Apa itu Intermittent Fasting (IF)

Pernah Dengar Mengenai Intermittent Fasting? Inilah Cara Diet Puasa, Bagi Badan Kurus

Terdapat banyak jenis diet yang individu di luar sana boleh cuba untuk kekal kurus dan antara cara agak terkenal adalah diet IF. Apa itu intermittent fasting dan bagaimana cara diet intermittent fasting?

Apa itu intermittent fasting?

Ebby percaya anda semua ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan apa itu intermittent fasting. Intermittent fasting juga dikenali secara ringkas dengan nama IF.

Ia adalah sejenis kaedah diet yang menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan waktu untuk kita berpuasa.

Jika diet lain lebih memfokuskan berkenaan apa yang kita makan, cara diet intermittent fasting pula lebih menumpukan mengenai bila kita makan.

Melalui kaedah ini, kita hanya akan menikmati makanan pada waktu tertentu sahaja. Selain daripada waktu makan tersebut, kita akan berpuasa.

Berpuasa selama beberapa jam setiap hari dan mengurangkan kekerapan waktu makan dapat membantu tubuh kita membakar lemak dengan lebih cepat.



Apa itu intermittent fasting? Ini jenis-jenis intermittent fasting yang boleh diamalkan


Sebenarnya, terdapat beberapa kaedah atau jenis dalam intermittent fasting yang boleh kita amalkan. Pemilihan kaedah-kaedah ini bergantung kepada kemampuan dan keselesaan kita untuk melakukannya.

Antara jenis-jenis intermittent fasting ialah:

Cara diet intermittent fasting 1: Overnight fasting

Kaedah berpuasa ini lebih kurang sama dengan kaedah yang biasa kita guna sewaktu berpuasa pada bulan Ramadan.

Bagi kaedah ini, kita perlu berpuasa sekurang-kurangnya 12 jam sehari.

Kaedah ini paling sesuai untuk mereka yang mula mahu berjinak-jinak dengan IF. Kaedah berpuasa ini biasa dilakukan pada waktu malam sahaja.

Cara diet intermittent fasting 2: Time-restricted fasting

Kaedah ini juga lebih kurang sama dengan kaedah yang pertama tadi, cuma waktunya adalah lebih panjang.

Bagi kaedah ini, kita tidak boleh makan atau perlu berpuasa dalam tempoh antara 14 hingga 16 jam dalam sehari.

Cara diet intermittent fasting 3: Whole day fasting

Ini bermaksud kita perlu berpuasa seharian iaitu selama 24 jam. Jika kita berpuasa bermula 8 pagi hari ini, ini bermakna anda hanya boleh berbuka atau makan pada jam 8 pagi keesokan hari.

Ia mungkin agak sukar untuk dilakukan, tetapi ia tidak mustahil kerana telah ramai yang dapat melakukannya.

Cara diet intermittent fasting 4: Alternate day fasting


Kaedah ini membenarkan kita untuk makan dan berpuasa selang sehari. Sebagai contoh, pada hari ini kita boleh makan, manakala pada hari esok kita berpuasa.

Ia kemudiannya diselang-selikan pada hari-hari yang berikutnya. Pada hari anda perlu berpuasa, anda hanya boleh mengambil 500 hingga 600 kalori sahaja.

Cara diet intermittent fasting 5: Skipping meals fasting

Kaedah ini bermaksud bahawa kita berpuasa melangkau waktu makan kita.

Sebagai contoh, jika sebelum ini kita mempunyai lima kali waktu makan setiap hari, maka kita akan skip beberapa waktu makan tersebut.

Ini menjadikan kekerapan anda untuk makan dalam sehari semakin berkurangan.

Cara diet intermittent fasting 6: Choose-your-day fasting

Kaedah ini membolehkan kita berpuasa pada hari dan waktu yang kita mahukan. Kita juga tidak perlu mengikut peraturan tertentu dalam kaedah ini.

Ia adalah 100% mengikut kemampuan dan kehendak kita bagaimana kita ingin berpuasa.

Cara diet IF ke-7: 5:2 fasting

Kaedah ini memerlukan anda untuk mengikuti nisbah 5:2 ketika berpuasa. Ini bermaksud, hari makan anda adalah lima hari, manakala hari berpuasa pula ialah dua hari dalam seminggu.

Pada hari anda berpuasa, anda hanya boleh mengambil makanan dan minuman dengan tidak melebihi 600 kalori setiap hari.

Sekarang kita sudah mengetahui apa itu intermittent fasting. Bagi menjadikan kaedah diet ini lebih berkesan, kita masih perlu melakukan senaman atau aktiviti fizikal. Kita juga perlu mengikuti atau mematuhi kaedah diet yang kita pilih jika mahukan keberkesanannya.

Btw, dalam Shaklee ada supplement² yang boleh bantu dalam proses intermittent fasting jugak jadi boleh la imbangkan nutrisi micronutrient dan macronutrient.

Next post ebby akan share mengenai vitamin² tersebut.


Tadi ada baca entri kenalan ebby ni kat SINI mengenai Cara Buat Intermittent Fasting Dengan Betul Untuk Kurus btw kenalan ebby ni sendiri memang amalkan If dan dah lost banyak jemput jalan² kat blog dia jugak ya

1 comment:

  1. Terima kasih.. IF memang bagus untuk kesihatan dan kecantikan.

    ReplyDelete