang pengalaman, tips, cerita-cerita sepanjang journey dan apa sahaja yang Ebby rasa bermanfaat untuk dikongsi.

Maybe things will look a little different this time.

But one thing remains…

I’m still here.

Masih Ebby yang sama, cuma dengan lebih banyak pengalaman, lebih banyak cerita dan mungkin sedikit lebih tenang dalam melihat kehidupan.

So, hello again blog. πŸ‘‹πŸ»


It’s good to be back.

Ebby 🀎


1 comment: