Dugaan Itu Indah

 

Da lama mama nak update blog ni tapi tidak berkesempatan menyentuh lappy setelah beberapa kejadian menimpa family mama...

 

Blog ni mama buat baru yang dulunya dari SINI


I.bagi mereka yang belum mengenali mama...

nama mama Noor Fatihah berusia 25Tahun++, mempunyai 4 orang Puteri dan semestinya seorang suami hehehe...


21 Nov 2014 - suami kemalangan menyebabkan arm & shoulder dislocate & fracture

22 Nov 2014 - suami di pindahkan dari UMMC kepada UMSC

30 Nov 2014 - Discharge & bermulalah MC suami sehingga 27 Mac 2015 (tinggal di Terengganu)

27 Mac 2015 - Bergerak ke Selangor sbb isnin(30 Mac) mula menjalankan tugas seperti biasa.

1 April 2015 - anak kecil kami Nur Auni Addeena mempunyai masalah paru2 sempit dan di masukkan ke Pusat Perubatan Islam Az-Zahra, Bangi (3 April-Discharge)

4 April 2015 - kami menuju ke Tanjung Ipoh, Kuala Pilah dan nasib sekali lagi tidak menyebelahi kami...kereta kami di langgar laju sewaktu melakukan pusingan U..اَللّهُ اَكْبَرُ
اَلْحَمْدُلِلّه
Kami kemalangan di hadapan rumah OCDC Kuala Pilah (nama kami tidak tau tp dia bahasakan dirinya n tkenal dengan nama Ayen)
-keluarga yang sangat baik..mak tok (wan enon)..kak sri..abg zol..smuanya baik-baik...semoga  اَللّه membalas jasa kalian..menumpangkan kami sekeluarga sehingga bantuan sampai..

اَلْحَمْدُلِلّه
Kami dipilih oleh اَللّه kerana disayangi olehNya..

Walaupun orang luar melihat kami gembira seperti tiada apa-apa yang berlaku..hanya mereka-mereka-mereka yang mengetahui segala2nya..

Dugaan yang اَللّه antar itu sangat indah...semoga kami terus tabah..kami faham rintihan kami belum begitu kuat dan اَللّه sangat merindui rintihan kami..


No comments:

Post a Comment