"Apabila merancaang untuk hamil, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah memastikan berat badan yang ideal dan sihat"
Alasan mendapatkan bentuk badan yang ideal sebelum mengandung :
- Lebih mudah untuk hamil - kajian menunjukkan bahawa wanita yang berlebihan berat badan (BMI>25) adalah 25-43% lebih sukar untuk hamil
- Risiko mendapat PCOS lebih rendah - 50-60% wanita dengan garis pinggang yang besar didapati mempunyai sindrom ovari polisistik (PCOS), yang menjejaskan kesuburan
- Risiko mendapat diabetes gestasi lebih rendah - risiko meningkat bagi wanita yang berlebihan berat badan (BMI>30) atau mereka yang mempunyai paras lemak abdomen yang tinggi
- Risiko mendapat hipertensi gestasi lebih rendah - wanita yang berlebihan berat badan (BMI>30) adalah dua kali lebih cenderung mendapatnya
- Risiko keguguran & bayi yang lahir mati lebih rendah - wanita dengan mempunyai 25% risiko keguguran dalam 12 minggu pertama dan 50% risiko mengalami bayi yang lahir mati
- Bayi lebih sihat - bayi lebih cenderung mengalami penyakit kardiovaskular, serebrovaskular dan diabetes jenis 2 apabila dewasa jika mereka ddilahirkan oleh ibu-ibu yang berlebihan berat badan
- Lebih mudah untuk menurunkan berat badan selepas bersalin!
Semak Sendiri - Indeks Jisim Badan (BMI)
Indeks Jisim Badan atau BMI adalah satu gari panduan mudah untuk menentukan sama ada anda berada dalam lingkungan berat badan ideal dengan ketinggian anda, bagi menentukan sama ada anda kurang berat badan, berat berlebihan, obes dan normal.
6 Tips untuk Mengurangkan Berat Badan Pranatal
- Makan dengan bijak
Makan lebih banyak makanan asli atau semula jadi berbanding makanan yang telah diproses dengan gula halus, karbohidrat ringkas dan sodium. Makan lebih sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan yang tinggi karbohidrat kompleks. Cuba minum gantian hidangan seperti ESP untuk mengurangkan pengambilan kalori. Jika mengambil makanan ringan, elakkan makanan yang bergula atau tinggi lemak, pilihlah makanan yang sihat seperti kekacang atau sayur-sayuran.
- Mengandungi nutrien yang membantu kehamilan
Sediakan badan anda untuk permata hati anda dengan mengambil makanan yang kaya dengan kalsium, asid lemak omega-3, asid folik dan pelbagai vitamin untuk membantu perkembangan otak, tulang dan gigi yang kuat, dan kesihatan keseluruhan bayi anda. Makanan tambahan semula jadi seperti Vitalea mengandungi sumber vitamin dan mineral yang tinggi, Ostematrik bukan sekadar kalsium yang memberikan keperluan kalsium, magnesium, zink yang boleh membantu tumbesaran tulang, gigi & darah juga Omega Guard yang menganddungi sumber Omega-3 yang tinggi.
- Pastikan badan terhidrat
Kekal terhidrat merupakan alemen utama untuk gaya hidup yang sihat dan rahsia untuk penurunan berat badan yang berkesan. Apabbila ada mengalami dehidrasi, badan anda cenderung untuk mengumpul air yng membawa kepada pembendungan air kembung; jadi minumlah 8-12 gelas air tulen dan pastikan badan kekal terhidrat.
- Amalkan senaman berimpak rendah
Melakukan senaman berimpak rendah seperti jalan kaki atau berenang selama 10-20minit beberapa kali seminggu sudah cukup untuk menyingkirkan toksin, membakar kalori dan memastikan jantung mengepam. Senaman berat tidak digalakkan kepada wanita yang berat badannya normal kerana boleh mengurangkan peluang untuk hamil sehingga 42%!
- Pakai pakaian dalam pembentuk badan
Bagi memastikan keseluruhan proses penurunan berat badan anda berkesan (dan kelihatan menarik!), cubalah pakaian dalam pembentuk badan untuk memberikan lebih rangsangan terhadap penurunan berat badan. Pakaian dalam pembentuk badan membantu anda membentuk potongan badan yang cantik daan meningkatkan faktor 'seksi' sambil membuatkan andaa lebih sedar tentang tabiat makanan anda
- Dapatkan tidur yang cukup
Tidur dan penurunan berat badan mempunyai banyak kaitan berbanding apa yang anda fikirkan. Mendapat tidur yang cukup adalah penting untuk metabolisme bekerja dengan sihat dan jika anda kekurangan tidur, metabolisme anda mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik dan ini boleh menghalang matlamat penurunan berat badan anda.
- http://www.webmd.com/infertility-and-reproduction/news/20071211/obesity-linked-to-infertility-in-women
- http://www.medicalnewstoday.com/articles/247106.php
- http://www.babycenter.com.au/a1015657/gestational-hypertension-high-blood-pressure
- http://www.nhs.uk/conditions/pregnancy-and-baby/pages/overweight-pregnant.aspx
- 5. https://www.rcm.org.uk/news-views-and-analysis/news/health-risks-higher-for-bebies-born-to-overweight-mothers
No comments:
Post a Comment