Kepentingan Kalsium bukan Hanya Untuk Tulang

Memandangkan bulan ni bulan kalsium, so ebby nak citer skit la pasal kalsium (tak mau nanti kena kutuk tertinggal dek bas pulak).

Bila sebut kalsium mesti ramai ingat tulang betul tak? (baik ngaku!) Sama lah kalau dulu ebby cuma kata, kalsium ni untuk tulang dan gigi tak sangka pulak kalsium bukan untuk itu je.

Alang² dah tahu takkan lah ebby ni nak simpan sorang² kan jadi pentingkan diri sendirik la pulok kalau ebby buat cam tuh.

Kebiasaannya jugak kita akan pandang kalsium je mesti kaitan dengan susu betul tak? (Adoi ebby ni asik tanya betul tak je kan, jangan menyampah lak)

Hakikat nya banyak je sumber² lain yang jauh lagi kaya dengan kalsium seperti contoh yang ebby berikan tu.

1 cawan susu = 276mg kalsium = 28% DI je tau

So, tidak semestinya kita perlu mengambil susu untuk kalsium tubuh badan kita sebabnya ada makanan² lain yang lagi kaya dengan kalsium. Ok ok ok ebby nak sambung citer kepentingan kalsium ni, teruskan membaca tau ✌

14 KEPENTINGAN KALSIUM KEPADA TUBUH BADAN

✔ Kalsium merupakan nutrien penting untuk pembentukan tulang, pembinaan sel² dan perjalanan tubuh manusia. Maka tidak hairanlan mengapa kita perlu mengambil kalsium yang mencukupi dalam diet seharian. Kekurangan kalisum boleh mengundang pelbagai penyakit dan masalah.

✔ Kalsium merupakan nutrien penting dalam tubuh dan hampir semua kalsium (99%) terdapat pada tulang. Bahagian lain yang turut mengandungi kalsium adalah seperti gigi, plasma darah, cecair selular dan tisu lembut.

✔ Kalisum perlu untuk proses pembekuan darah, peghantaran tindak balas saraf, dan membekalkan tenaga kepada jantung.

✔ Pada usia baligh dan remaja keperluan kalsium lebih tinggi. (Terutama Wanita)

✔ Pengambilan kalsium yang tidak mencukupi, penyerapan kalsium yang rendah dan kehilangan kalsium boleh mengurangkan pemendapan mineral dan tulang seterusnya menyebabkan kekurangan jisim tulang.

✔ Bagi kanak-kanak keperluan kalsium sangat penting untuk pembentukan dan menguatkan gigi serta kuku.

✔ Pengambilan kalsium yang mencukupi juga perlu untuk membina asas tulang yang kuat dan mengurangkan risiko osteoprosis di kemudian hari.

✔ Kanak-kanak berusia di antara 1 hingga 3 tahun disarankan mengambil lebih kurang 500mg kalsium setiap hari. Manakala, bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 8 tahun mereka memerlukan kira-kira 800mg kalsium sehari. (Ha bape gelas tu kalau minum susu je, ce kirakan)

✔ Kanak-kanak perlu minum susu secukupnya setiap hari agar dapat memenuhi keperluan kalsium hariannya.

✔ Untuk penyerapan maksimum ke dalam tulang, kalsium hendaklah diambil bersama Vitamin D.

✔ Kekurangan kalsium pada kanak-kanak boleh menyebabkan penyakit "rickrets".

✔ Kalisum tidak digalakkan diambil bersama produk yang tinggi lemak seperti coklat kerana asid "oxalic" yang ada dalam coklat akan bertindak balas dengan kalsium lalu membentuk batu karang.

✔ Tahukah anda bahawa secawan susu kambing mengandungi 327mg kalsium.

✔ Kalsium dan tulang tidak sentiasa kekal di dalamnya. Sel-sel tulang sentiasa melakukan proses penggantian kalsium. Kalisum dalam tulang turut diambil sekiranya badan tidak memperolehinya dalam sumber makanan.

Maknanya kan kalsium ni sememangnya sangat penting untuk kita sejak dari kanak² sehingga warga emas. Lebih² lagi bagi wanita yang mengandung/hamil apatah lagi kalau ibu menyusu. Pengambilan kalsium bagi wanita hamil dan ibu menyusu memang perlu dititik beratkan. Tanpa kalsium yang mencukupi risiko untuk anda mengidap osteoporosis adalah lebih tinggi. Tak takut ke kalau² nanti gigi luruh?? Jadi meh ebby nak share apa yang ebby ambil untuk pengambilan kalisum yang mencukupi.

Taraaa

Buat Pilihan Yang Bijak!

☑ Produk kalsium ni memang ada banyak kat pasaran..tapi hati² ye..untuk penyerapan kalsium yang sempurna pastikan produk kalsium yang anda pilih mengandungi Vitamin D dan juga magnesium.

☑ Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum.

☑ Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat yang tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral….hati² ye.

Dan kenapa ebby pilih Ostematrix ni

1- Komprehensif, Terbukti Secara Klinikal dan Mudah Ditelan

Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis.  Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam OsteMatrix berupaya membekalkan:

☑ 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi (kalsium yang mudah diserap)
☑ 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya (menguatkan tulang)
☑ 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

2- Kaplet bersalut yang mudah ditelan

Sajian harian hanyalah sebanyak empat kaplet.  Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua biji kaplet, dua kali sehari berserta makanan.

Dapatkan Ostematrix Sekarang
Promosi Februari 2017
Buy 6 Free 1 or Buy 2 Get 5% less
Sakit Tulang Belakang & Lenguh2 Badan Buat Ibu Ini RImas, Sampailah.... from iReach HD on Vimeo.





1 comment:

  1. Thanks kerana sudi share nice info untuk saya... dari blog mahamahu.com

    ReplyDelete